Perodua Myvi Baru D54T Mystical Purple pasti jadi rebutan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia dah tahu Myvi keluaran Perodua adalah kereta paling laris di Malaysia sebab kerap sangat terserempak kereta Myvi ini di mana-mana sahaja. Pernah sekali ketika aku memandu dengan kelajuan 160 km/jam di lebuhraya Utara Selatan tetiba dari jauh aku nampak sebuah kereta warna orange bergerak laju. Aku tak nak lah tunjuk lebih jadi aku pun beri laluan peeh rupanya kereta Myvi punyalah laju yang drive perempuan pulak tu. Itu bukan kali pertama aku terserempak dengan kereta Myvi yang dipandu laju mungkin rekabentuk Myvi yang agak stabil tu yang mereka berani pecut Myvi abis meter.

Perodua Myvi warna orange tu

Perodua baru melancarkan Myvi modal baru Myvi D54T 2011 yang pastinya lebih hebat daripada modal sebelumnya. Yang aku suka Myvi ni sebab ada macam-macam warna antara warna Myvi modal baru adalah Ivory White, Ebony Black , Mystical Purple, Glittering Silver, Medellion Grey dan Pearl White. Harga pun reasonable dari RM44k untuk Myvi Manual dan dari RM47k untuk Myvi Automatik.

Perodua Myvi Modal Baru D54T

Nak cerita panjang lebar tentang Myvi pun tak pakar sangat sebab sehingga saat ini belum berpeluang memandu Myvi cuma tengok je. Nak tau lebih lanjut sila ke “Gambar dan Harga Perodua Myvi Baru 2011“.

[ad#Adsense234x60]

Pesanan kepada pemandu Myvi bila memandu tu janganlah laju-laju sangat ingat keluarga tersayang yang menunggu di rumah. Rasanya dah banyak sangat juga kemalangan maut Myvi ni jadi jangan kita pulak jadi mangsa berikutnya.

Perodua Myvi Baru D54T Mystical Purple

Tak sabar aku nak tengok Myvi D54T Mystical Purple on the road adakah mampu menewaskan kelajuan Myvi orange.


Spread the love

80 Comments

  1. semalam kebetulan saya testing masuk myvi elegant 1.3 kat pameran di tesco xtra cheras …cantik gak..ada gps plak tu…pergh..mcm nak ambik je…tapi sayang plak dengan persona non grata ni…lagi besar tempat isi kotak kat blakng berbanding myvi yg kecik je..
    Curahan rasa yusri @ ..Hari Bapa Pertama dalam HidupMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!