Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama nak menulis entri rahsia Masjid Nabawi tetapi baru kali ini berkesempatan. Siapa yang tidak jatuh cinta setelah kali pertama menjejak kaki di Masjid Nabawi menziarahi Rasulullah SAW. Pasti berderai air mata apabila berdoa di Raudah terasa dekat sangat dengan Baginda Nabi SAW.
Berdoa di Raudah sambil bercerita kepada Rasulullah SAW apa yang telah kita buat untuk agama sebelum datang ke Madinah dan apa azam kita hendak lakukan untuk agama sekembali kita ke tanah air.
Setelah menziarahi Rasulullah SAW dan berdoa di Raudah jemaah juga akan menziarahi perkuburan Al Baqi’ yang biasanya dibuka di awal pagi selepas suboh. Menziarahi makam para sahabat dan keluarga Rasulullah SAW menghadiahkan Al Fatihah. Kemudian jemaah akan melawat berbagai lokasi sejarah disekitar Kota Madinah mengambil berkat Tanah Haram dan menginsafi perjuangan para sahabat berjuang untuk agama terutama di Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud.
Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu.
Tiang Uthman Affan
Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus.
Muzium Al Quran
Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan.
Perpustakaan Kitab Khusus
Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam.
Bilik Al Quran
Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi. Masjid atau organisasi boleh bawa surat dengan cop rasmi untuk meminta Al Quran waqaf untuk masjid dan surau mereka. Al Quran ini adalah Al Quran hadiah dari jemaah yang bukan Al Quran rasmi yang dikutib kembali oleh pertugas Masjid Nabawi.
Bilik Audio
Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi. Biasanya salinan rakaman boleh diambil dalam tempoh 2 hari.
Perpustakaan Umum
Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar.
Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah
Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW.
Muzium pameran Nama-nama ALLAH
Muzium Nama-nama ALLAH ini memang best sebab berbagai paparan dipamerkan seperti 99 nama-nama ALLAH dan penjelasannya, video-video kejadian alam yang dikaitan dengan nama ALLAH dan macam-macam lagi. Memang rugi kalau tak pergi sendiri. Di akhirnya jemaah boleh beli poster dan CD nama-nama ALLAH.
Kepada yang sudah ke Madinah pernahkah anda menjejaki gedung penuh ilmu ini? Ada banyak lagi rahsia Masjid Nabawi yang masih tersembunyi dan beruntung kepada jemaah yang dapat mutawwif yang mahir selok-belok sejarah Masjid Nabawi.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
84 Comments
memang banyak rahsia yang kita tak tahu.
kena lebih rajin membaca la macam ni kan.
Curahan rasa titan @ ..Cerita bini yang baik dan solehah.
Kubahnya yang berwarna Hijau sungguh pesona mata memandang. Sungguh cantik permandangan di Masjid ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berjalan Baik Untuk Kesihatan
Cantik belaka …Jika diizikna dan murah rezeki , giliran saya pula ntuk ke sana bersama keluarga tercinta
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Komisyen Pertama Dari MobiCow
Subhanallah indah sekali Mesjid Nabawi ini. Semoga saya bisa menginjakkan kaki disana Ya Allah … Aamiin Yaa Allah Yaa Rabbal ‘ Aalamiin …
Curahan rasa InfoMenarik.NET @ ..Apa Yang Dimaksud Dengan Google Panda?
Iya benar tuh, sungguh cantik masjid Nabawi … Sama-sama kita berdoa agak kita juga bisa ke sana.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Berjalan Baik Untuk Kesihatan
saya x pernah dapat melihat apa yang disebalik ada di Masjid Nabawi ni, nampak ianya bukan masjid semata mata, anda banyak benda menarik seperti perpustakaan macam ni, serius bagus, rasa teruja pula baca artikel ini
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Cara Menjual Air Minuman Pelbagai Rasa Pasar Malam
Ya Allah maha suci Allah…inilah kebesaran Allah yang tidak ternilai di dunia ini. Saya berdoa semuga saya dapat sampai ke Mekah dan Madinah lagi. Tidak puas berada di sana selama dua minggu. Hati saya meronta-ronta nak datang lagi , nak datang lagi, nak datang lagi………..
alhamdulillah, perkongsian artikel masjid nabawi madinah ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya, mudah mudahan dapat ke sini suatu hari nanti.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17
Betul tuh, sedikit sebanyak dapat lah kita bayangan dan tempat yang akan kita pergi sekiranya berpeluang ziarah ke sana nanti
Curahan rasa SuperNifz @ ..Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online
memang taktau adanya tempat-tempat ni walau dah pernah berkunjung..yang library tu memang dibuka untuk muslimah juga ye?
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Tips Nak kenal Udang Segar Atau Tidak
Sebab itu lah sangat-sangat berguna perkongsian yang macam ini, at least kita boleh aa masukkan dalam list bila kita ke sana nanti.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online
Subhanallah, indahnya ciptaan masjid Nabawi ini. Moga Mek ila berkesempatan untuk menziarahinya satu hari nanti, InsyaAllah
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kongsikan Kisah Manis Bantal Busuk Anak-Anak & Menangi Hadiah Comel Ini!
Subhanallah..Sangat menakjubkan Quran yang asli tu. Baru first time saya tengok.
Curahan rasa NFH @ ..Contest Petua Dan Herba KongsiBersamaNora
Ya Allah…Allah Maha Besar. Masjid yang penuh bersejarah ketika zaman asulullah dan para sahabatnya. Insya Allah jika dizinkanNYA mahulah ke sana. Apa pun informasi terbaik supaya ramai pembaca akan tahu nanti tempat-tempat yang menarik di Masjid Nabawi dan rahsianya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..4 Jenis Trafik Website & Blog Perlu Diketahui
Macam macam ada juga rupanya.. Terima kasih Untuk info ini.. InsyaAllah jika berkesempatan semua tempat menarik diMadinah saya nak singgah
Curahan rasa Weschairs @ ..Mee Kuah Tulang, Bukit Minyak
Subnallah.. beruntung dijemput Allah ke rumahnya & melawat Nabi.
Semoga saya pun dijemput ke sana suatu hari nanti
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Tips Melancarkan Susu Ibu Elakkan Payudara Bengkak
saya abru tahu ni bro…insyallah suatu hari nanti..jika ada rezeki dengan izin-Nya saya pun ingin jejakkkan kaki di sana
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Blogger Malaysia Ini Memang Best
Subhanallah cantiknye nama2 Allah tu.untung sape yg dh jejak kki kat sane..Allah pilih
Curahan rasa nur zayyani liman @ ..Saya & Keletihan Kronik (kasihannya daku)
Comments are closed.