Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog terpilih untuk disiarkan di blog Denaihati kali ni adalah daripada rakan blogger Hafizul, pemilik blog “Pondok Kecil“. Nama blog yang menarik juga. Semoga pondok kecil itu dapat memberi manfaat kepada para pelawat yang datang untuk berteduh. Joom sama-sama kita baca perkongsian daripada blog status PR2 iaitu PondokKecil.com.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pondok Kecil merupakan sebuah blog yang ditubuhkan untuk berkongsi suka dan duka kehidupan. Rempah ratus kehidupan diadun dengan baik lalu dimasukkan ke halaman blog untuk dijadikan panduan dan perkongsian buat mereka yang memerlukan. Penubuhan blog Pondok Kecil merupakan inspirasi daripada aku sendiri yang melihat aktiviti blogging begitu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Corak hidup yang dulunya sunyi dan sepi daripada aktiviti berfaedah akhirnya berubah. Berubah dari segi pengisian masa, suasana, perasaan dan kehidupan seharian.
Walaupun sudah lama terdedah dengan dunia teknologi maklumat, aku belum terdetik untuk menubuhkan sebuah blog. Sehinggalah sampai satu masa, kehangatan contest gadget impian anjuran rakan blogger Denaihati mengubah segalanya. Dari situ aku belajar selok belok membuat blog. Aku bermula dengan domain percuma dan beberapa bulan memakai domain percuma, aku dapati domain percuma tidak mempunyai banyak kelebihan. Bulan 5 tahun 2012, aku membeli domain yang diberi nama Pondok Kecil dot com. Sehingga sekarang aku masih setia bersama Pondok Kecil.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Blog Pondok Kecil banyak dimuatkan dengan artikel-artikel berkenaan dengan keluarga dan kehidupan. Selebihnya hanyalah pengisian yang kadang-kala sahaja akan dimuatkan mengikut kategori yang tertentu. Aku bukan membangga diri. Tapi aku pernah membaca artikel rakan blogger menyatakan artikel blog aku sangat menarik. Blog Pondok Kecil juga bakal mengegar dunia blogging. Serius, aku tak menipu dan bukan mereka-reka cerita. Aku hanya mengulangi apa yang mereka semua pernah katakan.
Ini cerita tahun lepas punya hal. Mungkin tahun ini lain pula tanggapan mereka semua. Namun apa yang harus aku percaya, di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Mungkin aku masih baru dalam dunia blogging dan belum mampu menandingi pengalaman mereka semua. Tetapi itu semua bukan alasan. Buktinya, Pondok Kecil mendapat PR2 selepas beberapa bulan terlibat dalam dunia blogging. Sememangnya satu pencapaian yang membanggakan.
Statistik Traffic blog Pondok Kecil Tahun 2012
Akhir tahun yang lepas, blog Pondok Kecil mampu menduduki tangga yang terbaik dalam ranking Alexa. Bawah 900 dalam ranking Malaysia dan ini merupakan satu pencapaian yang agak baik untuk sebuah blog yang belum cukup usia satu tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antara blogger baru dan blogger lama. Apa yang berbeza hanyalah strategi dan usaha kita dalam mengemudi blog kearah apa yang kita kehendaki.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Blog Pondok Kecil menggunakan themes Thesis yang mana banyak kelebihan yang terdapat dalam themes ini. Themes thesis dipercayai minimal, ringkas dan kemas. Aku sahaja yang belum mampu menguasai sepenuhnya berkenaan dengan kongfigurasi themes ini agar ia kelihatan lebih mesra terutama pada pandangan SEO dan SERP. Kenapa aku tekankan untuk menguasai teknik SEO? Salah satunya adalah berkaitan dengan buat duit melalui blog.
Header yang digunakan blog Pondok Kecil merupakan idea aku dan sedikit cadangan daripada Saudara Anarm. Akhirnya terhasillah header yang ringkas dan menarik. Walaupun ringkas, ia cukup menggambarkan identiti blog Pondok Kecil. Bagi aku, aku selesa dengan header blog macam ni. Disebabkan hal tersebut, header blog Pondok Kecil berkekalan sehingga sekarang. Ruangan sidebar pula, aku memilih untuk tidak menyakitkan mata pembaca dengan meletakkan perkara asas sahaja. Dengan cara ini masa capaian ke halaman blog juga dapat disingkatkan.
Apa yang terkandung di halaman blog Pondok Kecil tiada keistimewaannya. Apa yang ada hanyalah kisah-kisah kehidupan yang tidak akan basi dan sentiasa menjadi kenang-kenangan yang abadi.
104 Comments
jangan tengok luaran jer..tengok dalaman yang penuh dengan emas..
habislahhhhh…kenapa bongkarkan emas tu?apa-apa pun terima kasih yer..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..4 Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan
semoga blognya selalu memberikan manfaat buat para pembacanya,,,
Curahan rasa luthfi @ ..Mulut Kering (Xerostomia)
InsyaAllah..cuma sekarnag masih mencari rentka yang sesuai untuk pembaca blog pondok kecil..hehe..terima kasih bro..
Curahan rasa Hafizul @ ..4 Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan
pondok kecil tetapi berisi kandungan ilmu yang luar biasa
Curahan rasa metrolisa @ ..Beli Kartu Perdana Internet 3 Murah dan wuss kecepatannya
mendalam komen saudara ni..terima kasih yer..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..4 Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan
Semoga blog pondokkecil.com berada dlm kumpulan yang memberi vote terbanyak nanti. Insya Allah saya membantu sekadar termampu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Promosi Besar-Besaran Untuk Contest Tanah Arab By Asyrof AsriStudio.com
Terima kasih bro..sokongan mcm nilah yang akan membangkitkan semangat saya dalam dunia blogging..terima kasih..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..4 Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan
kak nora doakan semoga brother sukses selalu.. insyaAllah
Curahan rasa nurmisnan @ ..Contest review blog paling popular Denaihati
Terima kasih kak Nora..terima kasih..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..4 Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan
cik tom doakan blog Pondok Kecil berjaya dalam contest ini!!
Curahan rasa cik tom @ ..Jari Jemari Kaku.. Lidah Kelu Untuk Berbicara…
dah klik g+ jugak..good luck pndk kecil!!
salam , semoga pondok kecil akan terus berjaya dalam dunia blog , kisah biasa tu yg lebih beerti sebenarnya ..good luck dlm contest ni juga ye …
Curahan rasa puanbee @ ..Kalau loya boleh cuba Anmum Materna perisa vanilla mango
Saya doakan blog Pondok Kecil berjaya dalam contest ini..oopps… tercopy paste…haha.
Good luck bro dan selamat berjuang dengan blogger2 lain.
Curahan rasa Wan Mohd Hafiz @ ..Samsung Akan Hadir Dengan Tablet Galaxy Tab DUOS 7.0, Galaxy Tab 8.0 dan Galaxy Tab 11 Pada Tahun 2013
Hahaha..terbaik…terima kasih bro..
Curahan rasa Hafizul @ ..Undilah Saya
Selamat maju jaya untuk blog pondok kecil…hahahahaha
Curahan rasa Hafizul @ ..Undilah Saya
yeah selamat berjuang bro dan satu undian dari saya hehe
Curahan rasa onlajer @ ..Doa naik Kenderaan
Terima kasih bro..hehe..semoga ada rezeki untuk pondok kecil..aminnn
Curahan rasa Hafizul @ ..Undilah Saya
mari kita usaha sama2 untuk contest review ni..
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Contest Review Blog Paling Popular
ha ah..jom sama-sama semarakkan kemeriahan contest ini..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Undilah Saya
Pk memang best… suka lepak sana. Kadang2 x tinggal jejak.. gd luck yer..
Curahan rasa nurmisnsn @ ..Contest review blog paling popular Denaihati
Ooo kiranya silent reader lah nih..hehe..terima kasih yer..
Curahan rasa Hafizul @ ..Undilah Saya
Blog PK antara blogger pertama yang selalu menyokong blog saya masa saya mula-mula aktif blogging..saya sangat hargai rakan blogger saya sorang ni..good luck ya PK 🙂
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Hasil Buat Duit Online Tanpa Menulis Blog
semoga impian pondok kecil terlaksana dan selamat berkarya. semoga berjaya
Curahan rasa yangbaik @ ..Pengetahuan yang terbatas
selamat maju jaya…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Cara memasukkan kod Google Analytic dalam setting blog WordPress
Comments are closed.