Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kali ini sifu WP BLogger Eizil ingin berkongsi tajuk yang jarang-jarang mendapat perhatian oleh kebanyakan Blogger. Tajuk yang nampak remeh tetapi membawa kesan yang besar kepada Blogger yang kisah dengan SEO. Bagus juga kalau Rakan Blogger boleh menulis entri khas di blog anda untuk mengembangkan lagi tajuk yang diketengahkan dalam entri ini.
Dalam artikel kali ini sekadar ingin berkongsi peranan tarikh dalam blog kita. Perkara ini mungkin tidak diambil berat oleh ramai blogger, tetapi ia sebenarnya memberi sedikit sebanyak impak kepada blog kita. Bagaimana tarikh boleh memberi impak kepada isi kandungan yang kita tulis?
Dalam pembacaan dan kajian yang dibuat baru-baru ini, enjin carian menggunakan tarikh ini sebagai salah satu cara untuk mereka menilai sesuatu isi kandungan itu. Terdapat algoritma yang digunakan yang akan memberikan merit kepada tarikh sesuatu artikel itu diterbitkan. Disebabkan perkara ini, sekiranya kita menggunakan format tarikh yang akan mengelirukan seperti 01/02/2013 ini boleh dibaca sebagai 1 februari 2013 ataupun 2 januari 2013, bergantung kepada kebiasaan sesuatu kawasan.
Ini sedikit sebanyak mengelirukan enjin carian dalam menilai tarikh sesuatu artikel. Selain itu, pembaca yang cuba membuat rujukan juga kadangkala tidak pasti tarikh sebenar artikel itu diterbitkan dan ini akan menyebabkan maklumat yang cuba mereka gunakan akan menjadi kurang tepat.
Cara terbaik adalah dengan menggunakan format tarikh yang penuh. Contohnya seperti 1 January 2013, ini tidak akan mendatangkan kekeliruan kepada pembaca mahupun enjin carian. Kepada penggunakan WordPress, anda hanya perlu pergi ke bahagian Settings » General, kemudian pada bahagian date format, sila isikan format berikut j F Y
.
Selain itu, jangan lupa untuk menukar timezone WordPress kita kepada kuala lumpur, kerana acapkali ketika penulis memberi perkhidmatan kemaskini WordPress di blog mereka, perkara ini diabaikan dan walaupun ianya tidak menjejaskan perjalanan blog anda, tetapi ianya akan mengganggu segala perancangan yang mungkin telah anda sediakan. Semoga tips ringkas kali ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Banyak informasi blog dan keselamatan blog boleh di perolehi dari Blogger Eizil di :
Blog : Eizil.com
FB : Hadihaizil
Twitter : Eizil
Rugi sangat kalau tak follow kata orang bijak pandai kalau kita nak jadi bijak kenalah berkawan dengan pakar dalam bidangnya.
75 Comments
sengan bisa berkunjung ke blog ini…terimas kasih atas info nya
Curahan rasa Kuta Bali @ ..Kelecung Beach
terima kasih,,posting yang sangat bagus dan bermanfaat kawan…
Curahan rasa Kuta Bali @ ..Kelecung Beach
Terima kasih diatas perkongsian yang menarik dan memberi manfaat bagi kami.
Curahan rasa akuanakpahang @ ..KETAWA JANGAN SAMPAI TAK INGAT DUNIA !
memang penting tarikh ni, barulah dapat bezakan artikel baru dan lama
Curahan rasa hafiz @ ..Diserang demam, kena berehat sebentar
Alhamdulillah sudah follow semua akun diatas
Curahan rasa munir ardi @ ..5 Cara Agar Berhasil Belajar Otodidak
wah ini terlewatkan oleh saya blog metrolisa tak bertarikh
Curahan rasa munir ardi @ ..5 Cara Agar Berhasil Belajar Otodidak
Makanya cepat dirubah sekarang..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions leg-2 : Manchester United Vs Real Madrid
saya punya blog utama memang bertarikh dan ini menyenangkan saya sebab tahu artikel saya sudah lama atau tidak
Curahan rasa Juan @ ..Influenza B di KPJ Healthcare Specialist Hospital Perda Penang
peranan tarikh memang sangatlah penting, guna mendukung artikel kita masuk ke list enjin carian, khususnya google.
Curahan rasa Mr.DHI @ ..Cara Mudah Mengatasi Komputer yang Lambat
posting yang sangat membantu kawan.
saya masih kurang paham soal ngeblog..hehehe
Curahan rasa Nakusan Bali @ ..Kawasan Pantai Kuta Bali
terima kasih abg denaihati atas perkongsian ini. Saya pun tak alert sgt benda ni.. sy buat sekadar bulan/tahun je
Curahan rasa mr.pingu @ ..Kadar Obesiti Rakyat Malaysia Tinggi
tips menarik memang lain dari yang lain… kadang2 memang tak terfikir untung juga ada kawan2 yang mengingatkan… TQ 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Kerana sibuk tidak bertempat
Nampak ringkas tp kesannya besar juga..
Terima kasih berkongsi tips ni…
P.s.terus betulkan format tarikh
Curahan rasa hafizmd @ ..10 Blog Paling Sensasi Februari 2013
Akan diambil perhatian dengan time zone.
memang selalu melekat kat sana cari ilmu…
secara x sedar mmg dh guna cara ni 🙂
Curahan rasa auc @ ..18sx: Bab Zakar
Syukran dpt ilmu baru..nampak simple tp besar impaknya
Curahan rasa Noor Aini Samsusah @ ..Meriah Kenduri di Kampung Banting
Comments are closed.