Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog terpilih untuk disiarkan di blog Denaihati kali ni adalah daripada rakan blogger Hafizul, pemilik blog “Pondok Kecil“. Nama blog yang menarik juga. Semoga pondok kecil itu dapat memberi manfaat kepada para pelawat yang datang untuk berteduh. Joom sama-sama kita baca perkongsian daripada blog status PR2 iaitu PondokKecil.com.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pondok Kecil merupakan sebuah blog yang ditubuhkan untuk berkongsi suka dan duka kehidupan. Rempah ratus kehidupan diadun dengan baik lalu dimasukkan ke halaman blog untuk dijadikan panduan dan perkongsian buat mereka yang memerlukan. Penubuhan blog Pondok Kecil merupakan inspirasi daripada aku sendiri yang melihat aktiviti blogging begitu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Corak hidup yang dulunya sunyi dan sepi daripada aktiviti berfaedah akhirnya berubah. Berubah dari segi pengisian masa, suasana, perasaan dan kehidupan seharian.
Walaupun sudah lama terdedah dengan dunia teknologi maklumat, aku belum terdetik untuk menubuhkan sebuah blog. Sehinggalah sampai satu masa, kehangatan contest gadget impian anjuran rakan blogger Denaihati mengubah segalanya. Dari situ aku belajar selok belok membuat blog. Aku bermula dengan domain percuma dan beberapa bulan memakai domain percuma, aku dapati domain percuma tidak mempunyai banyak kelebihan. Bulan 5 tahun 2012, aku membeli domain yang diberi nama Pondok Kecil dot com. Sehingga sekarang aku masih setia bersama Pondok Kecil.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Blog Pondok Kecil banyak dimuatkan dengan artikel-artikel berkenaan dengan keluarga dan kehidupan. Selebihnya hanyalah pengisian yang kadang-kala sahaja akan dimuatkan mengikut kategori yang tertentu. Aku bukan membangga diri. Tapi aku pernah membaca artikel rakan blogger menyatakan artikel blog aku sangat menarik. Blog Pondok Kecil juga bakal mengegar dunia blogging. Serius, aku tak menipu dan bukan mereka-reka cerita. Aku hanya mengulangi apa yang mereka semua pernah katakan.
Ini cerita tahun lepas punya hal. Mungkin tahun ini lain pula tanggapan mereka semua. Namun apa yang harus aku percaya, di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Mungkin aku masih baru dalam dunia blogging dan belum mampu menandingi pengalaman mereka semua. Tetapi itu semua bukan alasan. Buktinya, Pondok Kecil mendapat PR2 selepas beberapa bulan terlibat dalam dunia blogging. Sememangnya satu pencapaian yang membanggakan.
Statistik Traffic blog Pondok Kecil Tahun 2012
Akhir tahun yang lepas, blog Pondok Kecil mampu menduduki tangga yang terbaik dalam ranking Alexa. Bawah 900 dalam ranking Malaysia dan ini merupakan satu pencapaian yang agak baik untuk sebuah blog yang belum cukup usia satu tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antara blogger baru dan blogger lama. Apa yang berbeza hanyalah strategi dan usaha kita dalam mengemudi blog kearah apa yang kita kehendaki.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Blog Pondok Kecil menggunakan themes Thesis yang mana banyak kelebihan yang terdapat dalam themes ini. Themes thesis dipercayai minimal, ringkas dan kemas. Aku sahaja yang belum mampu menguasai sepenuhnya berkenaan dengan kongfigurasi themes ini agar ia kelihatan lebih mesra terutama pada pandangan SEO dan SERP. Kenapa aku tekankan untuk menguasai teknik SEO? Salah satunya adalah berkaitan dengan buat duit melalui blog.
Header yang digunakan blog Pondok Kecil merupakan idea aku dan sedikit cadangan daripada Saudara Anarm. Akhirnya terhasillah header yang ringkas dan menarik. Walaupun ringkas, ia cukup menggambarkan identiti blog Pondok Kecil. Bagi aku, aku selesa dengan header blog macam ni. Disebabkan hal tersebut, header blog Pondok Kecil berkekalan sehingga sekarang. Ruangan sidebar pula, aku memilih untuk tidak menyakitkan mata pembaca dengan meletakkan perkara asas sahaja. Dengan cara ini masa capaian ke halaman blog juga dapat disingkatkan.
Apa yang terkandung di halaman blog Pondok Kecil tiada keistimewaannya. Apa yang ada hanyalah kisah-kisah kehidupan yang tidak akan basi dan sentiasa menjadi kenang-kenangan yang abadi.
104 Comments
belum pernah menyinggah… mesti lawat dan singgah ni… tq denaihati…
Curahan rasa mancai @ ..kronologi ciptaan telefon bimbit
wah tahniah blog pondokkecil.com berjaya terpilih, trafik blog pondokkecil pun hebat juga.
semoga terus berblogging.
Curahan rasa ejam @ ..Selamat Sampai 2 Kotak Lagi Karipap Mini.
selalu jugak singgah blog pondok kecil ni. 🙂
Curahan rasa khairul asrol @ ..Alexa Ranking Sudah Mencecah Angka 3 di Hadapan
“Apa yang ada hanyalah kisah-kisah kehidupan yang tidak akan basi dan sentiasa menjadi kenang-kenangan yang abadi”. Saya suka tagline nih
Curahan rasa Juan @ ..LoanStreet – Malaysia Home Loan Comparison Tool
Blogwalking ke blog setiap hari,
Singgah sebentar di entri mereka,
Denaihati hidupkan untuk memberi,
Pondok kecil pula di sini impian bermula.
As…salam…
Pondok kecil rumahnya usang,
Namun perabutnya kayu jati,
Begitulah kehidupan suasana riang,
Mengisi halaman penuh teliti.
Pondok kecil rumah buruk ku,
Walaupun buruk masih teguhnya,
Moga Hafizul terus maju,
Bersama blognya yang penuh bermakna.
KepadaMu Ya Allah aku bersyukur,
Memberi hidayah sepanjang waktu,
Semoga pondok kecil tidak tersungkur,
Rebah ke dunia blog yang penuh berliku.
Tahniah diucap terima kasih diujar,
Tanda kasih sensasi2020 kepada Hafizul,
Semoga rakan semua boleh terus belajar,
Ilmu blogger banyak belum dibuka simpul.
TQ…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Calon Yang Bertanding Pada PRU13
semoga blog pondokkecil.com terus bermotivasi dalam penghasilan entri yang berkualiti.
Curahan rasa hanafi abdullah @ ..Bila Si Abang Dan Si Adik Berbicara Tentang Politik
Teruskan menulis PondokKecil,ramai yang suka blog anda tu 🙂
Curahan rasa wazy @ ..Cuti Dah Habis Bro
memang bagus sich, Cara Mengatasi keputihan.
Hebat-hebat blog rakan-rakan ni. Hehe.. Majoriti menggunakan theme terbaik, thesis.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia
nak kena tengok ni
Curahan rasa zool @ ..Pendapatan 5 angka memang mustahil
Teruskan usaha dan semangat ok Pondok Kecil 🙂
Curahan rasa CutiMalaysia @ ..Muzium Coklat Kota Damansara: CutiMalaysia ke Muzium Coklat Yang Pertama di Asia Tenggara!
yeah! sama2 kita beri sokongan pada rakan blogger…barulah meriah dan ukhwah dibentuk ada nilainya…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Tingkatkan Mood!
mak aih tengok dia punya pageview nak nangis lah hehe
Curahan rasa Bean Moreno @ ..Ber’Pukung’ Bukan Satu Penderaan Bayi
suka singgah blognya loading cepat..
Curahan rasa hafiz @ ..Pemain import baru Johor Darul Takzim
setuju…antara blog yg loading pagenya bagus..
teruskan bro PK!
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Tingkatkan Mood!
tahniah owner pondokkecil.com.. sebuah blog yg menarik 🙂
Curahan rasa HafizAmri @ ..Panduan Membuat Keputusan
tahniah kepada pondok kecil.com. memang blog En Hafizul namak kemas, sici dan bersih. Suka melepak dan stalking kat situ..
Curahan rasa aynora nur @ ..1st Anniversary Domain http://www.khairilmazri.com Giveaway
tuan hafizul juga peramah orgnya…best lepak kat situ..setiap komen pasti dibalas…terbaiklah bro PK!
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Tingkatkan Mood!
Comments are closed.