Hidup bahagia dengan berbelanja bijak di nile.com.my
Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Minggu ni sangat menggembirakan apabila bungkusan yang dinanti telah tiba. Bungkusan apa? Bungkusan daripada pembelian online. Sudah agak lama tidak membeli belah online disebabkan harga yang meningkat sehingga 3 kali lebih tinggi daripada biasa. Berkira betul sejak dua menjak ni, terutama bila harga minyak RON95 naik duposen.
Tapi semuanya berubah bila terjumpa dengan laman web online Nile.com.my beberapa bulan lepas seperti dalam entri “pengalaman membeli belah di Nile“, mereka menyediakan pelbagai barangan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan model perniagaan yang lama. Ini semestinya memberi kelebihan kepada kita, sebagai pengguna. Perkhidmatan mereka juga sudah tidak perlu dipertikaikan lagi, memang efisyen dan memuaskan hati.





Nile.com.my juga telah membuat penjenamaan semula untuk perkhidmatan 24 Jam Cash On Delivery menggunakan motorsikal. Perkhidmatan ini merangkumi kawasan KL, PJ dan Subang. Sekiranya anda ingin mendapatkan barangan yang anda tempah dalam tempoh 24jam dan ingin membayar semasa menerima barangan tersebut, pastikan anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Nile.com.my ini.
Selamat membeli belah di www.nile.com.my
Kepada rakan-rakan yang ada pengalaman shopping online di Nile.com.my seperti Fatin Liyana jomlah kongsikan …

