Salam Aidilfitri 2011 Kepada Semua Rakan Blogger

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sedihnya meninggalkan Ramadhan 2011 semuga ianya menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semuga ALLAH SWT memberi Rahmat, Redha, Pengampunan dan Dibebaskan Dari Api Neraka hendaknya. Semuga masih ada Ramadhan 1433H untuk kita semua. Alhamdulillah kita sudah melangkah masuk Syawal 1432H. Semuga semua bergembiraa menyambut Aidilfitri 2011. Kepada yang berduka hayati firman ALLAH SWT dalam ayat Alam Nasyrah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
Yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

SALAM AIDILFITRI 2011 UNTUK SEMUA RAKAN DENAIHATI
MAAF ZAHIR BATIN SEKIRANYA ADA TULISAN
YANG MENGURIS HATI DAN MENYENTUH PERASAAN
SAMBUTLAH AIDIL FITRI MENGIKUT ATURAN ISLAM
SEMUGA IANYA MENDAPAT BALASAN PAHALA
BEKALAN UNTUK DUNIA KEKAL ABADI
JANGAN LUPA
PUASA ENAM YANG INSYALLAH GANJARANNYA
SEPERTI PUASA SETAHUN
BERHATI-HATI DI JALANRAYA.

Spread the love

82 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!