Puasa Enam nikmat keindahan luar biasa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kemeriahan Aidilfitri masih terasa tetapi jangan lupa amalan sunat Puasa Enam. Melaksanakan Puasa Enam akan memberi nilai tambah kepada amalan puasa Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :”Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim). Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.

Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun” (HR An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Sayang sangatlah kalau kita tertinggal Puasa Enam hanya kerana sibuk dengan rumah terbuka. Kurbankan enam hari untuk Puasa Enam dan kita masih ada baki 24 hari untuk ziarah hari raya keluarga dan sahabat. Nikmat keindahan luar biasa dapat melaksanakan amalan Puasa Enam hanya dapat dirasai oleh mereka yang tidak meninggalkan amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW.


Spread the love

50 Comments

  1. askm sume…sy amat bersyukur sbgai sorg mualaf,tahun ni dpt lah sy amalkan puase 6…untuk cpe2 yg terlajak tdo,set lah alarm jam…kalu kt betul2 niat…ingat stahun skali je..dah terlepas,rugi BESAR ler…masih sempat lagi….

  2. Saudaraku tahun lalu menjalankan puasa Syawal 6 hati penuh, alhamdulillah belum genap satu tahun sudah didekatkan jodohnya dan sekarang telah menikah..
    Manfaat puasa Syawal sangat banyak semoga yang menjalankannya mendapatkan rahmat dari Allah SWT… Amin
    Curahan rasa Rina As @ ..Ada Apa Dengan Google PagerankMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!