Perniagaan Forex Online Haram dah Confirm

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak nak ulas panjang isu ini sebab pasti ramai yang akan marah seperti dalam beberapa komen di entri “Forex bakal digempur“. Aku memang tak ada pengalaman dalam urusniaga FOREX kerana tidak berani dengan risiko yang sangat tinggi kerana mungkin juga tak cukup ilmu. Yang lebih menakutkan hampir 90% rakan-rakan yang terlibat dengan perniagaan FOREX ini berakhir dengan kegagalan. Memang semua perniagaan ada risiko ialah hidup ini pun risiko tetapi aku belum bersedia untuk menghadapi risiko FOREX.

Petikan daripada Harin Metro Online :  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. “Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam. Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu. “Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.

Aku tidak pernah takut dengan risiko berniaga kerana setiap perniagaan pasti ada risiko kegagalan kerana hampir semua perniaga yang berjaya pernah gagal dalam perniagaan terdahulu. Cuma sebagai perniaga yang bijak kita mesti berani mengukur risiko yang mampu diharungi, kalau kemampuan untuk perniaga hanya untuk ratus ribu ringgit tak kan nak buat bisnis juta-juta ringgit. Paling baik buatlah perniagaan dan pelaburan yang kita tahu bukan sekadar ikut-ikut sahaja kerana apabila gagal kita tidak akan menyalahkan orang lain di atas keputusan yang kita buat sendiri. Berani buat berani tanggung dan jangan kecewa dengan kegagalan kerana mungkin itu langkah pertama untuk berjaya.

16/2/12 : Bank Negara Malaysia menjelaskan perniagaan FOREX di Malaysia hanya dibenarkan kepada organisasi yang berlesen seperti Bank Komersial, Bank Islamik, Syarikat pelaburan dan Bank Islamik Antarabangsa mengikut akta Exchange Control Act 1953 dan Money Services Business Act 2011.


Spread the love

130 Comments

  1. ada kenal beberapa orang rakan yang dah banyak buat duit dengan main forex.. bila tengok diorang berjaya, rasa tercabar nak main jugak.. tapi bila study punya study punya study, tetap tak paham2, jadi malas dah nk try main forex..

    bila terbaca berita tentang forex haram, rasa bernasib baik juga sebab tak pernah terlibat dengan forex.. kalau dah keluar isu halal haram tentang benda ni, boleh menimbulkan rasa was-was pulak.. perkara2 yang boleh buat kita was-was rasanya harus dielakkan..

    tapi ada sesetengah orang cakap boleh je main forex.. pernah terbaca satu artikel berkaitan hukum forex halal ni tapi dah lupa link dia.. yang ingat cuma artikel tu ditulis oleh seorang bergelar “ustaz”.. so, yang mana satu perlu kita percaya? percayakan fatwa yang menyatakan forex ni haram atau kata2 mereka yang cakap forex tu dibenarkan? rumit pulak bila timbul masalah macam ni..
    Curahan rasa Anarm @ ..Timba ilmu di event Social Media 2012My Profile

  2. apakah mungkin majlis fatwa sudah membuat perjumpaan dan perbincangan dengan para pakar forex?
    sebelum ini kita pernah diberitahu bahawa forex itu dibenarkan untuk orang Islam.kenapa harus berlaku percanggahan diantara majlis fatwa dan mufti kerana sebelum ini mufti sendiri pernah membenarkan forex tersebut?….

  3. Org yg rugi main forex ni slalunya org yg cetek ilmu dalam bisness forex..tengok bank2 pun main forex…xda pl dengar byk rugi sampai bankrap..

  4. ayah mertua saya selalu main forex ni tahun lepas….kena tipu kerana forex ini….bepuluh ribu yang dilaburkan hilang sekelip mata…

  5. Walaupun sudah difatwakan HARAM namun saya percaya masih ada orang yang akan menegakkan “kebenaran”. Hukum yang nyata jelas dalam alQuran juga disanggah, inikan pulak cuma satu fatwa dari manusia biasa. Itulah lumrah manusia. Sentiasa mencari-cari idea dan alasan untuk menghalalkan sesuatu yang dah diharamkan.
    Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Teknik Blogging Efektif Tapi MenjengkelkanMy Profile

  6. Memang isu ni pernah panas dalam satu forum yg popular carigold.com,bersedialah mendengar hujah2 dari pandangan masing 🙂 yang penting jgn ada yang gaduh sudah.Berhujahlah cara pro!

    *aku berniaga kecil-kecilan dah lah buat masa ni.
    Curahan rasa azmanisma @ ..Top-Up dari Survey BeliaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!