Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru sahaja tamat Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan tapi masa bergerak begitu pantas empat tahun telah berlalu. 12 Jun 2014 sepak mula Piala Dunia 2014 akan bermula walaupun penganjur Brazil melalui berbagai kesukaran sehingga ke saat akhir. Badan induk bola sepak dunia, FIFA tetap yakin gergasi bola sepak dunia, Brazil dapat menganjurkan kejohanan sukan terbesar di dunia walaupun diselubungi dengan berbagai kontroversi. Satu dunia mengira countdown World Cup FIFA 2014 dengan penuh debaran.
KLIK UNTUK JOIN CONTEST WORLD CUP 2014 DENGAN HADIAH USD100K
Piala Dunia 2010 aku sokong Belanda sebabnya mudah dulu ada Van Persie dalam team Arsenal tetapi sudah tak minat sebab tengok perangai dia yang tak bagus apabila berpindah ke Manchester United. Selain Van Persi dulu aku pun minat Arjen Robben walaupun bukan pemain Arsenal tapi setelah dia buat drama jatuh dalam kotak penalti semasa Bayern kalahkan Arsenal terus hilang selera.
Piala Dunia 2014 aku sokong pasukan German sebab ada tiga superstar daripada Arsenal iaitu Mesut Ozil, Lukas Podolski dan Per Mertesacker. Selain itu ramai pemain utama Arsenal yang bermain untuk negara masing-masing iaitu Giroud dan Koscielny untuk Perancis, Wilshere dan Oxlade Chamberlain untuk England, Cazorla untuk Sepanyol, Joel Cambell untuk Costa Rica dan Vermaelen untuk Belgium. Sebagai tanda sokongan aku kepada pasukan German sepanjang Piala Dunia 2014 aku akan memasang widget FIFA World Cup 2014 untuk team German di sidebar blog ini. Jersi German no 8 hadiah daripada Bro Zainal yang dibeli khas dari German juga sudah siap nak dipakai. Go Go Go German you can be World Champions 2014. Apa pulak pasukan kegemaran anda?
Jadual Piala Dunia 2014 untuk 32 pasukan yang masuk final bermula dengan sepak mula antara Brazil vs Croatia pada 13/6/2014, jam 4.00 am waktu Malaysia. Untuk melihat jadual penuh pelawanan Piala Dunia 2014 sila klik Jadual Piala Dunia 2014 waktu Brazil manakala jadual Piala Dunia Waktu Malaysia dan lokasi perlawanan seperti di bawah.
KLIK UNTUK KEPUTUSAN PENUH PIALA DUNIA FIFA 2014
Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia
Kebanyakan perlawanan Piala Dunia 2014 berlansung awal pagi waktu Malaysia jadi kena rancang jadual kerja supaya tidak ada peminat bola sepak yang kena buang kerja di akhir Piala Dunia 2014. Jangan pulak pasukan yang anda sokong menjulang piala tetapi anda terpaksa mencari kerja baru. Paling penting pastikan jangan terlibat dengan pertaruhan walaupun sekecil mana kerana semua itu adalah judi.
Tak dapat menonton live pun tak apa sebab berita terkini Piala Dunia 2014 boleh didapati daripada berbagai sumber samada dari website, facebook dan twitter hanya perlu guna hashtag #WorldCup2014 untuk mencari segala informasi terkini Piala Dunia 2014. Dengan hashtag #WorldCup2014 pasti anda akan mendapat update terkini keputusan Piala Dunia 2014.
Video Rasmi lagu Piala Dunia 2014
105 Comments
5 pasukan feveret.
korea
jepun
italy – sebab buffon jadi keeper
german – sebab ada ozil
brazil – sebab ada neymar
Yang lain-lain..kureng sikit. Haha..
Curahan rasa titan @ ..Powerbank Tenaga Solar – Boleh percaya ke?
harap2 pasukan dari asia dapat ke final…
Curahan rasa KelipKelip @ ..Kata-kata Hikmah Dari Hadis Rasulullah
macam biasa, sokong england tapi mintak jangan jumpa germany nt hehe
german pun pasukan feveret.. tapi suka italy…. spain xmahu lah… brazil pun harap dapat lakukan yang terbaik selaku tuan rumah kali ini.. huhu..
Curahan rasa zik @ ..Optimus prime kena saman dengan jpj
rasanya macam baru saja lagi World Cup 2010…macam baru semalam…kejap saja World Cup 2014 Brazil da nak bermula…team mana ya menjadi pilihan ? jeng…jeng…jeng…hee
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Coconut Shake Pandan Taman Maluri KL
btul tu..tup tup dh 4 tahun berlalu..tahun ni world cup dtg lg..hmm thun nk support team mana lak ye..takpela, tunggu semi final la..
Curahan rasa JMR @ ..Pernah baca buku “Dayyan’s Adventure on Sesame Street” tak?
Rasa tahun ni sepanyol jatuh. Juara rasanya dari negara Amerika selatan samada Brazil, argentina atau Uruguay
Curahan rasa brohantu @ ..GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com
belgium adalah pasukan kejutan..percayalah..hehehe
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Piala Dunia 2014 Belgium Pasukan Kejutan
kemeriahan dan demam akan berlaku tak lama lagi. semua game aku suka nak tengok. pasukan pilihan aku..tak tahu nak pilih yang mana..sukar nak meramal
tapi aku macam Yeop Mazri gak..nak sokong Jepun
Curahan rasa azwan @ ..Ronaldo Di Sumpah Syaitan Hari Rabu
syok tengok skill dia orang yang hebat2
Curahan rasa KelipKelip @ ..3 Idea Bisnes Online Dengan Blog
1st Argentina !! 2nd Spain 😛
Yeop sokong jepun sbb negara pertama di Asia Tenggara layak ke Piala Dunia 2014
Harap pasukan itu menang.
Di Piala Dunia FIFA 2014 Brasil ini, saya dukung timnas Argentina. Sebab saya suka sama Sergio Agüero. Go Go Go Argentina 🙂
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Jadwal Piala Dunia FIFA 2014 Brasil
Tak boleh nak buat pilihan lagi nak sokong pasukan mana, mungkin ikut pilihan suami je la kot hehehehe.
Curahan rasa Hanim a.k.a Kenit @ ..Kempen Amal Seceria Air Tangan Ibu Bersama Planta
wow!! tuan pilih Jerman yea kali ni.. Saya pilih Spain kali ni…
Curahan rasa KiD @ ..Kerja Kosong SPA N17
Ada Cazorla pemain Arsenal di pasukan Sepanyol tapi dengan kemerosotan Bacelona nampak terjejas juga Sepanyol ni. Real Madrid pun dari Sepanyol tapi ramai pemain hebat dari luar. Yang pasti Piala Dunia 2014 pasti rancak sebab ramai superstar tu belum kira Messi and geng lagi.
Curahan rasa denaihati @ ..Keputusan Thomas Cup Malaysia Final
saya mengharapakan ada kejutan kt brazil..biar team2 underdog mcm belgium ke ghana ke..baru best..ehehe
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton Vietnam @ ..2 Tips Memilih Kain Cotton
Belgium memang ramai superstar jadi tak mustahil boleh jadi Juara Piala Dunia 2014. Tahun ini memang tampak seimbang pasukan dari Asia pun dah ramai superstar dunia.
Curahan rasa denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
Comments are closed.