Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri-entri blog ini antaranya entri “Anak-anak pasti suka apabila ibu bapa buat begini ketika cuti panjang“. Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman menjadi speaker di seminar antarabangsa bisnis online di Institut Agama Islam Negeri Batusangkar, Padang, Indonesia.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Hampir setahun yang lalu pada 24/12/2017 Abang telah dijemput untuk berkongsi ilmu menjana pendapatan dengan blog kepada lebih 500 mahasiswa Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batusangkar. Lamaran telah dibuat beberapa bulan sebelum itu oleh rakan blogger dari Pontianak, Dwi Wahyudi yang pernah bergabung dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017. Peluang berdiri di atas pentas di Indonesia adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Padang tempat yang sangat cantik untuk dilawati. Ini kali ke empat Abang menjejaki kaki ke bumi Padang. Pernah sekali Abang singgah di Padang, Solok dan Bukit Tinggi ketika bermusafir memandu Suzuki Jimny Malaysia dari Bengkulu ke Pekanbaru. Abang datang lagi setahun kemudian untuk bercuti selama dua minggu di Padang Panjang dan Bukit Tinggi. 2017 Abang datang dengan keluarga.
Kami mendarat dengan Airasia di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 8.00 am, 23/12/2017. Sahabat lama Bapak Handriansyah sudah menunggu kami. Dari Bandara International Minangkabau kami terus dibawa melawat beberapa lokasi menarik di Padang antaranya Pantai Air Manis yang terkenal dengan kisah Malim Kundang, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang.
Selepas melawat tiga lokasi ini kami bergerak ke Hotel Emersia di Batu Sangkar, jarak lebih kurang 101 km. Perjalanan ke Batu Sangkar memang cantik dengan memandangan sawah padi dilereng bukit. Sempat kami singgah bergambar di Air Terjun Lembah Anai yang terletak tepi jalan menuju ke Bukittinggi. Kami singgah makan di rumah makan padang di Kota Padang Panjang. Kota Padang Panjang ada tempat kelahiran Buya Hamka, ilmuan yang sangat terkenal di Indonesia. Perjalanan bertambah cantik terutama apabila melalui jalan yang di kiri Gunung Marapi dan di kanan Gunung Singgalang. Kedua-dua ini gunung berapi yang masih aktif.
Alhamdulillah sessi perkongsian ilmu digital berjalan sangat lancar. Bukan sahaja terkejut dengan sambutan beratus pelajar dan pensyarah malahan paling indah dapat berkenalan dengan ramai insan-insan hebat dari berbagai bidang antaranya Pak Anas pakar SEO dari Jakarta dan anak muda hebat Edo Pratama.
Dari Batu Sangkar kami meneruskan perjalanan melalui jalan darat lebih kurang 230 km ke Pekanbaru Riau melalui jalan kelok sembilan yang menjadi ikon Bukitinggi. Perjalanan lebih enam jam memang mencabar melalui jalan pinggir banjaran dan tebing sungai yang airnya mengalir deras.
Suatu pengembaraan yang tidak akan dapat dilupakan,
47 Comments
smbil berkerja sambil melancong bersama aanak anak. lagi pun banyak benda best di padang tu
bertuah orang orang padang dapat ilmu dari hj amir.. saya sndiri yang dh bertahun ikut DH pun tak pernah join event mereka
hj amir mmg sesuai sangt jadi speaker kalau bab bisnes dan blogging ni.. banyak pengalaman yg dah di lalui
Terbaik boh.. bukan calang-calang orang boleh jadi speaker untuk event di luar negara ni.. bangga dgn pencapaian tuan
dapat jadi speaker dan kongsi ilmu di negara luar adalah salah satu pencapaian yg agak tiinggi
Banyak lokasi menarik di Padang yang boleh dilawati seperti Malin Kundang yang memberi banyak pengajaran
padang tak femes macam bali. tapi padang mmg sangat lawa dan banyak tempat menarik
Padang tempat yang sangat cantik untuk dilawati. Tengok ayah dan adik adik dah sampai ke sana pun seronok ja
Peluang berdiri di atas pentas di Indonesia adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Ramai mahasiswa yang hadir.. hingga 500 orang.. pasti semuanya berpuas hati dengan ilmu yang mereka perolehi..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Seronok membaca pengalaman perjalanan tuan Haji Amir.. sambil mengembara, sambil berkongsi ilmu digital marketing dengan penduduk tempatan.. Seronok pun dapat, kepuasan pun dapat..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Kalau ada masa dan peluang saya juga nak berguru dengan tuan… Banyak perkara yang boleh saya pelajari daripada orang yang mempunyai banyak pengalaman seperti tuan haji…,
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Tahniah tuan Haji Amir… Bukan calang-calang orang boleh dapat peluang macam ni.. Tuan merupakan pilihan yang tepat..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Wow, tahniah Tuan.. bukan calang-calang orang boleh jadi speaker untuk event di luar negara ni. Ternyata, hal digital sangat berkembang di seleruh pelusuk dunia
wow..hebat.
blogger Malaysia mendapat tempat di Indonesia.
memang mantap sangat dan ia pasti memberi inspirasi kepada blogger baru seperti saya ini
bangga kan bila BLogger Malaysia mendapat tempat di sana. rasanya Blog DenaiHati ni pun ramai pembaca daripada sana.
Tuan Hj amir ni memang femes di kalangan blogger di Indonesia. Brand Denaihait dah bertapk di sana
Wow, pengalaman yang menarik tu. Teringat CN masa sama2 jadi panel untuk forum blogger di PWTC 2 tahun lepas, memang gementar sebelah dengan orang hebat macam Tn Hj 😅
Curahan rasa Cekgu Norazimah @ ..KFry Urban Korean, mesti singgah jika anda peminat makanan korea
Wah CN Pernah jadi panel , sama pentas dgn tuan hj amir ye. Kagum la..terbaik pengalaman tu
saya masih tertanya tanya sama ada batu tersebut memang malin kundang ataupun mitos semata2. tapi gambar rumah tu memang cantik
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Comments are closed.