Pelajaran percuma baguskah untuk generasi masa depan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau kita baca biografi pemimpin terkenal atau usahawan berjaya pasti mereka akan berkongsi bagaimana bersusah payah ibubapa mereka membanting tulang mencari rezeki penyekolahkan mereka. Aku sendiri melalui pengalaman yang sama dimana kedua ibubapa bersusah payah berusaha siang dan malam mencari rezeki menyara dan menyekolahkan lima orang anak-anak.

Pengorbanan ibubapa memang tidak dapat dibandingkan sehingga kekadang malu pada diri sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak-anak sekarang selalu sahaja lari daripada fokus kehidupan. Kalau dulu ibubapa fokus pada anak-anak sehingga terlupa diri sendiri, terlupa beli baju sendiri, terlupa keperluan sendiri. Sekarang ibubapa fokus kepada kereta, gadget, berapa helai baju, berapa banyak handbeg sehingga ada yang terlupa nak bayar yuran sekolah. Ibubapa tak sanggup berkorban mengeluar duit untuk pendidikan anak-anak yang terbaik berbanding keperluan diri sendiri.

Pengorbanan ibubapa dulu menyebabkan ilmu yang kita dapat berkat berjaya dalam kerjaya dan bisnis. Bagaimana pulak anak-anak kita di masa depan sedangkan sekarang pun kita sering mengeloh kerana prestasi pelajaran anak-anak kita tidak seberapa. Kita sering menyalahkan anak tanpa melihat diri kita yang lebih pentingkan diri sendiri berbanding keperluan anak.

Bagaimana pulak kalau sistem pelajaran kita seratus peratus percuma apalah agaknya pengorbanan ibubapa pada anaknya. Apa pulak anak nak katakan apabila mereka dewasa kelak. Bolehkah anak katakan aku berjaya dalam pelajaran kerana pengorbanan ibubapa. Secara peribadi aku kurang setuju dengan pendidikan percuma kerana boleh menyebabkan ibubapa lepas tangan. Ibubapa mesti membayar kos pendidikan anak mengikut kemampuan dan hanya pelajar yang cemerlang dan keluarga termiskin boleh menerima pelajaran percuma dari Kerajaan.

Untuk mendapat ilmu yang berkat perlu ada pengorbanan barulah melekat dalam hati. Semua tokoh dunia yang terkenal mendapat ilmu dengan berbagai cara yang susah. Kalau kita membina generasi yang mendapt ilmu cara mudah dan percuma makanya kita menyediakan satu generasi yang tidak kuat mindanya yang pasti memberi kesan buruk kepada generasi dan negara untuk masa hadapan.

Sekolah di Kemboja
Kelas di bawah masjid
Madrasah di Kemboja
Kelas di bawah rumah penduduk

Madrasah di Kemboja banyak yang daif tetapi dapat melahirkan anak-anak yang pintar. Di Malaysia ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga gagal kerana tidak bersyukur dengan kos pendidikan yang murah. Bagaimana pulak kalau pelajaran percuma adakah mereka boleh berubah tabiat daripada malas belajar menjadi rajin?


Spread the love

222 Comments

  1. bagi saya pula tidak perlulah free ker apa, cukuplah kalau murah dan mampu untuk menyekolahkan anak, sekolah rendah dan menengah dah free dah, cuma peringkat tinggi tu kira oklah kalau ada bayaran skit sebagai tanda kita pon berusaha untuk dapat tempat disana
    Curahan rasa Juan @ ..1Malaysia Pad TabletMy Profile

  2. saya sokong kenyataan ini.. yuran yg msh perlu berbyar ini pun msh ada yg malas untuk belajar inikan pula jika mendapat secara percuma. Bagi saya tiada motivasi di sini.. secara amnya apa yg mudah kita perolehi mmg sukar utk kita hargai dan jika sesuatu itu kita dptkan dgn segala jerih perih dan susah pyh barulah kita akan hargai dgn apa yg kita ada. Sya juga tidak setuju jika pelajaran diberi percuma mungkin ada segelintir yg akan memanfaatkan peluang yg ada dan akan ada juga yg lupa diri lebih2 lagi zaman skrg yg serba moden dan mencabar ni… terlalu byk pengaruh yg boleh mempengaruhi tindakan seseorg. Pada daya jika pelajaran diberi percuma daya saing antara pelajar juga akan jadi berkurangan…
    Curahan rasa Queen @ ..Ragam Si Anak Melepas MarahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!