Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Tulisan terbaru beliau “Antara Iklan Pop Up atau Tidak” juga mendapat sambutan daripada pembaca. Kali ini Ariffshah menjawab soalan yang menarik tentang keperluan Unlimited Storage Hosting yang menjadi persoalan ramai Blogger. Semuga tajuk yang menarik ini dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….
Jawapan pendek saya – TAK PERLU
Unlimited storage hosting yang dimaksudkan ni adalah akaun hosting yang tidak mempunyai had dari segi ruang simpanan data. Kepada yang masih menggunakan Blogger/Blogspot, hosting anda ditaja oleh Google, jadi anda tidak perlu fikir tentang semua ini. Tapi kalau nak berpindah ke WordPress, anda memerlukan sebuah akaun hosting untuk kegunaan simpanan fail (gambar, html, css dsb.) dan WordPress itu sendiri.
Apa yang lebih penting ialah untuk kita mengelakkan diri daripada menggunakan pakej hosting yang menawarkan unlimited storage. Hal ini adalah untuk mengelakkan risiko-risiko lain yang datang dengan kelebihan unlimited storage tersebut.
Antara risiko yang dimaksudkan ialah:
- Unlimited storage membolehkan pengguna lain meletakkan seberapa banyak yang mungkin laman web mereka dalam server yang sama. Ini meninggikan risiko jangkitan malware yang seterusnya mengancam keselamatan WordPress site anda.
- Pengguna lain yang menyalahgunakan storage (untuk kegunaan laman torrent misalnya) berisiko mendapat serangan penggodam (hackers). Laman web lain yang disimpan di dalam server yang sama akan turut terjejas daripada serangan ini.
- Hardware yang digunakan oleh server dengan unlimited storage ini berkemungkinan besar adalah berkualiti rendah dan lama untuk menjimatkan kos mereka memberikan kelebihan unlimited storage. Dalam hal ini, pengguna menghadapi risiko hardware failure.
Kepada yang ingin berpindah dari Blogger/Blogspot ke WordPress, saya cadangkan anda memilih salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan hosting ini (termasuk Serverfreak). Link
Pemilihan hosting ini penting untuk mengelakkan pening yang berpanjangan nanti.
Jangan salah pilih ok?
99 Comments
Salam, bagi saya ianya bergantung kepada kegunaan anda. Sekiranya anda hanya mahu menggunakan untuk blog sahaja rasanya tak perlu sebab rasanya tak ada banyak fail yang besar nak disimpan. Tapi yang bagusnya pakej unlimited ni boleh ambil bersama unlimited domain. So anda boleh hostingkan beberapa domain lagi yang anda mahu dengan hanya satu bayaran… Kan jimat tu..
Curahan rasa fandyzblog @ ..Bilakah Emo di Cipta?
WordPress pakai yang 1GB aja uda kebanyakan 😀
Kalau mau hemat file-file bisa di simpan di situs semacam 4shared 😀
Sebenarnya storage bergantung kepada kegunaan dan jenis website. Jika menggunakan databases kepunyaan untuk kegunaan sendiri seperti sosial media website.
Curahan rasa Zulfaka Ali @ ..Tip Keselamatan Perbankan Internet
emm terima kasih buat penulis..info ni sgt berguna..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Impian Dan Perancangan Pondok Kecil
Bila dah confirm nak bertukar ke personal domain, kemungkinan saya akan hubungi bro nanti.
Curahan rasa Rem @ ..Kenapa Saham Jadi Pilihan
kurang pening kalau guna Blogspot …
memang kita masihlah guna blogspot
Curahan rasa smp3lembang @ ..Siap-siap menghadapi Banjir
unlimited package tu banyak yang menjerat pelanggan
Curahan rasa Mus @ ..Mempelam Bongawan Untuk Ibu Hamil
saya baru sahaja mendaftarkan akaun di serverfreak..servis mereka mmg pantas..
Curahan rasa Mus @ ..Nasi Lalap Ayam Menu Pilihan Di Keningau
Masalah ketika mengunakan hosting adalah storan. Jadi perlu bijak buat pilihan dan juga perlu buat penyelenggaraan bagi memastikan storan tidak habis.
Buat masa ini belum ada perancangan untuk melanggan unlimitid storage sebab senan dengan pakej yang melanggan sekarang.
Curahan rasa akubiomed @ ..Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
Pulangan bukan saja dari segi wan ringgit tetapi dari sudut berlainan seperti pertambahan rank, readership dan efficiency.
Curahan rasa Rem @ ..Kenapa Saham Jadi Pilihan
Masih lagi memerlukan masa utk berfikir dan buat keputusan untuk pindah ke wordpress. Pulangan mesti berbaloi.
Curahan rasa Rem @ ..Kenapa Saham Jadi Pilihan
Masih berpikir untuk pindah….
Curahan rasa Dadan @ ..Kelom Geulis Khas Tasikmalaya
tapi…masih betah di dalam blogspot
Curahan rasa Dadan @ ..Kelom Geulis Khas Tasikmalaya
wordpress saya masih dikerjakan oleh orang
Curahan rasa smp3lembang @ ..Siap-siap menghadapi Banjir
Serverfreak memang terbaik untuk blog saya setakat ni, saya guna elite pakage. jomlah beralih ke serverfreak 🙂
Curahan rasa donnyien @ ..Review: Everyday Is A Lucky Day With Luckybid.com.my
saya pon pakai serverfreak jugak, dlm gambar tu dia tulis free upgrade, betul ker, bila punya iklan nih
Curahan rasa Juan @ ..Resepi Satay Ayam – Pilihan Selera Malaysia
Macam mana storage unlimited ni?
Disc space unlimited,
Curahan rasa donnyien @ ..Review: Everyday Is A Lucky Day With Luckybid.com.my
Comments are closed.