Mobile Blog sudahkah anda

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dunia informasi sudah berubah dan tidak ketinggalan Malaysia, baca sahaja blog Amanz.my hampir setiap minggu ada sahaja smart phone baru ada dilancarkan oleh CELCOM, DIGI atau MAXIS dan tak kurang ramai juga blogger yang dapat smart phone percuma melalui program review. Bukankah ini bermakna dunia sudah berada dihujung jari setiap pemegang smart phone.

Memang ada sebahagian teman blogger masih belum mempunyai smart phone kerana harganya agak mahal tetapi kalau dilihat harga smart phone ni pun dah semakin rendah. Mengambil contoh laptop 5 tahu dulu hanya orang yang berduit je mampu tetapi sekarang laptop dah boleh dapat pada harga yang sangat rendah. Sudah pasti smart phone juga akan melalui transformasi yang sama dalam masa terdekat.

Sebagai BLOGGER sudahkah kita bersiap sedia untuk merebut trafik dari segmen smart phone ni. Mungkin kita tak ada smart phone tetapi sudah ramai pelawat blog kita yang mengharapkan blog kita mempunyai versi mobile blog. Jadi apa lagi jom kita bergerak next level sediakan kemudahan untuk rakan-rakan smart phone ni.

Berdasarkan komen di entri “Denaihati Mobile Blog” terdapat beberapa plugin yang boleh digunakan oleh blogger wordpress antaranya WPtouch, WP Mobile Press dan WP Wapple Architect.  Selain aku, ariffshah.com, amanz.my dan izwannizamruslim.com menggunakan plugin WP Touch. Anarm.net, My.mustaffa.org dan syahrilhafiz.com menggunakan plugin Wordpress Mobile Press. Kujie2.com dan Affanruslan.com menggunakan Plugin WP Wapple Architect. Anda guna apa?

Denaihati Mobile Blog

Untuk blogger blogspot mudah je nak guna mobile blog hanya perlu login akaun blogspot > dashboard > Setting > Email & Mobile > Klik “Yes. On mobile devices, show the mobile version of my template”. Maka anda sudah mempunyai Mobile blog untuk blogger blogspot. Mudahkan cuma kekadang kita tak ambil kisah dengan perkembangan pesekitaran kan rugi tu kita abaikan segmen trafik dari rakan smart phone ni.


Spread the love

48 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!