Peranan tarikh dalam blog anda

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kali ini sifu WP BLogger Eizil ingin berkongsi tajuk yang jarang-jarang mendapat perhatian oleh kebanyakan Blogger. Tajuk yang nampak remeh tetapi membawa kesan yang besar kepada Blogger yang kisah dengan SEO. Bagus juga kalau Rakan Blogger boleh menulis entri khas di blog anda untuk mengembangkan lagi tajuk yang diketengahkan dalam entri ini.

Dalam artikel kali ini sekadar ingin berkongsi peranan tarikh dalam blog kita. Perkara ini mungkin tidak diambil berat oleh ramai blogger, tetapi ia sebenarnya memberi sedikit sebanyak impak kepada blog kita. Bagaimana tarikh boleh memberi impak kepada isi kandungan yang kita tulis?

kepentingan-tarikh-dalam-artikel

Dalam pembacaan dan kajian yang dibuat baru-baru ini, enjin carian menggunakan tarikh ini sebagai salah satu cara untuk mereka menilai sesuatu isi kandungan itu. Terdapat algoritma yang digunakan yang akan memberikan merit kepada tarikh sesuatu artikel itu diterbitkan. Disebabkan perkara ini, sekiranya kita menggunakan format tarikh yang akan mengelirukan seperti 01/02/2013 ini boleh dibaca sebagai 1 februari 2013 ataupun 2 januari 2013, bergantung kepada kebiasaan sesuatu kawasan.

Ini sedikit sebanyak mengelirukan enjin carian dalam menilai tarikh sesuatu artikel. Selain itu, pembaca yang cuba membuat rujukan juga kadangkala tidak pasti tarikh sebenar artikel itu diterbitkan dan ini akan menyebabkan maklumat yang cuba mereka gunakan akan menjadi kurang tepat.

Cara terbaik adalah dengan menggunakan format tarikh yang penuh. Contohnya seperti 1 January 2013, ini tidak akan mendatangkan kekeliruan kepada pembaca mahupun enjin carian. Kepada penggunakan WordPress, anda hanya perlu pergi ke bahagian Settings » General, kemudian pada bahagian date format, sila isikan format berikut j F Y.

Format tarikh yang tidak mengelirukan

Selain itu, jangan lupa untuk menukar timezone WordPress kita kepada kuala lumpur, kerana acapkali ketika penulis memberi perkhidmatan kemaskini WordPress di blog mereka, perkara ini diabaikan dan walaupun ianya tidak menjejaskan perjalanan blog anda, tetapi ianya akan mengganggu segala perancangan yang mungkin telah anda sediakan. Semoga tips ringkas kali ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Banyak informasi blog dan keselamatan blog boleh di perolehi dari Blogger Eizil di :

Blog : Eizil.com

FB : Hadihaizil

Twitter : Eizil

Rugi sangat kalau tak follow kata orang bijak pandai kalau kita nak jadi bijak kenalah berkawan dengan pakar dalam bidangnya.


Spread the love

75 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!