Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti Rakan Denaihati masih ingat Group FB Denaihati Network telah membantu Blogger Ariffshah untuk menang contest Philips Modern Man. Ada sebahagian Rakan yang tidak tahu beliau menang persaingan ini. Inilah bestnya join Group FB Denaihati sentiasa bekerjasama untuk kebaikan. Kepada yg belum join Group FB Denaihati apa lagi join lah. Joom kita baca kisah bagaimana Ariffshah menang contest ini.
Cabaran Philips 50 Shaves of the Modern Man telah berakhir dan saya telah dipilih sebagai pemenang dalam cabaran ini. Sebagai menghargai jasa baik rakan dan mereka yang telah banyak menyokong saya, saya kongsikan sedikit tips bagaimana saya berjaya meraih kemenangan dalam cabaran tersebut.
Untuk pengetahuan semua, pemenang dalam cabaran ini dipilih berdasarkan isi kandungan (content), elemen yang menghiburkan seperti humor atau cara kreativiti dalam menghasilkan review, kesungguhan dalam keseluruhan kempen dan bilangan undian yang diterima. Undian tertinggi akan mendapat 20 markah, kedua – 18 dan seterusnya hingga yang ke sepuluh.
Tips #1: Follow the rules
Di awal pertandingan, blogger telah diingatkan berkali-kali bahawa peraturan yang wajib diikuti adalah jadual entri perlu diposkan setiap minggu. Kalau lambat kena bagitau dan penangguhan paling lama pun hanyalah satu hari sahaja.
Ada blogger gagal mengikuti jadual ini.
Tips #2: Penulisan review
Ada blogger memang hebat dalam menulis review. Mereka boleh tulis sepanjang-panjang review tentang sesuatu produk non-stop. Pada saya itu bukanlah cara untuk menulis review yang sebenar (kecuali untuk niche blog seperti blog gadget & teknologi).
Cuba bagitau sikit, ada ke orang yang sanggup baca review tentang pencukur elektrik panjang-panjang? Pada saya, topik tentang pisau pencukur yang terlalu panjang memang membosankan. Jadi saya ambil jalan lain, saya buat cerita lain tapi saya selitkan tentang cerita pencukur elektrik.
Secara tak langsung, saya telah berjaya menarik perhatian pembaca untuk membaca review saya dan pada masa yang sama baca sedikit sebanyak tentang pisau pencukur tadi.
Tips #3: Engagement
Penulisan review produk sebenarnya adalah yang paling susah nak buat. Of course, nak tulis tu mudah, tapi nak dapatkan engagement untuk penulisan tersebut dah cerita lain.
Engagement ni biasanya terdiri daripada komen, bilangan Like, RT dan +1 yang diperolehi daripada sesebuah entri.
Untuk mendapatkan engagement yang tinggi, kita perlu kreatif dalam memperkenalkan sesebuah produk dan tips ini tak lari daripada tips 2 atas tadi, iaitu cara kita menulis review tersebut. Kalau review ditulis secara terlalu teknikal, pembaca yang tak minat dan takde kaitan dengan produk yang kita tulis itu tidak akan meninggalkan komen apatah lagi nak Like atau Retweet.
Balas komen pembaca. Berdasarkan feedback daripada penganjur, saya telah menerima komen paling banyak dan saya percaya bilangan tu dah termasuk komen yang telah saya balah. Biasanya mereka tak baca setiap satu komen dan tapis komen anda untuk mendapatkan bilangan komen yang sebenar daripada pembaca.
Apa lagi yang saya lakukan untuk engagement? Tengok bawah ni:
Seperti yang anda dapat lihat, saya tunjukkan kepada mereka yang saya bercakap di social media tentang topik yang dibawakan dalam kempen pengiklanan ini. Selain dapat dijadikan bukti, cara ini juga meningkatkan awareness orang lain terhadap kempen yang sedang saya bawakan pada waktu itu menjadikan mereka berminat untuk membaca entri yang saya poskan selepas itu.
ehem.. ada top blogger tiru konsep ni bulat-bulat. Tak kisah lah, at least saya tahu konsep mereka pun setuju dengan konsep yang saya buat ni.
Dalam social media, engagement adalah penting untuk pengiklan. Mereka mahukan pembaca berinteraksi dengan kempen pengiklanan mereka. Cukuplah pengiklanan satu hala yang dilakukan di tv dan surat khabar, dalam blog dan social media tak boleh macam tu.
Tips #4: Video
Walaupun video ni adalah kelemahan saya, tapi nak jugak tulis tips. Video tak boleh panjang berjela-jela. Dua minit pun dah cukup panjang kecualilah kalau anda ni kelakar macam raja lawak.
Paling penting, point ingin disampaikan dalam video tu kena jelas. Kena tunjukkan usaha yang lebih sikit dalam pembuatan video. Penganjur nak bagi RM5,000 untuk shopping kat Zara & beli boxer kat Calvin Klein, takkan nak kasi video cincai-boncai untuk kempen pengiklanan mereka?
Tips #5: Unboxing is boring
Bila saya tengok pilihan topik untuk minggu pertama, saya gelak. Gelak sebab saya tahu sekurang-kurangnya 7 daripada top blogger lain akan buat entri pasal unboxing. Ada yang buat video semata-mata untuk unbox electric shaver.
Video unboxing ni relevent pada dua keadaan:
- Anda adalah orang pertama di dunia ini mendapat gadget tersebut
- Audience (pembaca blog) memang minat dengan barang yang anda unbox. Contoh: pembaca Amanz memang minat dengan video unboxing gadget dalam bahasa Malaysia. Dalam dunia ni, Amanz je yang buat video unboxing dalam bahasa Malaysia
Selain daripada tu, pada pendapat saya tak payah. Dalam kes saya, saya gunakan entri minggu pertama sebagai warm up kepada kempen Philips 50 Shaves saya dan kalau anda tengok kat situ, komen paling banyak adalah pada entri tersebut 😉
Overall feedback daripada penganjur, mereka benar-benar suka dengan kempen yang saya lakukan. Jadi saya harap perkongsian ini dapat membantu blogger lain dalam kempen pengiklanan lain in the future.
Terima kasih kerana membaca dan terima kasih atas sokongan kepada saya dalam cabaran ini.
84 Comments
tahniah lagi sekali buat Ariff Shah!
Curahan rasa sha @ ..Wordless Wednesday : 1Malaysia
Tahniah ariff , semoga terusa berjaya 🙂
Curahan rasa arnamee @ ..Ke hadapan hati yang perit
wah taniah buat bro Ariff 😉
Curahan rasa Cik Lisa @ ..Terima kasih Kak Mia
tahniah !. tak sia-sia undi kita yer… tips tu sungguh berguna dan molek dijadikan panduan. 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool
tahniah ariff kerana menjuarai kempen tersebut
Curahan rasa Juan @ ..The Benefit of Using and Create Facebook Groups
Terima aksih bro Ariff Shah sebab bocorkan rahsia dengan tips-tips yang berguna ini
Curahan rasa wazy @ ..Sinopsis Filem Hantu Kak Limah 2 – Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit
hebat sungguh bro ariffshah kita ni. perkongsian yang berguna. harap dapat dijadikan panduan kelak 🙂
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Ambil Perhatian! Kenapa Kita Perlu Tidur Yang Cukup?! Ini Fakta Penting Yang Perlu Anda Tahu!
ke depan ARiff masih akan terus memenangi lomba-lomba blog
Curahan rasa metrolisa @ ..Polytron W2500
blog gajet juga menumpu kepada breaking news, dengan cara menerbitkan artikel dalam format ‘snippet’.
Kerjasama dan pengalaman yang memainkan penting serta strategi yang betul….tahniah
Curahan rasa MalaysianCareer @ ..Jawatan Kosong di Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Untuk berhasil dalam sebuah kontes dibutuhkan cara dan tips yang jitu untuk bisa menang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Akreditasi Rumah Sakit
Sepertinya di Malaysia blogger sangat fanatik 🙂
#FromIndonesia
Curahan rasa Rohmatullah @ ..6 Fakta Unik dan Menarik NOAH
Tahniah Ariffshah. Terbaik tips yang dikongsikan.
Curahan rasa Adam Roslan @ ..(BERGAMBAR) Langkah Pembayaran Pembaharuan Penguntukan Radas Radio Amatur Secara Online
bilalah nak jadi macam bro ariffshah ni.. tahniah bro
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Jom Buat Senaman
Tips yang sangat membantu dan sangat bagus sekali.
Mari kita coba 5 tips diatas dan lihat hasilnya bersama 🙂
Perancangan yg teliti dan kreatif!
Terbaik bro. Thanks berkongsi tip2 ni. Mmg kena bookmark page ni…terbaik
Curahan rasa hafizmd @ ..Petua Rumahtangga:Beri Perhatian Jika Berlaku 4 Perkara Ini
Comments are closed.