Perkataan yang diingati sampai bila-bila

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Ingat tak beberapa ketika dahulu aku ada buat satu entri bertajuk “Perkataan Yang Tak Dapat Dilupakan Sampai Bila-Bila” dan alhamadulillah respondnya pun agak baik. Kali ini aku nak kongsikan antara perkataan positif dan negatif yang dikatakan oleh seseorang kepada teman-teman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

1. Matahari – Sayang

2. Faridzuan – Bangang, Bongok

3. KDN – Jadilah manusia yang seimbang dan sempurna

4. Intankuterpilih – Saya jamin awak tak akan lulus subjek ni masa SPM nanti

5. Wazy – Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah

6. Norasikin – Perkataan dah tak ingat sebab dia lebih banyak cakap pakai kaki (Komen aku : ni lagi sedihkan)

7. Mader – Kalau nak berniaga gunakan apa yg kita ada dalam poket,kalau 10 ringgit…duit tu la kita kena fikir macam mana nak gandakan

8. Hafizmd – Perkataan terindah yg selalu terngiang2 ditelinga ialah saat mak cakap “apih, terima kasih”

9. Tpinky – Tiada tapi Hadir

10. Azmanishak – Kalau nak maju…. JANGAN MALAS

11. Zuriey – I LOVE U

12. H P B Blog – Anak – anak Mak semua mak sayang

13. Aimannajmy – Saya dah jumpa lelaki paling perfect dalam hidup saya..jgn ganggu saya smpai bila2…

14. Cik Dara – You make me sick

Aku juga tertarik dengan perkongsian saudara Anwar Osman, “Pernah terbaca pasal satu kajian yang dibuat keatas makanan. Makan sama dimasukkan kedalam 2 botol. Satu botol dilekatkan perkataan2 positif dan baik, di letak di satu sudut dalam satu bilik. Dan satu lagi dilekatkan dengan perkataan2 negatif dan kurang enak dalm sudut lain bilik yang sama. Setiap kali melihat botol tersebut, tuan rumah kena baca apa yg tertulis kat botol tu. Hasilnya, botol yang tertera perkataan negatif tu lebih cepat buruk dan busuk. Adakah kerana apa yang tuan tumah tu sebut setiap hari kepada botol makanan tu? Mari kita fikir2kan bersama.”

latihan menulis patah perkataan yang panjang

Mungkin ada banyak lagi perkataan yang tidak dapat kita lupa sampai bila-bila yang dipendam dalam hati kita selama ini. Semuga kisah benar ini akan menjadikan kita manusia yang lebih baik dan tidak menjadi salah seorang manusia yang menyebutkan perkataan negatif yang terus tersimpan dalam hati mereka yang kita maki hamun terutama anak-anak yang bakal menjadi generasi kita kelak. Semuga tiada benci di hati anak-anak kepada kita. Jadilah kita manusia yang sentiasa sebut perkataan positif semuga perkataan yang kita sebut diingati sampai bila-bila.


Spread the love

134 Comments

  1. Hidup ini seperti,”Berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian.Bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian”.

      1. dalam islam apabila kita balas baik kepada mereka yang buat tak baik kepada kita itu dinamakan ehsan. Ianya memerlukan mujahadah yg tinggi untuk melakukan.

        1. Alhamdulillah setakat ini..apa saja perbuatan tak baik.. tpinky balas dengan kebaikan…baik perbuatan mahupun percakapan..tak pun tpinky akan mendokan kebaikan utknya 🙂

    1. TIADA TP HADIR …. heee dalam maksudnya kan….. cth mudah nk paham..seorg isteri yg ditinggalkan suami atas sbb suami keluar ke jalan Allah, Kerja mencari rezeki..wpun suami tak ada depan mata..tetapi isteri tetap merasai kehadiran suaminya… menjalankan segala tugas harian sama spt ketika suaminya ada disampingnya 🙂 spt Solat diawal waktu, Keluar rumah hanya utk sebab2 penting saja..Menjaga Kehormatan dan apa saja yg sewaktu dgnnya.. TIADA TP HADIR 🙂
      Curahan rasa tpinky @ ..Tempat Jatuh Lagikan DikenangMy Profile

  2. perkataan yang tidak dapat lupa mmg byk. tapi plg tinggal kesan ialah bila saya letak jawatan, ada yg berkata “you are not the first QA here” so memang patutlah sy letak jawatan. its their lost not mine. it hurts but life just move on. kerana mulut badan binasa. 😉
    Curahan rasa mommy nana @ ..Happy Birthday AbangMy Profile

        1. mmg bdk muda zaman skrg benci di kongkong.tapi kalau di lihat dari aspek kebaikan..adalah baik jika parents kongkong anak mereka yang agak ‘liar’..hehee

  3. Saya suka komen bro Mader: Kalau nak berniaga gunakan apa yg kita ada dalam poket,kalau 10 ringgit…duit tu la kita kena fikir macam mana nak gandakan.

    Bagus kalau memang minat untuk berniaga.. manatahu prinsip macam ni membantu lagi peniaga tu untuk berfikiran secara kreatif memperkembangkan perniagaan. Macam juga dalam pelajaran, kalau dapat gred C, sebaiknya kena fikir cara untuk dapatkan A.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!