Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minggu lepas seorang teman yang menetap di Keningau, Sabah datang ziarah dengan Proton Saga FL baru kepunyaan bapa mertuanya. Katanya beli cash hasil jual tanah memang menarik jatuh cinta pulak tengok. Memang tidak dinafikan kereta Proton semakin canggih mengikut peredaran zaman. Tengok kereta Proton Saga FL ni teringat pulak pada Kak Jie yang beli dengan duit hasil iklan Innity.
25/7/2011 Proton Saga FL melangkah setapak lagi dengan pelancaran Proton Saga FLX, pelancaran rasmi pada bulan Ogos. Walaupun comel tapi Proton Saga FLX memang kelihatan menarik dengan reka bentuk yang up to date sekali tengok dari belakang ada ala-ala potongan Mez C-Class pulak tu.
Baru-baru ini Proton Saga FL telah dinobatkan Kereta Nasional terlaris menewaskan Produa MyVi. Dengan kehadiran Proton Saga FLX pasti mengukuhkan lagi kedudukan Proton di pasaran Automobil Malaysia. Jenama Proton ini memang semakin meningkat sehingga terpilih jenama ke lima paling dipercayai di UK. Tapi adakah kita sendiri yakin dengan Jenama Kereta Nasional. Kalau tanya aku pasti dan masih memandu Wira Sedan di samping kereta yang lain.
Kepada yang mencari kereta untuk menyambut Aidil fitri tahun ni bolehlah mula menempah. Anggaran Harga Proton Saga FLX CVT Standard bermula pada RM41,998 dengan beberapa pilihan mengikut selera pembeli. Saksikan video Proton Saga FLX.
Berita terbaru Proton :
1. 17 Okt 2011 – Proton kini mengumumkan pemberian jaminan ke atas komponen power window sepanjang hayat kenderaan yang dibeli oleh orang ramai. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, jaminan itu meliputi kereta yang dijual di pasaran domestik untuk pendaftaran persendirian dan syarikat. ”Kami memberi jaminan bahawa segala kerosakan berkaitan tingkap kuasa itu akan dilindungi selama 10 tahun (jangka hayat bagi sesebuah kereta) atau 250,000 kilometer pada tarikh kereta tersebut didaftarkan. ”Pemilik boleh menukar komponen tingkap kuasa itu seberapa banyak yang diinginkan tanpa ada bilangan tertentu tetapi bergantung kepada kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Proton,” kata beliau dalam satu taklimat di sini hari ini. Antara komponen yang terlibat di dalam penukaran itu ialah alat kawal atur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis tingkap kuasa dan saluran laluan tingkap kuasa. Pemilik kereta yang menghadapi masalah itu boleh pergi ke mana-mana pusat servis Proton yang bertauliah tanpa dikenakan bayaran upah dan harga komponen yang ditukar.
2. 18 Okt 2011 – Proton Holdings Bhd. merancang mengkomersialkan kenderaan elektriknya pada 2013, kata Pengarahnya Datuk Zainuddin Che Din. Harga Proton Saga EV dijangkakan RM70,000 dan Proton Exora Range kira-kira RM100,000.
78 Comments
ni macam nak menggoda je ni?haha…tak boleh.kena tahan godaan ni.nak angkat mpv tahun depan.sabar…
salam bro. pe beza FL ngan FLX?
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Bio Rejuv untuk kulit bermasalah
tak berapa nampak sangat bezanya..
Beza lebih nmpk pada gear shifting. Klo dlu, gear auto pon ley rase sengguk² tuka gear tu, dgn CVT, xde rase tuka gear. Mcm gear skuter. So, petrol lg jimat. 🙂
Thanks kredit bro.. Patut la lain macam je traffic arini…he3..
Curahan rasa jai @ ..Oh Artis Kena Godam | Di Hack Oleh Gaysec 25 Julai
Berkongsi trafik baru meriah dunia blogging ni.
terbaiklah DenaiHati!!
trafik mencurah-curah lah ye bro?
tahun depan start keja.boleh sambar satu ni 😀
Curahan rasa izwannizam @ ..Pinjaman Islamik Memang Mahal
bawa bersabar ye syiela jgn menambah hutang lagi….
Curahan rasa syiela @ ..minggu ke 25
Beli bila perlu je kalau tak perlu guna apa yg ada sekarang ni kena banyak menyimpan dari berhutang.
Curahan rasa denaihati @ ..Kecelaruan Ekonomi Dunia
itulah family kata belilah sebab hebat…tapi duit bukannya lebat yang dah ada itu cukuplah jadi penambat hati…ada rezeki nanti insyaallah…
Curahan rasa azura @ ..Fikir Positif melawan SLE
InsyaAllah ada rezeki boleh la beli nanti 🙂
aku baru dua tiga minggu dapat FL..ni keluar baru pulak..berbulu ja..
sabar.. sabar…
Curahan rasa syiela @ ..minggu ke 25
lampu dpn macam merc c class 2012 yg br. hehe
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Hiasan Dalaman Moden Futuristik Oleh Geometrix (Lakaran Artis)
kereta Malaysia ada kelas tersendiri…
tahniah PROTON… PERODUA juga semakin canggih
dengan rekaan baru…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Kebaikan dan keburukan gel sanitizer tangan
Baru jer habis bayar instalment keta..sabar sabar sabar
beli guna duit unity? wahhh… nampak menarik..!!
Curahan rasa sjiehan @ ..Kereta api laju China berlanggar.
Macam cantik ja kreta ni..
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
saya pun berkenan 😉
Curahan rasa syiela @ ..minggu ke 25
kapan yah bisa miliki kereta seperti itu?
Teman-teman di Pekan Baru rame yang sudah punya mobil Proton
Curahan rasa denaihati @ ..Kecelaruan Ekonomi Dunia
wah… pandai DH cakap endon…
Curahan rasa sjiehan @ ..Kereta api laju China berlanggar.
awak yang macam baru tahu saja kamipun bisa cakap melayu
Curahan rasa Metrolisa @ ..The Importance of SEO in Internet Marketing
Haha.. bro Munir memang bisa bercakap Melayu…
Curahan rasa Steward John @ ..Interesting Pearls of Wisdom
harap namanya tak bertukar bila sampai ke tempat lain
Fuh… cantik jugak… 😀
Curahan rasa lAl @ ..Kelangkang Cinta
baru je beli saga tahun lepas.. takkan tahun ni tukar lagi beli saga FLX nie? Mmg meruntun jiwa la Saga FLX ni.. isk…
Bawa bersabo jangan ikut nafsu heee
Curahan rasa denaihati @ ..Kecelaruan Ekonomi Dunia
kikikikiki. kite ada myvi dah,nantilah kumpul duit beli kete lain lak.
Curahan rasa Lizz @ ..(Video) Cinta Muka Buku by Najwa Latif
Tahun depan entah keluaran terbaru pulak.. Kalau nak tunggu pulak entah sampai bila2 pun tak dapat beli nanti
Curahan rasa Steward John @ ..Interesting Pearls of Wisdom
Comments are closed.