Persamaan Cikgu Syida, Bribtu Norman dan Blogger

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, persamaan Cikgu Syida dari Malaysia dan Bribtu Norman dari Indonesia adalah menjadi popular tanpa perlu pakaian seksi dan gosip liar seperti strategi yang digunakan oleh ramai artis. Kedua seleberiti online terkenal 1Dunia setelah video aksi mereka tersebar luas melalui Youtube. Itulah hebatnya penangan sebaran viral melalui Youtube.

Gambar Cikgu Shida di HMetro

Video Cikgu Syida yang mendendangkan aksi lagu “Bila Berpacaran” oleh Suhaimi Meor Hassan telah disaksikan lebih 1juta kali manakala Bribtu Norman sibuk turun naik stesyen TV untuk memenuhi jemputan bersiaran.

Mereka jadi “POPULAR” seperti ramai blogger newbie inginkan kerana berani dan kreatif. Dalam dunia yang penuh dengan persaingan untuk menjadi Popular kita mesti jadi lain daripada yang lain. Cikgu Syida dan Bribtu Norman telah buktikan kejayaan mereka. Tetapi untuk kita berjaya tak boleh kita ikut cara mereka kerana itu namanya meniru tetapi mesti fikirkan cara kreatif yang lain pulak.

Berblog pun begitu untuk jadi blogger yang sukses kita mesti berani dan kreatif serta mesti lain daripada yang lain. Lihat sahaja Blogger Ben Ashaari yang sentiasa menampilkan idea yang berbeza dari blogger2 lain. Kita tidak perlu tiru apa yang mereka buat tapi ikut cara dan teknik yang mereka buat.

Teknik promosi menggunakan Youtube juga sangat berkesan yang banyak digunakan oleh Top International Blogger tapi blog denaihati belum cuba lagi. Joom kita explore kaedah ini pasti akan menambabkan ceria blog kita.

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

150 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!