Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minggu lepas seorang teman yang menetap di Keningau, Sabah datang ziarah dengan Proton Saga FL baru kepunyaan bapa mertuanya. Katanya beli cash hasil jual tanah memang menarik jatuh cinta pulak tengok. Memang tidak dinafikan kereta Proton semakin canggih mengikut peredaran zaman. Tengok kereta Proton Saga FL ni teringat pulak pada Kak Jie yang beli dengan duit hasil iklan Innity.
25/7/2011 Proton Saga FL melangkah setapak lagi dengan pelancaran Proton Saga FLX, pelancaran rasmi pada bulan Ogos. Walaupun comel tapi Proton Saga FLX memang kelihatan menarik dengan reka bentuk yang up to date sekali tengok dari belakang ada ala-ala potongan Mez C-Class pulak tu.
Baru-baru ini Proton Saga FL telah dinobatkan Kereta Nasional terlaris menewaskan Produa MyVi. Dengan kehadiran Proton Saga FLX pasti mengukuhkan lagi kedudukan Proton di pasaran Automobil Malaysia. Jenama Proton ini memang semakin meningkat sehingga terpilih jenama ke lima paling dipercayai di UK. Tapi adakah kita sendiri yakin dengan Jenama Kereta Nasional. Kalau tanya aku pasti dan masih memandu Wira Sedan di samping kereta yang lain.
Kepada yang mencari kereta untuk menyambut Aidil fitri tahun ni bolehlah mula menempah. Anggaran Harga Proton Saga FLX CVT Standard bermula pada RM41,998 dengan beberapa pilihan mengikut selera pembeli. Saksikan video Proton Saga FLX.
Berita terbaru Proton :
1. 17 Okt 2011 – Proton kini mengumumkan pemberian jaminan ke atas komponen power window sepanjang hayat kenderaan yang dibeli oleh orang ramai. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, jaminan itu meliputi kereta yang dijual di pasaran domestik untuk pendaftaran persendirian dan syarikat. ”Kami memberi jaminan bahawa segala kerosakan berkaitan tingkap kuasa itu akan dilindungi selama 10 tahun (jangka hayat bagi sesebuah kereta) atau 250,000 kilometer pada tarikh kereta tersebut didaftarkan. ”Pemilik boleh menukar komponen tingkap kuasa itu seberapa banyak yang diinginkan tanpa ada bilangan tertentu tetapi bergantung kepada kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Proton,” kata beliau dalam satu taklimat di sini hari ini. Antara komponen yang terlibat di dalam penukaran itu ialah alat kawal atur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis tingkap kuasa dan saluran laluan tingkap kuasa. Pemilik kereta yang menghadapi masalah itu boleh pergi ke mana-mana pusat servis Proton yang bertauliah tanpa dikenakan bayaran upah dan harga komponen yang ditukar.
2. 18 Okt 2011 – Proton Holdings Bhd. merancang mengkomersialkan kenderaan elektriknya pada 2013, kata Pengarahnya Datuk Zainuddin Che Din. Harga Proton Saga EV dijangkakan RM70,000 dan Proton Exora Range kira-kira RM100,000.
78 Comments
kena tunggu bertahun lagi la sebelum dpt benda nih..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Aku Seorang Blogger Edisi Faizal Fredley
err sekali pandang@ glimpse camtu nmpk cam honda city pun ade hehe
kalu dibagi free,saya juga nak lah kereta macam tu hehehehe…
smart la design terbaru saga flx ni
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #9 : Kurma
Rasa bangga juga dengan kereta buatan Malaysia….makin cangih dan bkualiti
kereta proton sekarang dah sporty
memang masuk la dengan jiwa anak muda sekarang 🙂
Campro telah dipasangkan dengan CVT. Nampak kereta tempatan sudah sepadan dengan nama besar pengeluar kereta dunia
suka design persona lagi.
Curahan rasa Adzriel AB @ ..Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku
sebuah prestasi yang bagus produk dalam negeri bisa berjaya di Negeri Sendiri
Curahan rasa munir ardi @ ..Newbie Blogger: Meriahkan pesta ulang tahun bersama GarudaFood
rm40k masih lagi mahal sebab
gaji pokok lepasan ijazah terlalu murah (rm2k-3k) atau
kuasa beli rakyat malaysia terlalu rendah
Curahan rasa ariff @ ..Durian Dua Ulas RM20
apa pilihan yg ada ariff…kite kena telan je apa yg lalu kt depan mata
hehehe
cantik FLX… berkilat pula tu.. harga murah rm42ribu je… cm nak bli je!!!!
Daripada beli kancil yang beza harga berapa jak pun, bagus ambil ni…
Curahan rasa Steward John @ ..Interesting Pearls of Wisdom
hmm..tak nampak sgt beza antara FL dengan FLX ni..
Mmg xbyk beza dr segi luaran. Tp gear da upgrade. Xde rase sengguk² disbbkn gear changing. Smooth aje cam naik skuter. But klo da gian nk rase sengguk² tuka gear auto tu, leh on kan aje SAT dkt gear tu. Pastu, layan la rase tuka 6 gear auto.
Ley google info psl Saga FLX nie.
(Da abes surf psl Saga FLX. Test drive aje yg blom lg.. 🙂 )
semakin menarik kereta proton tu..
mmg best dapat beli cash
teringin memiliki kereta ni dengan rezeki sendiri kelak 🙂
Curahan rasa Syazwan @ ..Laman SERP Checker Terbaik
insyaallah pasti ada rezeki tu nanti..
saga FLX bakal bersaing dengan Myvi Baru dipasaran.. agak2 mana lagi mendapat sambutan yer..
Curahan rasa razis @ ..10, 000 Senarai Blogger Malaysia (Update)
Sekarang Proton Saga FL dah leading MyVi
Curahan rasa denaihati @ ..Kecelaruan Ekonomi Dunia
Comments are closed.