Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti Rakan Denaihati masih ingat Group FB Denaihati Network telah membantu Blogger Ariffshah untuk menang contest Philips Modern Man. Ada sebahagian Rakan yang tidak tahu beliau menang persaingan ini. Inilah bestnya join Group FB Denaihati sentiasa bekerjasama untuk kebaikan. Kepada yg belum join Group FB Denaihati apa lagi join lah. Joom kita baca kisah bagaimana Ariffshah menang contest ini.
Cabaran Philips 50 Shaves of the Modern Man telah berakhir dan saya telah dipilih sebagai pemenang dalam cabaran ini. Sebagai menghargai jasa baik rakan dan mereka yang telah banyak menyokong saya, saya kongsikan sedikit tips bagaimana saya berjaya meraih kemenangan dalam cabaran tersebut.
Untuk pengetahuan semua, pemenang dalam cabaran ini dipilih berdasarkan isi kandungan (content), elemen yang menghiburkan seperti humor atau cara kreativiti dalam menghasilkan review, kesungguhan dalam keseluruhan kempen dan bilangan undian yang diterima. Undian tertinggi akan mendapat 20 markah, kedua – 18 dan seterusnya hingga yang ke sepuluh.
Tips #1: Follow the rules
Di awal pertandingan, blogger telah diingatkan berkali-kali bahawa peraturan yang wajib diikuti adalah jadual entri perlu diposkan setiap minggu. Kalau lambat kena bagitau dan penangguhan paling lama pun hanyalah satu hari sahaja.
Ada blogger gagal mengikuti jadual ini.
Tips #2: Penulisan review
Ada blogger memang hebat dalam menulis review. Mereka boleh tulis sepanjang-panjang review tentang sesuatu produk non-stop. Pada saya itu bukanlah cara untuk menulis review yang sebenar (kecuali untuk niche blog seperti blog gadget & teknologi).
Cuba bagitau sikit, ada ke orang yang sanggup baca review tentang pencukur elektrik panjang-panjang? Pada saya, topik tentang pisau pencukur yang terlalu panjang memang membosankan. Jadi saya ambil jalan lain, saya buat cerita lain tapi saya selitkan tentang cerita pencukur elektrik.
Secara tak langsung, saya telah berjaya menarik perhatian pembaca untuk membaca review saya dan pada masa yang sama baca sedikit sebanyak tentang pisau pencukur tadi.
Tips #3: Engagement
Penulisan review produk sebenarnya adalah yang paling susah nak buat. Of course, nak tulis tu mudah, tapi nak dapatkan engagement untuk penulisan tersebut dah cerita lain.
Engagement ni biasanya terdiri daripada komen, bilangan Like, RT dan +1 yang diperolehi daripada sesebuah entri.
Untuk mendapatkan engagement yang tinggi, kita perlu kreatif dalam memperkenalkan sesebuah produk dan tips ini tak lari daripada tips 2 atas tadi, iaitu cara kita menulis review tersebut. Kalau review ditulis secara terlalu teknikal, pembaca yang tak minat dan takde kaitan dengan produk yang kita tulis itu tidak akan meninggalkan komen apatah lagi nak Like atau Retweet.
Balas komen pembaca. Berdasarkan feedback daripada penganjur, saya telah menerima komen paling banyak dan saya percaya bilangan tu dah termasuk komen yang telah saya balah. Biasanya mereka tak baca setiap satu komen dan tapis komen anda untuk mendapatkan bilangan komen yang sebenar daripada pembaca.
Apa lagi yang saya lakukan untuk engagement? Tengok bawah ni:
Seperti yang anda dapat lihat, saya tunjukkan kepada mereka yang saya bercakap di social media tentang topik yang dibawakan dalam kempen pengiklanan ini. Selain dapat dijadikan bukti, cara ini juga meningkatkan awareness orang lain terhadap kempen yang sedang saya bawakan pada waktu itu menjadikan mereka berminat untuk membaca entri yang saya poskan selepas itu.
ehem.. ada top blogger tiru konsep ni bulat-bulat. Tak kisah lah, at least saya tahu konsep mereka pun setuju dengan konsep yang saya buat ni.
Dalam social media, engagement adalah penting untuk pengiklan. Mereka mahukan pembaca berinteraksi dengan kempen pengiklanan mereka. Cukuplah pengiklanan satu hala yang dilakukan di tv dan surat khabar, dalam blog dan social media tak boleh macam tu.
Tips #4: Video
Walaupun video ni adalah kelemahan saya, tapi nak jugak tulis tips. Video tak boleh panjang berjela-jela. Dua minit pun dah cukup panjang kecualilah kalau anda ni kelakar macam raja lawak.
Paling penting, point ingin disampaikan dalam video tu kena jelas. Kena tunjukkan usaha yang lebih sikit dalam pembuatan video. Penganjur nak bagi RM5,000 untuk shopping kat Zara & beli boxer kat Calvin Klein, takkan nak kasi video cincai-boncai untuk kempen pengiklanan mereka?
Tips #5: Unboxing is boring
Bila saya tengok pilihan topik untuk minggu pertama, saya gelak. Gelak sebab saya tahu sekurang-kurangnya 7 daripada top blogger lain akan buat entri pasal unboxing. Ada yang buat video semata-mata untuk unbox electric shaver.
Video unboxing ni relevent pada dua keadaan:
- Anda adalah orang pertama di dunia ini mendapat gadget tersebut
- Audience (pembaca blog) memang minat dengan barang yang anda unbox. Contoh: pembaca Amanz memang minat dengan video unboxing gadget dalam bahasa Malaysia. Dalam dunia ni, Amanz je yang buat video unboxing dalam bahasa Malaysia
Selain daripada tu, pada pendapat saya tak payah. Dalam kes saya, saya gunakan entri minggu pertama sebagai warm up kepada kempen Philips 50 Shaves saya dan kalau anda tengok kat situ, komen paling banyak adalah pada entri tersebut 😉
Overall feedback daripada penganjur, mereka benar-benar suka dengan kempen yang saya lakukan. Jadi saya harap perkongsian ini dapat membantu blogger lain dalam kempen pengiklanan lain in the future.
Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas sokongan kepada saya dalam cabaran ini.
84 Comments
Ariff memang layak, sebab beliau hensemm.. auww awuuu
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Hukum Berbual Manja Dalam Telefon Atau SMS
strategi yang terbaik dari Ariff..
idea-idea yang bernas dalam kempen modern man tersebut..
Tidak hairanlah jika beliau menang dalam pertandingan tersebut..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Pendidikan Awal Kanak-Kanak
memang terbaik la saudara Ariff Shah,,,
Curahan rasa Muktasim @ ..Latihan Kebakaran di Sekolah
tahniah ariff …. superb .. ini hebat
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Tak Perlu Jealous Dengan Orang Yang Sweet Couple,Kerana Manusia Dicipta Saling Berpasangan.Cubalah Jealous Dengan Orang Yang Kuat Imannya
Tahniah buat Ariff & Semoga Success selalu..
Curahan rasa Rahmad @ ..Emma Maembong Vector Illustration Edisi 4
tahniah ya ariff, moga terus maju, tip yang diberikan sangat2 memberi manafaat kepada blogger yang nak melibatkan diri dalam dunia iklan melalui menulis review tentang satu2 produk…
Curahan rasa sweetkurma @ ..tudung bawal kembali ke dunia peragaan
memang wajar kalau arifsah menang langkah-langkah seperti ini
Bukan kali ini saja Bro Ariff Shah memenangi kontes. Makanya Tips dari beliau perlu menjadi rujukan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Nicolaus Copernicus’ 540th Birthday – Logo Google Hari Ini
tahniah dan terima kasih berkongsi. tips ni ada unsur2 teknikal dan psikologi manusia sket. haha.
Curahan rasa izwanyusof @ ..Panduan Mencari Tempat Latihan Industri atau Praktikal
Tips yang WOW..
TQ Denaihati & Ariff
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Transformasi Humaira | Di Hari Ulangtahun Kelahiran
Tip yg sangat berguna utk masa depan, bila ada sesuatu contest atau apa2 pertandingan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bagaimana Menjana Pendapatan Dari Rumah
Satu kongsian yang bagus dan menarik serta boleh dipraktikkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bagaimana Menjana Pendapatan Dari Rumah
Sememangnya dari dulu lagi ariffshah patut layak sebagai pemenang. Tahniah…bro…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bagaimana Menjana Pendapatan Dari Rumah
Nice, lain dari yg lain.. Mmg layak menang..
Curahan rasa Fazrol @ ..Kenanga Wholesale City syurga bagi kaum wanita!
Belajar banyak dari tips yang dikongsikan ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tips Atasi Kebiasaan Mendengkur
insyaAllah next time ada join contest sebegini, refer balik entry ni
jujur mengaku yg sgt susah nak daptkan engagemnt tu.. jenuh fikir idea macammana nak guna
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Checklist sebelum travel dengan anak-anak menaiki kapal terbang
Comments are closed.