Assalamualaikum dan salam sejahtera,
masih teringat lagi acara kemuncak sewaktu Sepetang Bersama Blogger 2016 #MDeCSBB2016 pada bulan April yang lalu di mana ada cabutan bertuah yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Hadiah tajaan pakej umrah 15 hari 14 malam yang ditaja oleh Simply Umrah. Cukup bertuah sahabat blogger Mahadir atau lebih dikenali dengan Mahamahu di mana nama beliau terpilih untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.
Sememangnya pada awalnya beliau tidak percaya apabila namanya tertera sebagai pemenang pakej umrah tersebut namun hari demi hari, kesemuanya diterima dengan baik.
Masa pantas berlalu, rombongan umrah Mahadir ini dijadualkan pada akhir bulan Ramadhan 1437 Hijrah, maka pelbagai persedian perlu dibuat untuk memastikan segalanya lancar.
Antara yang sememangnya penting dalam persediaan mengerjakan umrah adalah:
- Dokumen permohonan visa seperti pasport, gambar terbaru dan buku suntikan Meniggococal meningitis atau ACYW 135.
- Kursus umrah yang boleh dihadiri untuk memantapkan ilmu pengetahuan ibadah umrah.
- Kesihatan perlu dijaga dengan memastikan keadaan yang baik dan seelok-eloknya melakukan senaman dan larian ringkas.
- Pakaian yang dibawa tidak terlalu banyak atau kurang. Kain ihram, jubah, kain pelikat dan lain-lain keperluan diri yang difikirkan perlu dengan cuaca semasa.
- Pertukaran wang tunai seelok-eloknya disediakan awal sebelum rombongan umrah.
- Kemudahan komunikasi bergantung kepada penggunaan individu. Ada yang roaming, guna wifi di hotel atau tukar simkad baru.
- Persediaan rohani dan jasmani yang sangat perlu seperti solat sunat taubat dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan mengerjakan ibadah di Tanah Suci.
Pelbagai tips persediaan umrah boleh dipelajari di kelas dan juga online. Kaedah dan cara pemakaian kain ihram pun ada juga terdapat di Youtube oleh ustaz-ustaz, zaman sekarang sudah canggih.
Tanggal 22 Jun 2016 bersamaan dengan hari Nuzul Quran, rombongan umrah seramai 29 orang bersiap sedia pada awal pagi lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Semua barang-barang dan beg diperiksa berkali-kali agar tiada yang tertinggal.
Semua kelengkapan dan persediaan telah disiapkan awal. Jadual penerbangan MH8204 ke Madinah hanya tertangguh selama 30 minit dan semua jemaah telah berkumpul awal secara berkumpulan. Wakil dari Simply Umrah juga turut hadir untuk memastikan beg-beg jemaah disusun bagi memudahkan urusan.
Dijadualkan pulang ke tanah air pada 2 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri kedua, rombongan akan bertolak pada sebelah malam Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti suatu pengalaman yang amat bernilai kerana dapat menunaikan ibadah-ibadah di penghujung Ramadan dan juga berhari raya di Tanah Suci Mekah.
Suatu pengalaman yang semestinya tidak dapat dilupakan, suatu pengalaman yang diidam-idamkan oleh berjuta-juta ummat. Maka ucapkanlah syukur ke hadrat Allah SWT kerana memilih untuk menjadi tetamuNya yang agung. Semoga setiap daripada kita juga dan keluarga terpilih untuk mengerjakan umrah dan haji suatu hari nanti.
Moga kita juga dapat berjumpa dengan Lailatul Qadar.
Ramadan Kareem.
24 Comments
Selamat untuk pemenang …semoga hadiah yang diterima bisa menjadi berkah ….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Daftar Blog Dofollow Indonesia
Alhamdulillah.. Seronoknya bg yg dpt mengerjakan umrah tajaan.. Ini semua rezeki masing-masing.
Curahan rasa T Shirt Printing Cetak Baju Murah @ ..Kedai Cetak Tshirt | Kilang Print Baju | Tempah T Shirt Printing Murah
Alhamdulillah.. Tahniah dpt jadi tetamu disna. Setiap muslim pasti ingin kesana.
Assalamualaikum
Tahniah kerana berjaya menjadi tetamu Allah.
Semoga bertuah di dunia dan akhirat.
Curahan rasa Asia Biz @ ..Cheap Flights July 2016
siapa tak happy dapat pegi mekah dengan tajaan. bukan senang, memang rezeki sangat sangat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Mak Cun Pi New York
Selamat Umroh Pak..Semoga Mendapatkan Pahala Dan Menjadi Pribadi Yang Lebih Baik
Curahan rasa Home Design Ideas @ ..Creative Option for Comfortable Small Kitchen Ideas
Semoga selamat pergi dan pulang. Untungnya dpt berpuasa kat sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Yopokki Tidak Halal
Seronoknya dpt pi umrah orang sponsor. Rezeki betul 🙂
Bukan tu je, dlm bulan puasa pulak tu. Aduhaiiiii .. Memang rezeki sgt2.
Curahan rasa Suri @ ..Kegagalan ElleZada Siapkan Tempahan – Satu Lesson Pada Kami
semoga selamat pergi dan pulang.
in-sha Allah.
Soon, akan menyusul juga ke sana dengan ada izinnnya.
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 646-679
Terbayang kegembiran Tuan MahaMahu yang direzekikan Allah ke tanah suci secara percuma. Moga ahli rombongan beroleh umrah yang mabrur dan dimudahkan urusan di sana.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Promosi Shaklee Julai 2016
Allahuakbar…
Seronoknya … memang menjadi impian semua umat islam untuk kesana..
Tidak kira haji atau umrah pasti orang yang pernah kesana akan merindui mekah dan madinah..
Kepada mahamu dan rombonganya Semoga dipermudahkan urusannya disana 🙂
Curahan rasa onlajer @ ..Penjimatan elektrik untuk mesin basuh
Allahuakbar… seronoknya dapat g Umrah, dapt g di bulan Ramadhan pulak tuh…..lagi seronok bila dapat as hadiah, alhamdulillah…
Curahan rasa Supernifz @ ..MEAL SHAKE SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA?
Tulah kan… Untng-untung dapat berpeluang bertemu dengan malam Lailatul Qadar di sana… In Shaa Allah doa mudah dimakbulkan….
Curahan rasa Anuar @ ..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
Inilah kelebihan orang yang menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan… Banyak masa dapat diluangkan untuk beribadat….
Curahan rasa Anuar @ ..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
Paling best sekali dapat mendengar bacaan ayat suci Al-Quran daripada Imam Masjidil haram secara Live ketika menunaikan Solat Terawikh berjemaah…..
Curahan rasa Anuar @ ..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
Pasti rasa nak bercucuran air mata dibuatnya….. Walaupun kita tidak berapa faham apabila mendengar bacaan ayat-ayat suci tersebut…. Cuma kita rasa sedih bila imam Membaca ayat-ayat tersebut dengan penuh penghayatan sehingga menusuk ke dalam kalbu…
Curahan rasa Anuar @ ..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
Macam manalah agaknya pengalaman Blogger Mahamahu sambut Aidilfitri di tanah suci Mekah?… Tak sabar nak tahu pengalaman tersebut… Harap beliau dapat share pengalaman tersebut bila dah balik ke Malaysia nanti…
Curahan rasa Anuar @ ..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
Setakat ni dah pernah dengat pengalaman daripada rakan-rakan yang pergi menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan…. Pada bulan Syawal belum pernah lagi…
Curahan rasa Anuar @ ..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
Mesti seronok dapat panggilan di bulan Ramadahan untuk ke Tanah suci Mekah nih….
Curahan rasa Supernifz @ ..MEAL SHAKE SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA?
Tahniah Blogger Mahamahu kerana berpeluang menjadi tetamu Allah pada bulan Ramadhan kali ini… Semoga Ibadah beliau diterima oleh Allah S.W.T…. In Shaa Allah…
Curahan rasa Anuar @ ..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
Bro Kid, hari Nuzul Quran bukan 22 Julai 2016… Rasanya 22 Jun 2016… Mungkin typing error kot.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
Kesilapan nengok kalendar aa nih, seronok sangat nak update cerita kat kita2 nih kan. 😉
Curahan rasa Supernifz @ ..MEAL SHAKE SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA?
haaa.. mujurlah ada orang yang baca teliti. terima kasih.
maklumlah bateri dah low. jaga malam. hehehee..
Curahan rasa KiD @ ..Berbuka sedap di Buffet Ramadhan INTEKMA 2016
Comments are closed.