IFTAR bersama Sekolah Islam As Syddiq

Assalamualaikum dan salam  sejahtera, alhamdulillah tahun ini berkesempatan menghadiri Iftar anjuran Sekolah Islam As Syddiq Simpang Renggam yang kebetulan menjadi sekolah tempat belajar Abang Irfan, anak yang keempat dalam jurusan Tahfiz Akademik. Hampir  setiap tahun mendapat jemputan tetapi jadual sering bertindik dengan acara yang lain.


Sekolah Islan As Syddiq adalah kompleks sekolah yang mempunyai pendidikan daripada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah swasta aliran agama yang mendapat mengiktirafan Kementerian Pelajaran. Alhamdulillah telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya  yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.


Program IFTAR bermula  pada jam 5 pm dengan acara khatam Al Quran pelajar-pelajar sekolah  rendah dan sekolah menengah. Budaya Al Quran memang menjadi nadi kehidupan di Sekolah Islam As Syddiq. Selepas majlis khatam Al Quran disambung dengan penyerahan duit raya kepada semua pelajar serta bantuan beras kepada anak-anak yatim.


Berbuka puasa ringkas dengan kurma, bubur lambuk dan buah-buahan kemudian solat maghrib berjemaah. Selepas solat sunat kami makan bersama dalam dulang sambil berbual hal-hal pembangunan sekolah. Memang berselera makan dalam dulang walaupun lauknya simple sahaja.

Ada rezeki Ramadhan tahun depan kita iftar bersama lagi di Sekolah Islam As Syddiq. Semuga terus memberi khidmat melahirkan anak-anak yang beriman, bertakwa dan bijak pandai.

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!