Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kali ini sifu WP BLogger Eizil ingin berkongsi tajuk yang jarang-jarang mendapat perhatian oleh kebanyakan Blogger. Tajuk yang nampak remeh tetapi membawa kesan yang besar kepada Blogger yang kisah dengan SEO. Bagus juga kalau Rakan Blogger boleh menulis entri khas di blog anda untuk mengembangkan lagi tajuk yang diketengahkan dalam entri ini.
Dalam artikel kali ini sekadar ingin berkongsi peranan tarikh dalam blog kita. Perkara ini mungkin tidak diambil berat oleh ramai blogger, tetapi ia sebenarnya memberi sedikit sebanyak impak kepada blog kita. Bagaimana tarikh boleh memberi impak kepada isi kandungan yang kita tulis?
Dalam pembacaan dan kajian yang dibuat baru-baru ini, enjin carian menggunakan tarikh ini sebagai salah satu cara untuk mereka menilai sesuatu isi kandungan itu. Terdapat algoritma yang digunakan yang akan memberikan merit kepada tarikh sesuatu artikel itu diterbitkan. Disebabkan perkara ini, sekiranya kita menggunakan format tarikh yang akan mengelirukan seperti 01/02/2013 ini boleh dibaca sebagai 1 februari 2013 ataupun 2 januari 2013, bergantung kepada kebiasaan sesuatu kawasan.
Ini sedikit sebanyak mengelirukan enjin carian dalam menilai tarikh sesuatu artikel. Selain itu, pembaca yang cuba membuat rujukan juga kadangkala tidak pasti tarikh sebenar artikel itu diterbitkan dan ini akan menyebabkan maklumat yang cuba mereka gunakan akan menjadi kurang tepat.
Cara terbaik adalah dengan menggunakan format tarikh yang penuh. Contohnya seperti 1 January 2013, ini tidak akan mendatangkan kekeliruan kepada pembaca mahupun enjin carian. Kepada penggunakan WordPress, anda hanya perlu pergi ke bahagian Settings » General, kemudian pada bahagian date format, sila isikan format berikut j F Y
.
Selain itu, jangan lupa untuk menukar timezone WordPress kita kepada kuala lumpur, kerana acapkali ketika penulis memberi perkhidmatan kemaskini WordPress di blog mereka, perkara ini diabaikan dan walaupun ianya tidak menjejaskan perjalanan blog anda, tetapi ianya akan mengganggu segala perancangan yang mungkin telah anda sediakan. Semoga tips ringkas kali ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Banyak informasi blog dan keselamatan blog boleh di perolehi dari Blogger Eizil di :
Blog : Eizil.com
FB : Hadihaizil
Twitter : Eizil
Rugi sangat kalau tak follow kata orang bijak pandai kalau kita nak jadi bijak kenalah berkawan dengan pakar dalam bidangnya.
75 Comments
ouh tak pernah terfikir pula kesan dia
Curahan rasa Afiq @ ..Serangan Besar Besaran Tamat Pencerobohan Lahad Datu
OOo camtu rupanya.. kena cek balik tarikh kat blog ni
Curahan rasa zool @ ..Belajar Perkataan Kampung Part 17 – Mengelinjang, Kirai, Ta’teh
Memang tarikh sangat penting, terima kasih.
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Pendaftaran SNMPTN Naik 200 Persen
Menambah pengetahuan baru lagi untuk entry nih. terima kasih DH
Curahan rasa Vionetpalu.com @ ..Harga BlackBerry Porsche
Saya setuju dengan pendapat penulis. Format tarikh wajar ditunjukkan mengikut keadaan demografi pembaca setempat. Penggunaan tetapan asal WP memberi kekeliruan kepada pembaca.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: Trend Online Shopping Rakyat Malaysia
Tarikh dan masa itu penting.
satu perkara yang dirasakan biasa saja tapi amat penting, terima kasih atas perkongsian ini
Curahan rasa ajumohit @ ..Gambar-Gambar Di Nuffnang 6th Birthday Bash!
satu perkongsian yang baik dan menarik. terima kasih
Curahan rasa wandisini @ ..Takziah Buat Keluarga Prajurit Negara Yang Gugur
Yes.. indeed.. format tarikh + masasangat penting dalam
blog kita untuk dikemaskinikan. Kadang2 cik alexa pun ada
sangkut paut juga tuh..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat misai kucing dan pokok herba catnip
Kami kat tempat kerja pun di’advice’ guna short JAN, FEB, MAR etc sebab takut confiuse mcm tu jugak.. and memang terbawa-bawak ke daily life.
Curahan rasa Elieza @ ..Alternative kepada ‘potongan gaji’ di RHB Now.
aku memang dah guna lama dah. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 6 dari Panduanbajukurung.com
Saya juga telah mengggunakan tarikh semacam ini, hanya jam entri di publish tidak terlihat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tujuan Manfaat Pijat Bayi
Semua blog saya juga tidak punya jam entri Mas..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions leg-2 : Manchester United Vs Real Madrid
mudah nk tahu senioriti post satu-satu laman web…
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..Link Download Borang Berkaitan Guru Malaysia
Alhamdulillah, saya pun dah merubah perkara tarikh di blog
Dan alhamdulillah, saya dan follow Bro Eizil. Memang kenal dengan beliau tak ada ruginya, bahkan banyak keuntungannya 🙂
Buktinya, saya banyak mendapat bantuan dari beliau dalam masalah blog. Terima kasih Bro Eizil 🙂
Saya juga baru dibantu beberapa waktu yang lalu Kang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions leg-2 : Manchester United Vs Real Madrid
Betul juga tu. Kadangkala tarikh 12 hb dan kebawah selalu tertukar.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Imej Baru Humaira
Comments are closed.