Piala Malaysia 2021: Wilayah cuti hari Jumaat

Spread the love

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.

Ia susulan kejuaraan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam final TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kemenangan KL City FC semalam adalah pencapaian terbaik pasukan itu setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia.

Kali terakhir pasukan bola sepak Kuala Lumpur memenangi Piala Malaysia pada tahun 1989.

AWANI, BERNAMA


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!