Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog terpilih untuk disiarkan di blog Denaihati kali ni adalah daripada rakan blogger Hafizul, pemilik blog “Pondok Kecil“. Nama blog yang menarik juga. Semoga pondok kecil itu dapat memberi manfaat kepada para pelawat yang datang untuk berteduh. Joom sama-sama kita baca perkongsian daripada blog status PR2 iaitu PondokKecil.com.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pondok Kecil merupakan sebuah blog yang ditubuhkan untuk berkongsi suka dan duka kehidupan. Rempah ratus kehidupan diadun dengan baik lalu dimasukkan ke halaman blog untuk dijadikan panduan dan perkongsian buat mereka yang memerlukan. Penubuhan blog Pondok Kecil merupakan inspirasi daripada aku sendiri yang melihat aktiviti blogging begitu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Corak hidup yang dulunya sunyi dan sepi daripada aktiviti berfaedah akhirnya berubah. Berubah dari segi pengisian masa, suasana, perasaan dan kehidupan seharian.
Walaupun sudah lama terdedah dengan dunia teknologi maklumat, aku belum terdetik untuk menubuhkan sebuah blog. Sehinggalah sampai satu masa, kehangatan contest gadget impian anjuran rakan blogger Denaihati mengubah segalanya. Dari situ aku belajar selok belok membuat blog. Aku bermula dengan domain percuma dan beberapa bulan memakai domain percuma, aku dapati domain percuma tidak mempunyai banyak kelebihan. Bulan 5 tahun 2012, aku membeli domain yang diberi nama Pondok Kecil dot com. Sehingga sekarang aku masih setia bersama Pondok Kecil.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Blog Pondok Kecil banyak dimuatkan dengan artikel-artikel berkenaan dengan keluarga dan kehidupan. Selebihnya hanyalah pengisian yang kadang-kala sahaja akan dimuatkan mengikut kategori yang tertentu. Aku bukan membangga diri. Tapi aku pernah membaca artikel rakan blogger menyatakan artikel blog aku sangat menarik. Blog Pondok Kecil juga bakal mengegar dunia blogging. Serius, aku tak menipu dan bukan mereka-reka cerita. Aku hanya mengulangi apa yang mereka semua pernah katakan.
Ini cerita tahun lepas punya hal. Mungkin tahun ini lain pula tanggapan mereka semua. Namun apa yang harus aku percaya, di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Mungkin aku masih baru dalam dunia blogging dan belum mampu menandingi pengalaman mereka semua. Tetapi itu semua bukan alasan. Buktinya, Pondok Kecil mendapat PR2 selepas beberapa bulan terlibat dalam dunia blogging. Sememangnya satu pencapaian yang membanggakan.
Statistik Traffic blog Pondok Kecil Tahun 2012
Akhir tahun yang lepas, blog Pondok Kecil mampu menduduki tangga yang terbaik dalam ranking Alexa. Bawah 900 dalam ranking Malaysia dan ini merupakan satu pencapaian yang agak baik untuk sebuah blog yang belum cukup usia satu tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antara blogger baru dan blogger lama. Apa yang berbeza hanyalah strategi dan usaha kita dalam mengemudi blog kearah apa yang kita kehendaki.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Blog Pondok Kecil menggunakan themes Thesis yang mana banyak kelebihan yang terdapat dalam themes ini. Themes thesis dipercayai minimal, ringkas dan kemas. Aku sahaja yang belum mampu menguasai sepenuhnya berkenaan dengan kongfigurasi themes ini agar ia kelihatan lebih mesra terutama pada pandangan SEO dan SERP. Kenapa aku tekankan untuk menguasai teknik SEO? Salah satunya adalah berkaitan dengan buat duit melalui blog.
Header yang digunakan blog Pondok Kecil merupakan idea aku dan sedikit cadangan daripada Saudara Anarm. Akhirnya terhasillah header yang ringkas dan menarik. Walaupun ringkas, ia cukup menggambarkan identiti blog Pondok Kecil. Bagi aku, aku selesa dengan header blog macam ni. Disebabkan hal tersebut, header blog Pondok Kecil berkekalan sehingga sekarang. Ruangan sidebar pula, aku memilih untuk tidak menyakitkan mata pembaca dengan meletakkan perkara asas sahaja. Dengan cara ini masa capaian ke halaman blog juga dapat disingkatkan.
Apa yang terkandung di halaman blog Pondok Kecil tiada keistimewaannya. Apa yang ada hanyalah kisah-kisah kehidupan yang tidak akan basi dan sentiasa menjadi kenang-kenangan yang abadi.
104 Comments
Saya sangat suka dengan artikel-artikel disini, sangat inspiratif
Curahan rasa F. G. Ramadhan @ ..Sambut Juara Dunia Baru
blog pondok kecil yang semakin mantap hari ke hari.
Curahan rasa daddydee @ ..Letupan Di Boston Marathon
Pondok KEcil nih selalu menarik untuk diterjah kembali ada sesuatu yang mengingatkan kita kepada blog ini headernya cute banget
Curahan rasa metrolisa @ ..Counter KH. Hasyim Muzadi untuk PBB
Rasanya dah lama Tuan Denaihati offer review entri berstatus PR2 utk disiarkan di blog DH. Pertanyaan saya bagaimana cara nak hantar, tolong beri penjelasan tentang hal ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kontest Panduan Blogger Anjuran HasrulHassan.com (Promosi)
teringat lagu pondok kecil.
Curahan rasa ohcikgu @ ..1 Perak dan 3 Gangsa.
hay salam kenal saya dari indonesia. artikelnya sungguh cantik. nice to you
Curahan rasa fafa faroom @ ..Kenapa Sebagian Orang Kaya Dan Kebanyakan Orang MIskin ?
walaupun pondok kecik namun banyak manfaatnya…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Last Day Trip To Kuching 3D2N Sponsor By Malindo Air
Semoga terus berjaya pondokkecil.com.
Curahan rasa donnyien @ ..Di Ganggu Oleh Hantu Daun
nama blog pun menarik
Curahan rasa kak ina kl @ ..Rumah Bersih Tanpa Habuk Dengan Vakum Samsung
saya pun suka bertandang ke blog pondo kecil
Curahan rasa onlajer @ ..Super Blog?
themes nya emang cantik ya..:D
blog saya yang satu lagi juga menggunakan themes thesis, emng bagus themes nya,, oya ada tidak tutorial untuk menghias themes tersebut agar cantik.?
Curahan rasa sekolah belajar Forex @ ..Sekolah Belajar Forex FBS Indonesia
Tertarik dengan nama blog – Pondok kecil. Sounds humble dan mudah diingati. Pilihan nama yang baik.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Kre-O’s Super Robot Constructicon Devastator
memandang theme dan header rasanya nak berlama-lama di blog ini
Curahan rasa metrolisa @ ..10 CEO dengan Pendapatan Tertinggi di Dunia
Hehe..header blog yang selamber jer tuan..
Curahan rasa Hafizul @ ..Jadi Anak Yang Baik
kwan baik admin blog ni ialah yusri hihihi
Curahan rasa hafiz @ ..Keputusan penuh Selangor vs Johor Darul Takzim Piala FA 2013
Comments are closed.