Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru sahaja tamat Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan tapi masa bergerak begitu pantas empat tahun telah berlalu. 12 Jun 2014 sepak mula Piala Dunia 2014 akan bermula walaupun penganjur Brazil melalui berbagai kesukaran sehingga ke saat akhir. Badan induk bola sepak dunia, FIFA tetap yakin gergasi bola sepak dunia, Brazil dapat menganjurkan kejohanan sukan terbesar di dunia walaupun diselubungi dengan berbagai kontroversi. Satu dunia mengira countdown World Cup FIFA 2014 dengan penuh debaran.
KLIK UNTUK JOIN CONTEST WORLD CUP 2014 DENGAN HADIAH USD100K
Piala Dunia 2010 aku sokong Belanda sebabnya mudah dulu ada Van Persie dalam team Arsenal tetapi sudah tak minat sebab tengok perangai dia yang tak bagus apabila berpindah ke Manchester United. Selain Van Persi dulu aku pun minat Arjen Robben walaupun bukan pemain Arsenal tapi setelah dia buat drama jatuh dalam kotak penalti semasa Bayern kalahkan Arsenal terus hilang selera.
Piala Dunia 2014 aku sokong pasukan German sebab ada tiga superstar daripada Arsenal iaitu Mesut Ozil, Lukas Podolski dan Per Mertesacker. Selain itu ramai pemain utama Arsenal yang bermain untuk negara masing-masing iaitu Giroud dan Koscielny untuk Perancis, Wilshere dan Oxlade Chamberlain untuk England, Cazorla untuk Sepanyol, Joel Cambell untuk Costa Rica dan Vermaelen untuk Belgium. Sebagai tanda sokongan aku kepada pasukan German sepanjang Piala Dunia 2014 aku akan memasang widget FIFA World Cup 2014 untuk team German di sidebar blog ini. Jersi German no 8 hadiah daripada Bro Zainal yang dibeli khas dari German juga sudah siap nak dipakai. Go Go Go German you can be World Champions 2014. Apa pulak pasukan kegemaran anda?
Jadual Piala Dunia 2014 untuk 32 pasukan yang masuk final bermula dengan sepak mula antara Brazil vs Croatia pada 13/6/2014, jam 4.00 am waktu Malaysia. Untuk melihat jadual penuh pelawanan Piala Dunia 2014 sila klik Jadual Piala Dunia 2014 waktu Brazil manakala jadual Piala Dunia Waktu Malaysia dan lokasi perlawanan seperti di bawah.
KLIK UNTUK KEPUTUSAN PENUH PIALA DUNIA FIFA 2014
Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia
Kebanyakan perlawanan Piala Dunia 2014 berlansung awal pagi waktu Malaysia jadi kena rancang jadual kerja supaya tidak ada peminat bola sepak yang kena buang kerja di akhir Piala Dunia 2014. Jangan pulak pasukan yang anda sokong menjulang piala tetapi anda terpaksa mencari kerja baru. Paling penting pastikan jangan terlibat dengan pertaruhan walaupun sekecil mana kerana semua itu adalah judi.
Tak dapat menonton live pun tak apa sebab berita terkini Piala Dunia 2014 boleh didapati daripada berbagai sumber samada dari website, facebook dan twitter hanya perlu guna hashtag #WorldCup2014 untuk mencari segala informasi terkini Piala Dunia 2014. Dengan hashtag #WorldCup2014 pasti anda akan mendapat update terkini keputusan Piala Dunia 2014.
Video Rasmi lagu Piala Dunia 2014
105 Comments
Go brazil! tapi time lawan friendly hari tu kena boo sbb gameplay xlawa. Harap tu cuma propaganda je…hehe
Curahan rasa GilaGempak @ ..(14 Gambar) Tapak Pembinaan Diliputi Kain Berwarna
go german go .. harap tahun ni tahun bertuah buat german … german tetap di hati seperti kebiasaan … agak2 tahun ni dh buat contest mcm tahun sudah ke
Curahan rasa namia @ ..Kisah Peribadi Di Sosial Media
wow!! peminat tegar jerman yang hebat dgn kereta2 merz, bmw, audi dsb, jerman memang hebat
Curahan rasa KelipKelip @ ..Cara Mendaftar Dan Memohon Rumah PR1MA 1Malaysia Online
lagu sedap tapi masih rasa macam x cukup rampah bagi saya, hehe
Curahan rasa myrujukan @ ..Resepi Dan Cara Membuat Tau Fu Fa
wehh bentar lagi yah piala dunia di brazil, persaingan tim kuat juga sangat ketat , menag kalah gak masalah yang penting hiporia nya hehehhehe
Waaah. Kali team kita sama tuan. Sy pon pilih germany
ramai yg pilih german ni…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Cara Mendaftar Dan Memohon Rumah PR1MA 1Malaysia Online
Sepertinya tahun ini saya mendukung Brasil pada piala dunia 2014 ini.
Tentunya akan sangat menarik pertandingan-pertandingan di piala dunia Brasil 2014 ini
Curahan rasa Ferry @ ..Hukum Rukun Dan Syarat Puasa
walaupun aku bukan peminat sukan bole sepak…tapi ketibaan wold cup kali ini membuatkan aku sedikit rasa teruja nak nak menonton perlawanan demi perlawanan..hahaha
minat la tu…. cuma tak tegar je…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Cara Mendaftar Dan Memohon Rumah PR1MA 1Malaysia Online
12 Jun merupakan hari jadi saya.. Tak sangka FIFA sudi memulakan World Cup 2014 sempena hari jadi saya… Hehehe…
Kali ni saya nak sokong Argentina… Harap Lonel Messi dapat bermain dengan baik pada kali ini… Dan para pemain pasukan Argentina dapat bermain sebagai satu pasukan yang hebat…
Curahan rasa Anuar @ ..Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online masih dibuka sehingga 8 June 2014
Selamat hari Lahir… yang ke….? semoga Argentina jadi juara
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
Dari zaman klinsman saya telah sokong germany nie…
banyak sejarah kehebatan German ni… dari bolasepak, kereta dan teknologi canggih yg lain, kalaulah rakyat Malaysia dapat tiru German… ok tak?
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
piala dunia merupakan ajang 4 tahunan yang di tunggu masyarakat dunia, akan menjadi ajang yang sulit di tebak setiap tahunnya
mulai 12 hb ramai yang qiam… harap2 ramai juga yang dapat solat malam..
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
Harap pasukan pilihan itu menang tahun ini hehe
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014
aku sokong jerman. hehe, lagu dari shakira sedap lagi.
Curahan rasa Bahrain @ ..Panda Disayangi Sedangkan Babi Dihina
cuma yang tak best unifi takder siaran world cup.kena streaming nampaknya
Curahan rasa hirman @ ..Phytocol St Shaklee 2000mg Fitosterol Untuk Turunkan Paras Kolestrol
macam2 cara boleh tonton sekarang ni…
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
cepat betul masa berlalu…dah pun sampai World Cup 2014…..
Curahan rasa asraff @ ..Rebat Tunai Proton Sempena Ramadan dan Hari Raya
saya sokong pasukan Spain tapi mungkin ada pasukan yang tidak dijangka akan menang World Cup….
Curahan rasa asraff @ ..Logo UiTM Terbesar Menggunakan Dodol
Comments are closed.