Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak nak ulas panjang isu ini sebab pasti ramai yang akan marah seperti dalam beberapa komen di entri “Forex bakal digempur“. Aku memang tak ada pengalaman dalam urusniaga FOREX kerana tidak berani dengan risiko yang sangat tinggi kerana mungkin juga tak cukup ilmu. Yang lebih menakutkan hampir 90% rakan-rakan yang terlibat dengan perniagaan FOREX ini berakhir dengan kegagalan. Memang semua perniagaan ada risiko ialah hidup ini pun risiko tetapi aku belum bersedia untuk menghadapi risiko FOREX.
Petikan daripada Harin Metro Online : Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. “Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam. Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu. “Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.
Aku tidak pernah takut dengan risiko berniaga kerana setiap perniagaan pasti ada risiko kegagalan kerana hampir semua perniaga yang berjaya pernah gagal dalam perniagaan terdahulu. Cuma sebagai perniaga yang bijak kita mesti berani mengukur risiko yang mampu diharungi, kalau kemampuan untuk perniaga hanya untuk ratus ribu ringgit tak kan nak buat bisnis juta-juta ringgit. Paling baik buatlah perniagaan dan pelaburan yang kita tahu bukan sekadar ikut-ikut sahaja kerana apabila gagal kita tidak akan menyalahkan orang lain di atas keputusan yang kita buat sendiri. Berani buat berani tanggung dan jangan kecewa dengan kegagalan kerana mungkin itu langkah pertama untuk berjaya.
16/2/12 : Bank Negara Malaysia menjelaskan perniagaan FOREX di Malaysia hanya dibenarkan kepada organisasi yang berlesen seperti Bank Komersial, Bank Islamik, Syarikat pelaburan dan Bank Islamik Antarabangsa mengikut akta Exchange Control Act 1953 dan Money Services Business Act 2011.
130 Comments
Sib baik aku tak terjerumus dalam perniagaan ni.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Cuti-Cuti Malaysia | Aquaria
saya tak tau pasal forex..
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
Nasib baik saya tak ikut lagi Forex ni..
teringat 3 4 tahun lepas ramai ajak join main forex ni..
Curahan rasa GodamOtak @ ..Petua kesihatan Imam Syafie
tapi tak pernah teringin pun nak main. syukur..
Curahan rasa GodamOtak @ ..Gambar sejarah dan terbaru Niagara Falls
dulu ada member keje forex ni tapi dah berhenti..
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
yup betul tu.,forex ni sebenarnya x haram. cuma terlalu tinggi risikonya.dan boleh menjadikan perkara ni HARAM.
Curahan rasa Dwen Rasid @ ..Cara PANTAS menjana pendapatan melalui Internet?
mungkin itulah yang telah dikaji..
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
kalau boleh saya nak like sejuta kali pendapat ni….MAIN FOREX dengan TRADE FOREX amat berbeza….sama macam MAIN JUAL2 BARANG dan BERNIAGA JUAL BARANG…org nak berniaga bukan nak main2…..
Terima kasih atas info
Curahan rasa mdnor @ ..Salam Hijrah 1433
Terima kasih di atas info ini DH..
Aku ceburi dunia ni dah hmpir 4 tahun lebih,mmng tinggi risikonya jika tanpa disiplin yg tinggi dan managemnt system yg mantap ,,untung rugi dlm dunia perniagaan pasti berlaku walau apa bentuk sekalipun,dgn FX kita boleh buat pilihan samada menjual mata wang dgn nilai yg tinggi(lot) anda akan untung @ rugi besar,anda menjual dgn nilai yg kecil anda mndpat untug @ risiko rugi kecil.Yang berada dlm dunia ni akan faham situasi yg sebenarnya,kita spt menjual ikan di pasaran jika tidak laku pasti ikan akan busuk dan anda rugi(mungkin inipun x menentu sbb saya x mahu rugi) dan FX membabitkan perniagaan secara online(internet),bagaimana dgn perniagaan maya selain FX??.Tp setelah MFKM mengeluarkan ini saya berfikir utk berhenti.Rasa hairan juga knp ulama sejagat x sependapat dlm isu ni,cth indonesia masih belum keluarkan fatwa pengharaman FX sedang disana lgi ramai pedagang matawang,arab saudi sendiri ada broker yg berlesen dlm perniagaan forex secara online..
Curahan rasa Shack @ ..Wanita ditumbuk lelaki angkara mulut celupar
ada keuntungannya melampau2 jika untung?
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
apa itu FOREX ? nak kena GOOGLE dulu lah nampaknya …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Dunia Info dan Tips
Saya setuju dengan diharamkannya Forex… karena itu saya hanya bertahan 1 minggu kerja di sbg trader di perusahaan Forex.
Curahan rasa Info Hp Terbaru @ ..Launching Nokia Lumia di Senayan City
susah ke kerja tu?
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
Nasib baik tak reti, kalau tidak terjebak sama dan susah nak henti kecuali bangkrap.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Bank Negara Malaysia memberi kebenaran peniagaan FOREX kepada yg berlesen sahaja, ini juga satu langkah yg bijak, supaya ia tidak lagi dimanipulasi oleh pihak2 tertentu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
Majli Fatwa Kebangsaan Malaysia membuat keputusan yg bijak mengharamkan perniagaan ini. Yang haram tetap haram.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".
syukuurrr tak terjebak…
Curahan rasa noriz @ ..Hormon Endorfin – hormon yang happy 🙂
sama laah.. tak pernah terjebak lagi..
Curahan rasa KiD @ ..Download Terpantas Guna 20mbps
Comments are closed.