Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
perkara yang biasa kita dengar atau baca, apabila nak menulis artikel, tetapi tiada idea. Ini perkara yang normal untuk yang baru bermula, mahupun yang telah lama dalam bidang penulisan. Semasa awal-awal mengusahakan blog, saya turut mengalami masalah yang sama.
Namun selepas membuat kajian, pembacaan dan pembelajaran, ternyata punca sebenar ketiadaan idea ini adalah diri kita sendiri. Kita sebenarnya bukan tiada idea, tetapi kita seringkali memandang rendah idea yang tercetus dalam minda.
Setiap hari, dalam kehidupan, kita melalui pengalaman yang berbeza, setiap orang walaupun menghadiri majlis yang sama, tidak akan mengalami pengalaman yang sama, inilah keistimewaan hidup di dunia ini. Setiap saat dalam kehidupan kita adalah unik dan istimewa.
Idea itu hanya perlu diolah menjadi cerita yang menarik
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, sebenarnya adalah perkara yang menarik. Jika kita menganggap ianya adalah sesuatu yang membosankan, pasti ianya akan jadi perkara yang membosankan. Kita adalah apa yang kita sangkakan, jadi bersangka baiklah untuk diri sendiri.
Apa yang penting untuk kita lakukan adalah untuk membuat olahan agar cerita itu menjadi lebih menarik. Agar ianya disampaikan dengan mempunyai maksud dan sebab atau intipati yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain.
Sebagai contoh, jika kita gemar untuk bersenam, boleh tulis dan olah aktiviti senaman kita pada hari tersebut. Mungkin ada yang ingin memulakan aktiviti hampir sama, tetapi tidak mempunyai idea atau sesiapa untuk memberikan mereka ilham bagaimana untuk bermula.
Impak positif dalam setiap cerita akan memberikan kesan bagus
Semasa bercerita mengenai kisah kehidupan atau aktiviti yang kita jalankan, sentiasa fikirkan satu impak positif yang boleh diambil oleh pembaca untuk dijadikan amalan dalam kehidupan mereka. Mungkin bukan semua akan dapat membawa impak positif itu, tetapi yang berkaitan akan dapat mengamalkannya.
Usah merasakan penulisan kita itu hanya biasa-biasa sahaja, ini akan memberikan kesan jangka masa panjang dan motivasi dalam pengurusan penulisan dan idea. Apabila kita mula merasakan idea kita biasa-biasa sahaja, kita akan lebih gemar untuk tidak menulis berbanding menulis perkongsian tersebut.
Sentiasa semat dalam hati, idea dan kisah kehidupan kita sentiasa istimewa.
Pasti akan ada yang mengimpikan untuk boleh melakukan aktiviti yang kita rasakan biasa-biasa sahaja itu. Benarkan mereka merasai pengalaman itu melalui penulisan yang kita terbitkan. Lebih banyak kita berjaya terbitkan artikel begini, lebih mudah kita membina perhubungan dengan pelawat dan pembaca di laman sesawang atau blog kita.
Idea itu adalah segalanya dalam kehidupan
Jika kita faham bagaimana idea boleh diolah, kita akan nampak semua yang berlaku dalam kehidupan kita sebagai idea. Sampai satu tahap, kita merasakan terlalu banyak idea untuk ditulis sehingga tiada masa. Ketika itu, sudut pandang kita telah berbeza.
Kita akan dapat melihat setiap perkara dalam kehidupan sebagai perkara yang begitu berharga. Perkara ini perlukan latihan, saya menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan kefahaman ini. Apa yang penting, kita mulakan dengan menghargai setiap perkara dalam kehidupan dan cuba olah ianya menjadi cerita.
Semakin banyak cerita yang boleh diolah, semakin cekap kita menguruskan idea-idea yang muncul setiap saat dalam kehidupan. Semoga selepas ini, tiada lagi masalah untuk menjana idea untuk menulis setiap hari dan berkongsi manfaat kepada lebih ramai umat manusia.
78 Comments
Impak positif dalam setiap cerita akan memberikan kesan bagus. Jadi olahlah cerita dgn seunik mungkin
suah nak jawab bila org tanya, punca sebenar tiada idea untuk menulis artikel? banyak puncanya kan
nak cari idea kena ada skill dia kan. cari masa yang sesuai. kalau ada tmpt tenang, boleh perah idea di situ
Ada lagi ni. sentiasa fikir positif dan sentiasa semat dalam hati, idea dan kisah kehidupan kita sentiasa istimewa.
Sekarang ni, bukan takat kering idean na tulis artikel, nak drop komen kat sini pun dah kering idea gak
Sungguh cakp, usah merasakan penulisan kita itu hanya biasa-biasa sahaja, ini akan memberikan kesan jangka masa panjang dan motivasi dalam pengurusan penulisan dan idea.
Idea ni kalau diperah perah setiap hari, mesti akn datang bila bila masa lepas tu. Kena biasakn diri memerah hehe
Nak dapat idea ni kena kerah. Kena cari tempat dan masa yang sesuai. Barulah ia mencurah curah keluar
Cuba perbanyakkan research.. akhirnya pasti kita akan jumpa idea yg sesuai utk tulis
Yup, buat kajian tentang sesuatu isu pun cukuplah. Pasti idea datang gila gila, tunggu nak taip je
idea ni nak kena kejar, perah kerja perah kemudian kejar lagi perah lagi heheh
Topik paling femes sekaranf adalah resepi dan cara utk buat duit online. Cuba lah. Mana tahu menjadi
Pernah gak post pasal resepi. simple simple je. tapi yang mencari nya punyalah ramai
Setiap blogget pasti akan lalui pengalaman di mana tak ada idea walaupun dah lama dok depan laptop
Ya, memang selalu kering idea. Mula lah terasa nak tukar niche ke arah yg lebih senang
Kalau nak artikel yg ada nilai cpc adsense kena la buat research sikit. Hihi
Owh kena buat utu. Tapi jgn amik masa yang lama smpi tak berupdate blog tu. janji ada benda yang dikongsikan
rsearch ttg apa ek. untung la kl dpt cpc yang tinggi tinggi. tiap tiap bulan cash out adsensa la kan
Apa yang penting, kita mulakan dengan menghargai setiap perkara dalam kehidupan dan cuba olah ianya menjadi cerita.
Yup, dengan cara ini pasti banyak cerita yang kita boleh kongsikan di artikel di blog personal kan
Apa topik pun kita boleh jadikan bahan utk buat artikel. Cuma nak buat ayat tu mmg susah
apa yang terfikir, tulis je dulu. jadika draf. bila ada masa terluang baru olah bagi cantik ayt
nak buat ayat tu mmg mencabr. kena btol btol ada mood baru blh
softskill dlm menulis atau story telling ni memang unik. mugkin kita rasa biasa biasa, tapi org baca seronok
Jika kita faham bagaimana idea boleh diolah, kita akan nampak semua yang berlaku dalam kehidupan kita sebagai idea.
Idea ni sentiasa ada. Cuma kadang kadang kita tak perasa, atau tak terfikir. Otw ke pejabat pagi pagi pun byk je idea utk diblogkan
Comments are closed.