Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN. Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah selepas diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada hari Selasa untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.
IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.
Al Fatihah.
96 Comments
Tunang dan ibubapanya mengiringi jenazah menaiki helikopter.
Saya tak boleh bayangkan jika berada di tempat mereka.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sedih melihat kedua ibubapanya. Mungkin anak harapan keluarga. Dijemput sebelum berlangsung
pernikahannya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Semoga dikurniakan syurga buat beliau.
Pemergiannya dicemburui. Kematiannya diiringi banyak doa. Semoga diampunkan dosanya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
perginya seorang hero.. berita ini sangat menyedihkan seluruh rakyat malaysia.. semoga keluarga arwah tabah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Al-Fatihah untuk allahyarham Muhammad Adib.. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Salam takziah untuk keluarga arwah.. diharap pihak berkuasa dapat membongkat kisah sebenar sehingga meragut nyawa Muhd Adib ini.
die a hero.. semoga dicucuri rahmat dan pelakunya mendapat hukuman yang setimpal
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Harap harap mereka yang melakukan perkara tak elok kat arwah menerima balasan yang setimpalnya.
Berita sedih untuk rakyat Malaysia yang mana inginkan Adib kembali pulih tapi Allah lebih menyanyanginya.
Melihat kad perkahwinan yang dikongsikan oleh tunang arwah. Allahu…sedihnya.
Bukan jodoh mereka di didunia. Allah Maha Mengetahui.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Allahuakbar, sedih sungguh dapat berita nih. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka mereka yang beriman. ameen.
aamiin dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
kita juga berharap pihak yang bertanggungjawab di atas kecelakaan Adib segera diadili …
jalankan siasatan terperinci dan jangan biarkan ia berulang lagi pada masa yang akan datang
amin amin amin. Semoga arwah ditempatkan di kalngan orang beriman. Menjadi pengajaran kepada kita semua
sedihkan? mesti tunang dan keluarga sedang berduka. semoga mereka tabah dan kuat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Takleh bayangkan kesediahan tunangnya. Tengok gambar masa pengebumian arwah, bengkak teruk matanya akibat menangis
Sayunya rasa hati melihat keluarga menerima pemergiannya dalam keadaan macam ni.
Namun, Allah lebih menyayangi beliau.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Yup..ada terbaca mesej drp keluarga Muhd Adib. Itu takdir pemergiannya. Mereka redha dan tak salahkan sesiapa
Semoga rohnya tenang disamping Ilahi.
Takziah buat keluarga beliau.
Sedekahlan Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Semoga semua pelaku rusuhan dihukum dengan adil.
Penjawat awam seperti pegawai bomba yang berkhidmat untuk orang awam turut menjadi mangsa.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Amalan Akhirat tetapi Dibayar di Dunia
Anggota penyelamat pula yang menjadi mangsa kegeraman perusuh perusuh ini. apa lah dosa mereka sampai di perlakukan sedemikian rupa.
sedih juga bile memikirkan arwah dibelasah macam tu ketika sedang bertugas. harap pelakunya mendapat balasan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
yang paling sedih apabila anggota bomba ini cuba untuk meleraikan keadaan tetapi mereka di belasah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Memang pihak berkuasa kena ambil tindakan untuk mencari kebenaran. Harap kes ini dapat diselesaikan
YUp, tugas seorang ahli memang sangat mencabar. Tapi tak patutlah dia diperlakukan sebegitu. Tak fahm gak aishhhhh
Tak sangka kesudahannya begini.
Semoga ahli keluarga arwah redha akan pemergiannya.
Kami turut terasa kehilangannya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sedihnya, bulan October kehilangan anggota bomba akibat lemas.
Kali ini pula disebabkan menjadi mangsa perusuh.
Dia berkorban nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Semoga Allah memberkati roh beliau
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Begitu besar pengorbanan anggot bomba. Lepas ni, kerajaan bolehlah buat sesuatu untuk lebih menjaga kebajikan mereka.
Sangat sedih sungguh dapat berita nih. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka mereka yang beriman. Ada hikmah. Allahuakbar..
Alfatihah buat arwah Muhammad Adib. Semoga deliau dikurniakan syurga firdaus.
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosanya dan masukkan lah beliau ke dalam syurgaMu.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Comments are closed.