Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak nak ulas panjang isu ini sebab pasti ramai yang akan marah seperti dalam beberapa komen di entri “Forex bakal digempur“. Aku memang tak ada pengalaman dalam urusniaga FOREX kerana tidak berani dengan risiko yang sangat tinggi kerana mungkin juga tak cukup ilmu. Yang lebih menakutkan hampir 90% rakan-rakan yang terlibat dengan perniagaan FOREX ini berakhir dengan kegagalan. Memang semua perniagaan ada risiko ialah hidup ini pun risiko tetapi aku belum bersedia untuk menghadapi risiko FOREX.
Petikan daripada Harin Metro Online : Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. “Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam. Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu. “Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.
Aku tidak pernah takut dengan risiko berniaga kerana setiap perniagaan pasti ada risiko kegagalan kerana hampir semua perniaga yang berjaya pernah gagal dalam perniagaan terdahulu. Cuma sebagai perniaga yang bijak kita mesti berani mengukur risiko yang mampu diharungi, kalau kemampuan untuk perniaga hanya untuk ratus ribu ringgit tak kan nak buat bisnis juta-juta ringgit. Paling baik buatlah perniagaan dan pelaburan yang kita tahu bukan sekadar ikut-ikut sahaja kerana apabila gagal kita tidak akan menyalahkan orang lain di atas keputusan yang kita buat sendiri. Berani buat berani tanggung dan jangan kecewa dengan kegagalan kerana mungkin itu langkah pertama untuk berjaya.
16/2/12 : Bank Negara Malaysia menjelaskan perniagaan FOREX di Malaysia hanya dibenarkan kepada organisasi yang berlesen seperti Bank Komersial, Bank Islamik, Syarikat pelaburan dan Bank Islamik Antarabangsa mengikut akta Exchange Control Act 1953 dan Money Services Business Act 2011.
130 Comments
Hmm..nsib baik aq bkn muslim…
Nasib baik aku muslim, sebab yg haram tetap haram tak boleh diguna pakai oleh orang Islam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
waduh, haram ya . . . . . .
Curahan rasa Software Komputer GRATIS @ ..YouTube Downloader 3.5: Download Convert Video Dari Youtube Dengan Mudah
Alhamdulillah…semua org Islam sekarang sudah sah HARAM tak boleh diurusniagakan. Semuanya sudah tidak keliru lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
yaa dah baca dalam paper hari ini dah tunjuk gambarajah kenapa jadi haram..
Curahan rasa incik @ ..Tidur tahap durjana (gambar)
Solusi daripada ini, investlah dalam komoditi GOLD….untuk mereka yang berada di malaysia, bukaklah akaun di UOB bank..kerana spreadnya sangat murah,..amat seswai untuk mereka yg minat trading gold.
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kebaikan + Keburukan = Facebook Family
Kalau sudah di Fatwakan haram elok dihentikan. Tidak salah negeri Pahang fatwakan merokok itu haram tapi orang tetap langgar juga. 🙁
masalah rokok, kalau masih ada pabriknya mungkin orang agak susah tuk berhenti…
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Betul tu byk2 benda boleh berhenti terus cuma bab perokok in susah sikit. Harga rokok naik pun sanggup beli.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
ikut fatwa.. tapi ada jugak fatwa kebangsaan yang tak diikut.. huhuhu
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
iya betul sekali mba denai, hanya awal saja mereka merasakan manisnya hasil dari forex…untuk kesananya mereka mengalami kerugian….
Curahan rasa herbalife @ ..Nutrisi Penyakit Jantung
untungnya saya pernah, dan mungkin tak akan pernah ikut Forex
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
dadan pernah join forex ke?
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
fuh ada jugak Bank Islamik Antrabangsa kat situ XD
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Tutorial Penggunaan Sygic GPS Navigator Di Android ANDA (Peta Malaysia)
fuh.. ramai rakan2 yang main forex ni…
Curahan rasa cmratu @ ..Tempoh Kenaikan Pangkat Guru berdasarkan Belanjawan 2012
ya benar, saya juga lihat banyak sekali orang yang bermain forex
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Siapa yg bermain rorex ti wajib berhenti serta-merta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
cikgu cmratu main forex tak?
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
saya setuju, perniagaan forex adalah haram. semoga orang-orang muslim yang bermain forek akan menghentikannya kerana forek sudah jelas haram.
Curahan rasa asep sule @ ..Bisnis Affiliasi Produk Herbal XAMthone
bermain forex semestinya haram…sebab mereka yang bermain forex, tidak memahami apa itu forex…forex is not easy as a task…it;s totally global…
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya Manusia
forex ni jual beli matawang kan?
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
alhamdulillah saya tak pernah tahu dan tak pernah bermain forex
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
akhirnya…ada sorang member aku knl sempat jgk join benda ni
Curahan rasa Shahrul @ ..Mahu Jadi Usahawan? Mulakan Perniagaan Import dari China
untuk join forex tidak susah…banyak broker forex yang berdaftar….sebelum masuk, kita kena tahu, why kita trading in forex..apa ilmu kita ada untuk trading forex.
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya Manusia
faiz tau pasal forex jugak kah?
banyak teman saya juga yang bermain forex dan kebanyakan mereka rugi…
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Tak pandai pun perniagaan secara ini spt FOREX utk diusahakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Tak perlulah join byk keburukannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
jika ada keburukannya.. pasti ia diharamkan
Curahan rasa KiD @ ..Dapat Cek dari Telekom Malaysia
Akhirnya, keluar juga fatwa yg inform benda ni haram.
Curahan rasa Terbaik.my @ ..Jurulatih kaki cabul, 10 pelajar dicabul
sudah ditunggu-tunggu oleh semua orang fatwa ini ya…
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Sekarang tak perlu tunggu2, dah sah haram.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
dah haram.. jangan lah join yea..
Curahan rasa KiD @ ..Dapat Cek dari Telekom Malaysia
Isu ni dah lama dah….
Alhamdulillah kita kini , Jawatankuasa Fatwah Kebangsaan dah sahkan HARAM…
sblm ni aku ade juga post pasal benda ni –> http://www.mananqayyim.com/2011/06/forex-trading-halal-harus-atau-haram.html
Thanks bro…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Hukum Tengok ‘Melody’ Dan Fuhh!! Di Tv3 – Dr Zaharuddin | Video
masih banyak kajian perlu tuan lakukan untuk memahami perkataan “wang” serta investment…
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya Manusia
Jawatankuasa Fatwah Kebangsaan memang punya tanggung jawab besar tentang hal ini…
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
hampir2 terjebak..tetapi menjauhkan perkara yg diragui amatlah dituntut.. 🙂
Curahan rasa JebengOtai™ @ ..Kebebasan Akademik
bagus…jika meragui, adalah sebaiknya mengelak daripada terjebak dalam riba…ini kerana forex bukan untuk semua. ia adalah professional trading.
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya Manusia
memang betul bro, hal-hal yang meragukan sebaiknya dijauhi…
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
kat luar tu masih ada opening untuk kerja kosong forex..
Curahan rasa KiD @ ..Dapat Cek dari Telekom Malaysia
Terimakasih informasinya alhamdulillah, aku sendiri belum pernah melakukannya
sama bro, saya juga belum, apalagi sudah ada fatwa ini, tak akan pernah melakukannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
Jangan terpedaya dengan cara jual beli sebegini, yang untung sorang dua yg rugi ramai tak terkira. Kena ingat bukan senang nk dapat duit semunya hilang begitu saja. Kalau banyak simpan dalam ASB lebih berbaloi..
pernahkah kita bertanya dimana asb invest duit?…pernahkah asb announce keuntungan dari syarikat-syarikat yg mereka invest..ada xportfolio investmnt asb dihantar pada kita…kita juga perlu tahu apa yg kita invest…kenapa mendapat untung…kenapa dividen dibayar…atas dasar apa dividen boleh dibayar…bagaimana caruman kewangan mereka jadikan…
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Kekayaan Tokey Judi : Bodohnya Manusia
bener, inilah bersenang-senang diatas kerugian orang lain…
Curahan rasa Dadan @ ..Update Status Waspada Galunggung
kalau yang rugi ramai.. ia seperti menindas.. kan?
Curahan rasa KiD @ ..Dapat Cek dari Telekom Malaysia
Comments are closed.