Pemenang Maharaja Lawak 2011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia sudah tahu SEPAH pemenang Maharaja Lawak 2011 menewaskan JOZAN, NABIL dan JAMBU. Persembahan SEPAH yang konsisten dari minggu pertama dan paling penting pandai membina identiti dengan jenaka Melayu dan membawa isu keluarga menjadi SEPAH favorite Malaysia. Jika JOZAN, NABIL dan JAMBU tercari-cari idea dengan berbagai konsep persembahan SEPAH konsisten dengan keywords DAFI dan OMG dalam setiap persembahan seperti ada kesinambungan antara setiap persembahan.

Aku paling suka persembahan SEPAH untuk tugasan yang ke 2 ..

Kemenangan SEPAH membawa balik ratusan ribu ringgit hadiah tidak datang bergolek dan inilah kita sebagai blogger perlu belajar. Bagaimana untuk menjadi finalis yang bertahan dari berbelas peserta Maharaja Lawak sehingga keperingkat akhir dan menjadi terbaik daripada yang terbaik. Begitu juga BLOGGER bukan mudah mengendalikan BLOG daripada ribuan yang blog yang lahir setiap hari supaya tidak menjadi BLOG yang juga ribuan hilang setiap hari.

Seandainya BLOGGER ingin berjaya seperti SEPAH perlu kreatif, peka dengan keadaan sekeliling, konsisten, mempunyai daya tahan, jangan malas untuk menambah ilmu blogging, mencari inovasi baru melalui blogwalking blog profesional dari dalam dan luar negara dan berani berubah bila perlu. Bukan mudah SEPAH untuk menang begitu juga bukan mudah menjadi blogger yang berjaya seperti Benashaari, Redmummy, Ariffshah, Kujie, Amanz, Yanmie, Nisa Menaip dan ramai lagi. Jangan malu untuk berkawan dan belajar dengan mereka yang telah berjaya.

Tidak lupa tahniah juga untuk JOZAN, NABIL dan JAMBU. Perjalan masih jauh lagi. Saksikan video  Maharaja Lawak Final

40 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!