Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru sahaja tamat Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan tapi masa bergerak begitu pantas empat tahun telah berlalu. 12 Jun 2014 sepak mula Piala Dunia 2014 akan bermula walaupun penganjur Brazil melalui berbagai kesukaran sehingga ke saat akhir. Badan induk bola sepak dunia, FIFA tetap yakin gergasi bola sepak dunia, Brazil dapat menganjurkan kejohanan sukan terbesar di dunia walaupun diselubungi dengan berbagai kontroversi. Satu dunia mengira countdown World Cup FIFA 2014 dengan penuh debaran.
KLIK UNTUK JOIN CONTEST WORLD CUP 2014 DENGAN HADIAH USD100K
Piala Dunia 2010 aku sokong Belanda sebabnya mudah dulu ada Van Persie dalam team Arsenal tetapi sudah tak minat sebab tengok perangai dia yang tak bagus apabila berpindah ke Manchester United. Selain Van Persi dulu aku pun minat Arjen Robben walaupun bukan pemain Arsenal tapi setelah dia buat drama jatuh dalam kotak penalti semasa Bayern kalahkan Arsenal terus hilang selera.
Piala Dunia 2014 aku sokong pasukan German sebab ada tiga superstar daripada Arsenal iaitu Mesut Ozil, Lukas Podolski dan Per Mertesacker. Selain itu ramai pemain utama Arsenal yang bermain untuk negara masing-masing iaitu Giroud dan Koscielny untuk Perancis, Wilshere dan Oxlade Chamberlain untuk England, Cazorla untuk Sepanyol, Joel Cambell untuk Costa Rica dan Vermaelen untuk Belgium. Sebagai tanda sokongan aku kepada pasukan German sepanjang Piala Dunia 2014 aku akan memasang widget FIFA World Cup 2014 untuk team German di sidebar blog ini. Jersi German no 8 hadiah daripada Bro Zainal yang dibeli khas dari German juga sudah siap nak dipakai. Go Go Go German you can be World Champions 2014. Apa pulak pasukan kegemaran anda?
Jadual Piala Dunia 2014 untuk 32 pasukan yang masuk final bermula dengan sepak mula antara Brazil vs Croatia pada 13/6/2014, jam 4.00 am waktu Malaysia. Untuk melihat jadual penuh pelawanan Piala Dunia 2014 sila klik Jadual Piala Dunia 2014 waktu Brazil manakala jadual Piala Dunia Waktu Malaysia dan lokasi perlawanan seperti di bawah.
KLIK UNTUK KEPUTUSAN PENUH PIALA DUNIA FIFA 2014
Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia
Kebanyakan perlawanan Piala Dunia 2014 berlansung awal pagi waktu Malaysia jadi kena rancang jadual kerja supaya tidak ada peminat bola sepak yang kena buang kerja di akhir Piala Dunia 2014. Jangan pulak pasukan yang anda sokong menjulang piala tetapi anda terpaksa mencari kerja baru. Paling penting pastikan jangan terlibat dengan pertaruhan walaupun sekecil mana kerana semua itu adalah judi.
Tak dapat menonton live pun tak apa sebab berita terkini Piala Dunia 2014 boleh didapati daripada berbagai sumber samada dari website, facebook dan twitter hanya perlu guna hashtag #WorldCup2014 untuk mencari segala informasi terkini Piala Dunia 2014. Dengan hashtag #WorldCup2014 pasti anda akan mendapat update terkini keputusan Piala Dunia 2014.
Video Rasmi lagu Piala Dunia 2014
105 Comments
walaupun kat Liverpool tiada pemain jerman, namun ia tetap menjadi pilihan saya kerana potensi besar yang dimiliki oleh pasukan tersebut
Curahan rasa sohoque @ ..Testing Monopod Baru
Bila time World Cup memang dari dulu sokong Brazil sebab skill individu pemain2nya yg sangat menghiburkan..tapi Brazil sekarang bukan seperti dulu yg penuh skills..sekarang suka tengok team Spain pula dengan taktikal tiki-takanya yg turut menghiburkan biar pun kurang skill individu..untuk World Cup 2014 saya sokong Spain & Brazil untuk pilihan Juara. Walaupun Germany & Argentina nampak kuat, tapi seperti England jugalah harap nama jer besar tapi kurang menyengat.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
Buat kali pertama sejak sekian lama, tiada pasukan yang benar-benar favourite utk jadi juara. Brazail pasti diletakkan pilihan utama kerana beraksi di tempat sendiri dan punyai barisan yang agak seimbang. Namun, mereka tiada penyerang utama (#9 striker) yang boleh merosakkan pecaturan mereka kali ini. Jika dulu ada Romario, Ronaldo dll. Skrg mereka ada Hulk dan Neymar. Neymar bukan #9 dan Hulk kurang konsisten sekarang.
Kawe rasa Argentina akan jadi juara provided Messi cergas sepenuhnya dan boleh klik dengan pemain yg lain. Dengan Aguero dan Higuain sebagai jentera pemusnah, Argentina tampak hebat. Defence dan tengah pun not tooo shabby.
Curahan rasa Ismail N @ ..Rabobank Hockey World Cup 2014: Malaysia vs England
Saya tetap sokong Sepanyol, pasukan bergelar juara 4 tahun lepas dan pasukan terbaik/pertama dunia di rangking FIFA.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Piala Dunia 2014: Senarai Pemain Pasukan Brazil
Ambe tetap dgn Portugal sbb ada CR…hehe..
lain2…pilih belanda dan pastinya jepun n korea…yeah!
Curahan rasa hafizmd @ ..Jawatan Kosong PTD Pegawai Tadbir Diplomatik & 22 Jawatan Kosong di SPRM!
Tak sabar menanti kedatangan Piala Dunia.. Harus lebih bersedia sebab clash dengan puasa ramadhan pula..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Kulit Halus Seperti Kulit Telur Tanpa Dipinta
bahangnya semakin terasa tapi lagu saya dengar dekat radio macam tak sedap sahaja.lagi best lagu sebelum ni wa.ka.ka.ka…aduh..
Curahan rasa suri @ ..Rukun Talak : Lafaz Sarih, Lafaz Kinayah
sakit mata untuk lihat video itu. ada gambar awek tudung tak?
Curahan rasa suri @ ..Ikan Keli Masak Jambu Batu !
Demam piala dunia 2014 ini akan membuat para pencinta sepak bola untuk rela menonton tim favoritnya bertanding dan menjadi pemenang pada piala dunia tahun ini di Brasil
Curahan rasa Tino Berita @ ..Tips Kiat Hidup Sehat
wow11… video rasmi pun ramai gak yang minat….
Curahan rasa KelipKelip @ ..Giveaway RM300 Blog Pancing Elih
Saya pun sokong Jerman kali ni. Jersi dah siap, tunggu masa nak pakai je. Tapi aura Piala Dunia kureng sikit kat Melbourne ni walaupun Tim Aussie ada dlm Puala Dunia. Bola sepak bkn sukan utama. Rindu suasana WC di Msia. 🙂
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Sambutan ANZAC DAY di Australia
pening kepala tengok jadual tu… saya suka tengok semi final & final je… debarannya lebih…
Curahan rasa KelipKelip @ ..GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com
Saya cuma tengok result bola aje…..
Curahan rasa ahmadyani @ ..Negeri Kelahiran Saya BerSultan Baharu
aaa… serupa la kita, tengok sikit-sikit je
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
Saya sokong itali/jerman walaupun bukanlah peminat yang setia sangat.. Tunggu dan lihat..:)
Curahan rasa ANIRAH AZURI @ ..Tips Lajukan Speed Blog Dengan Berkesan
Saya tetap sokong Sepanyol, team negara terbaik di dunia. Setiap orang ada ramalan mereka sendiri, kita tunggu dan lihat aksi permulaan aetiap pasukan.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Piala Dunia 2014 Di Brazil Semakin Dirasai
bola boleh buat orang bersahabat, bola juga boleh buat orang bergaduh..
Curahan rasa KelipKelip @ ..Senarai Resepi Biskut Raya Terbaik
Biasa takdela minat bola.
Tapi World Cup 2014 memang pasti akan mengujakan ramai, termasuk saya. ^^
Curahan rasa lina @ ..Running-centric Saturday
Comments are closed.