Assalamualaikum dan salam sejahtera,
masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Majlis tahun kelima buat Sepetang Bersama Blogger yang menjadi himpunan rakan penulis blog dan juga aktivis sosial media. Pada tahun 2012 dan 2013, ia berlangsung di Hotel Singgahsana manakala tahun 2014 berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Untuk tahun lepas di mana SBB2015 dilaksanakan di Putrajaya Ekstreme Park dan aktiviti outdoor telah dijalankan.
Sambutan setiap tahun untuk program Sepetang Bersama Blogger ini tidak mengecewakan. Ratusan penulis blog berhimpun di bawah satu bumbung untuk mendengar perkongsian hebat dari mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Pada tahun 2016 ini, majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) akan diadakan :
Tarikh: 16.4.16 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Pendaftaran telah dibuka dan rebutlah peluang ini untuk daftar segera dengan yuran promosi RM30 seorang dan nantikan berita-berita terkini di blog denaihati.com ini. Selain perkongsian ‘mini forum’, sudah tentu ada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh ratusan orang pada majlis ini. Di samping itu juga, rebut peluang untuk membuat jaringan bersama rakan-rakan yang lain dan barisan penaja yang hebat!
Syukur alhamdulillah, pelbagai syarikat besar dan kecil sudi untuk berganding bahu menjadi penaja majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Kesemua penaja ini ingin berjumpa dengan anda dan ratusa penulis blog yang lain pada hari tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua penaja bersama iaitu:
- Multimedia Development Corporation (MDEC) – Penaja Utama
- Amna Home
- Richworks Academy
- Jopana
- Oceanlife Marketing (Ephyra)
- Zeeta Magis Aura Mawar
- Aleeya’s Kitchen
- Les Copaque Production (Upin & Ipin)
- Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
- Yeos Malaysia
- eQurban
- Jemaah Bisnis Denaihati
- Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
- Firdaus Azizi Training & Consultancy
- AE Consultancy Services
- PenMerah Network
- Sohaini Cookies
- Jus Bob Nanas
- CVS Production
- Kotak Lensa
- Jam Tawaf Denaihati
Penaja utama telah dikemaskinikan iaitu Multimedia Development Corporation (MDEC). Sesuatu yang amat istimewa untuk jaringan penulis blog dan aktivis sosial media yang ingin mencari dan menjana pendapatan dari blog. Kepada semua rakan blogger dan aktivis sosial media, cepat-cepat daftar di laman http://sbb.my
Jika mengikut pengalaman lalu, apabila kuota pendaftaran telah ditutup maka tiada apa yang dapat kami lakukan. Kerana pada tahun ini, himpunan 500 orang di Sepetang Bersama Blogger 2016 akan berlangsung dan ia sesuatu yang perlu direbut secepatnya.
Jom, ajak semua rakan-rakan untuk DAFTAR SBB2016
147 Comments
Memang best nampaknya SBB 2016 kali ni. Bagi yang ada peluang jangan dilepaskan peluang keemasan ini. Tengok kepada barisan penaja pun dah macam menarik dah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Apa Selepas Sertai Jobdirumah
Macam seronok jer event nieh.. x penah join tp teringin nak join… boleh ke..
Boleh join. Terbuka kepada semua. Boleh daftar florist. Banyak acara menarik yang akan dilangsungkan pada hari tersebut.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Apa Selepas Sertai Jobdirumah
Usaha murni.. syabas diucapkan, jgn lupa utk bawa mesej harmonikan dunia maya dari kotoran fitnah.
Usaha murni..syabas diucapkan, jgn lupa utk bawa mesej harmonikan dunia ini dari bahana fitnah.
Nampak gaya macam ramai sangat tahun ni nak ke SBB ni, pastinya gempak dengan tajaan yang besar2 juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pilihan Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Betul tu. Tengok barisan penaja memang gempak. Mesti meriah dari tahun sebelumnya SBB 2016 tahun ni.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Teringin nak pergi. Tapi segan sebab blog saya pun cuma picisan. Aktif masa tahun 2010. Sekarang, sudah ‘tak kenal’ kawan-kawan. Ramai sudah bersara.
Tak apa. Boleh aje pergi. mana tahu pergi sana nanti dapat semangat baru dengar kisah mereka yang berjaya dalam dunia blog ni.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
program yang menarik dan mengumpulkan ramai blogger tapi sayangnya tak boleh hadir akibat tuntutan kerja….
Curahan rasa asraff @ ..Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA April 2016
Memang menarik. Tak apa. tahun depan boleh cuba hadirkan diri. Memang seronok dapat join SBB jumpa rakan blogger.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Event yang ditunggu2 setiap tahun, jangan lepaskan peluang keemasan ini..
Curahan rasa fiuzzhafiz @ ..Kedai Handphone Subang Jaya Sesak
Betul tu. Ramai yang tunggu SBB setiap tahun. Tahun ni nampaknya lebih menarik jika kita lihat kepada barisan penaja di atas.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Apa Selepas Sertai Jobdirumah
event yang dinanti-nantikan oleh setiap blogger. Seperti biasa juga kita mampu merancang semoga perancangan terlaksana dengan baik.
Curahan rasa yangbaik @ ..Mudah saja hendak menulis
Yang Baik pergi ke Majlis SBB nanti?… Kalau pergi dapatlah peluang berjumpa dengan blogger-blogger terbaik di Malaysia…
Curahan rasa Anuar @ ..Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)
Betul tu. Dapat pergi SBB mesti dapat jumpa ramai kenalan dan rakan blogger yang lain.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Semakin ramai penaja sertai SBB2016.. pastinya ada kejutan bakal menanti para peserta..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Tengok barisan penaja memang gempak. Dapat pergi sana jumpa rakan blogger memang seronok kan.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
Yeahh .. sudah mendaftar… para rakan lain mari bergabung bawah satu bumbung .. kita korek ilmu ttg blog dan bisnes ….
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Bagaimana Saya Bantu Usahawan Online Malaysia?
Nampaknya Sifu Blogger (Blogspot) dah join…. Pasti meriah SBB kali ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Rasanya kali ini kita boleh dengar sifu HH bercerita tantang blog. Mesti seronok nanti dengar perkongsian tersebut.
Curahan rasa OhPanduan @ ..3 Cara Pelajar Nak Buat Kerja Part Time Mudah
kayaknya seronok nih kalau bisa hadir. jadi kapan yang bisa hadir dalam acara macem nih..
Ia… Memang seronok kalo bisa hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger… Coba tengok SBB tahun lepas dan tahun2 sebelumnya… Memang seronok banget…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
setiap tahun barisan penaja semakin gemak dan ramai. tahniah DH.. semoga event kali ni berjalan lancar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Renew Domain NetKL
Ya… Dan paling best sekali biasanya ada hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh penaja… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Berapa feenya itu? Saya ingin bergabung. But how far is that? I see that 30 rm right. What wonderfl things that we can get from this event?
Curahan rasa SEO Anyaran @ ..Cara Cepat Agar Postingan/Artikel Blog Terindex Google
betul tu sahabat… hanya RM30. Perkongsian ‘mini forum’, ada cabutan bertuah Paling penting untuk membuat jaringan bersama rakan-rakan yang lain.
Curahan rasa Denaihati @ ..APO 2016 – Pencalonan awal kategori Anugerah Blog Pilihan Online
Yuran RM30 tu memang murah…. Apa yang kita dapat jauh lebih berharga berbanding RM30 tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Biasanya dapat Tshirt, dapat makanan, dapat survinior, dapat Ilmu, dapat hadiah cabutan bertuah, dapat perluaskan network dan macam-macam lagi…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Ada kelapangan rasa macam nak pergi juga nanti. Harap-harap free waktu tu dari urusan lain. Jika nak belajar dunia blogger ni. Waktu macam ni sesuai untuk pergi ceduk ilmu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Di Rumah Bagi Yang Nak Tambah Pendapatan
Ya betul… Pengalaman menghadiri SBB 2015 memang tidak menghampakan… Tapi, kali ni macam tak boleh nak pergi…huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Comments are closed.