Assalamualaikum dan salam sejahtera,
masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Majlis tahun kelima buat Sepetang Bersama Blogger yang menjadi himpunan rakan penulis blog dan juga aktivis sosial media. Pada tahun 2012 dan 2013, ia berlangsung di Hotel Singgahsana manakala tahun 2014 berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Untuk tahun lepas di mana SBB2015 dilaksanakan di Putrajaya Ekstreme Park dan aktiviti outdoor telah dijalankan.
Sambutan setiap tahun untuk program Sepetang Bersama Blogger ini tidak mengecewakan. Ratusan penulis blog berhimpun di bawah satu bumbung untuk mendengar perkongsian hebat dari mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Pada tahun 2016 ini, majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) akan diadakan :
Tarikh: 16.4.16 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Pendaftaran telah dibuka dan rebutlah peluang ini untuk daftar segera dengan yuran promosi RM30 seorang dan nantikan berita-berita terkini di blog denaihati.com ini. Selain perkongsian ‘mini forum’, sudah tentu ada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh ratusan orang pada majlis ini. Di samping itu juga, rebut peluang untuk membuat jaringan bersama rakan-rakan yang lain dan barisan penaja yang hebat!
Syukur alhamdulillah, pelbagai syarikat besar dan kecil sudi untuk berganding bahu menjadi penaja majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Kesemua penaja ini ingin berjumpa dengan anda dan ratusa penulis blog yang lain pada hari tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua penaja bersama iaitu:
- Multimedia Development Corporation (MDEC) – Penaja Utama
- Amna Home
- Richworks Academy
- Jopana
- Oceanlife Marketing (Ephyra)
- Zeeta Magis Aura Mawar
- Aleeya’s Kitchen
- Les Copaque Production (Upin & Ipin)
- Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
- Yeos Malaysia
- eQurban
- Jemaah Bisnis Denaihati
- Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
- Firdaus Azizi Training & Consultancy
- AE Consultancy Services
- PenMerah Network
- Sohaini Cookies
- Jus Bob Nanas
- CVS Production
- Kotak Lensa
- Jam Tawaf Denaihati
Penaja utama telah dikemaskinikan iaitu Multimedia Development Corporation (MDEC). Sesuatu yang amat istimewa untuk jaringan penulis blog dan aktivis sosial media yang ingin mencari dan menjana pendapatan dari blog. Kepada semua rakan blogger dan aktivis sosial media, cepat-cepat daftar di laman http://sbb.my
Jika mengikut pengalaman lalu, apabila kuota pendaftaran telah ditutup maka tiada apa yang dapat kami lakukan. Kerana pada tahun ini, himpunan 500 orang di Sepetang Bersama Blogger 2016 akan berlangsung dan ia sesuatu yang perlu direbut secepatnya.
Jom, ajak semua rakan-rakan untuk DAFTAR SBB2016
147 Comments
Pasti lebih hebat sebab ramai penajanya..
semoga makin hebat dan dapat membantu ramai lagi blogger.
saya belum kesempatan untuk join .
Curahan rasa zool @ ..Keputusan Penuh Kelayakan Piala Dunia 2018 – Malaysia tumpas tipis di tangan Arab Saudi
Bila tengok penaja nampak dah meriah kan. Hari SSB 2016 nanti lagi meriah. 500 blogger akan hadir SBB kali ni. Jom daftar.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Di Rumah Bagi Yang Nak Tambah Pendapatan
Saya pun rasanya macam tu… Macam tak boleh nak join jer kali ni… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Teringin jgk nak join sbb ni.. Selalu tgk gambar je. Jauh plak nak ke KL
Curahan rasa Nikkhazami @ ..Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia
Joinlah.. Bukan selalu pun… Dapat join sekali, pasti rasa nak join lagi selepas itu….
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Usha usha kat fb, ramai jgk yg pegi Sbb tahun ni.. Seronok betul
Curahan rasa Nikkhazami @ ..Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia
nik pergi ke, i macam tak dapat nak join je, sayangnya sebab ramai blogger attend especially from BBN
Curahan rasa raihanah @ ..Sembuh Gastrik dan Migrain Yang Ditanggung Selama 14 Tahun
Saya pun tak dapat nak pergi SBB pada kali ni… huhuhu… Harap ada peluang dapat join lain kali…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
mmg ditunggu-tunggu SBB ni..tapi bila tahu tarikhnya, aduhai….apa ni Kid??
Curahan rasa JMR @ ..3 Sebab Blogger Perlu Ke Sepetang Bersama Blogger 2016? #SBB2016
hehehee.. 16 april 2016 jangan lupa tarikh keramat. Yang tak datang, pasti hanya sendu tengok timeline FB nanti…
Curahan rasa KiD @ ..Nine Chefs IOI City Mall tampilkan Hidangan Satu Bumbung Malaysia
Mungkin sayalah diantara orang yang sendu bila tengok dkt timeline FB nanti… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Teringin nak pergi tapi belum ada peluang untuk pergi hoho..
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Senasiblah kita.. Nampaknya macam tak dapat nak join SBB pada kali ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
teringin nak join, tetapi faktor lokasi x mengizinkan saya untuk pergi
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Check Amazon Sebenar Dari Pemain Affiliate Amazon Malaysia
Jauh ke Bro?…. Faktor lokasi bukan halangan… Rasanya faktor masa yang menjadi halangan utama..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Macam nak join juga acara ini. Tapi kejap, semak jadual dulu kalau2 ada booked date pada tarikh berkenaan. Hihihi. Tp, sangat berharap dapat join walaupun orang tak kenal kita. Kahkahkah
Joint jangan tak joint bro mencabuli. Mesti meriah nanti program tu.
Curahan rasa Sani @ ..5 Contoh Kedai Shopify Yang Korang Boleh Tengok Dan Cari Idea!
Ya betul tu… Kalau masa mengizinkan memang kena join… Rugi kalau tak join SBB 2016..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
nak bank in.. tapi problem.. internal problem katanya.. harap2 sempat la daftar ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Air Terjun Jerangkang, Pahang
alhamdulillah berjaya jugak akhirnya mendaftarkan diri walaupun tak tau lagi jadual untuk bulan april.
janji daftar. tanda sokongan
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Air Terjun Jerangkang, Pahang
Ohh. Nampaknya datin tyka pun joint program sepetang bersama blogger nanti ya.
Curahan rasa Sani @ ..5 Contoh Kedai Shopify Yang Korang Boleh Tengok Dan Cari Idea!
Tahniah… Datin Tyka dapat join SBB kali ni… Sayang tak dapat join… Kalau tak boleh berkenalan..
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Tengok kepada barisan penaja yang menjadi penaja kali ni memang nampak gempak. Jika nak tambah ilmu boleh ramai-ramai kita join SSB 2016 kali ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
Bila penaja gempak… mungkin hadiah -hadiah untuk peserta juga gempak.. sama-samalah kita nantikannya..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
saya sudah menjangkakan event pada kali lebih gempak dan menarik..sesiapa yang belum lagi menyertainya jangan bertangguh lagi sebelum ia ditutup..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Best Blogger Network (#BBN)
Pasti meriah kali ni. Dengan adanya berbagai jenis tajaan yang hebat. Mesti SSB 2016 lebih gempak dari yang sebelum ni. Semoga banyak manfaat ilmu yang dapat dikongsikan pada tahun ini kepada semua blogger.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
ayuh blogger yang berdekatan dan masa lapang..jom meriah sepetang bersama blogger 2016..peluang untuk membuat networking bersama #BBN
Curahan rasa Hanafi @ ..Buku Masalah Tidur Dan Penyelesaiannya
Nak join…moga-moga dapat tambah ilmu. Salah satu majlis ilmu yang hebat. Selamat berjaya.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Itinenary to Gunung Irau, Cameron Highland
Bagi saya majlis ilmu yang hebat dan termurah.. semoga dapat memberi manfaat kepada semua blogger yang hadir..
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
x sabar nak join…kalau join ni kira firstime ni….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Cukuplah Setakat Ini…Aku Sudah Penat…
Seronok dapat pergi SSB ni. Kena cuba sekali. dah cuba mesti tahun depan jika ada lagi mesti nak join juga. Banyak dapat ilmu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tudung Cantik Untuk Si Comel
Welcome Faizal Fredley to SBB 2016… Selamat memeriahkan event ini… Pasti tak rugi join.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
teringin juga menghadirkan diri ke SBB 2016 ni, tapi komitmen kerja pula yang menghalangnya, dapat tengok update terkini dari jauh je la
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Cuti Dah Habis Bro 4
Nampak gayanya samalah kita… kita mengalami nasib yang sama… diharapkan ramai blogger sudi berkongsi info sepanjang menghadiri SBB2016 nanti…
Curahan rasa anuar @ ..Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Comments are closed.