PBS gagal jangan tuding jari

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa tahun dahulu sibuk ibu bapa, ahli politik, NGO dan masyarakat kata anak-anak kita di sekolah dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan daripada darjah satu hinggalah tingkatan enam. Mereka mesti melalui empat peperiksaan besar iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM itu belum masuk lagi peperiksaan bulanan, peperiksaan setengah tahun dan peperiksaan akhir tahun. Sibuklah ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang. Kalau keputusan tak cemerlang masyarakat akan kata anak-anak ini bodoh sehingga ada yang tertekan membunuh diri

Bertindak daripada masalah “exam oriented” maka kerajaan telah mengumpulkan pakar dalam dan luar negara untuk menilai semula sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya maka lahirlah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengurangkan peperiksaan dengan digantikan dengan sistem yang lebih terbuka. Sistem seperti ini telah diamalkan dikebanyakan negara maju dimana peperiksaan bukanlah cara utama untuk digunakan untuk menilai tahap kepandaian seseorang pelajar.

SPM 2013

Entah mana silapnya sistem PBS dikatakan menjadi beban kepada guru-guru kerana sistem yang sangat berbeza dari sistem terdahulu dan sokongan ke atas sistem sangat lemah. Aku sependapat  dengan Kak Jie sistem PBS adalah baik tetapi cara pelaksaannya banyak kelemahan. Bukan mudah untuk guru-guru dan pegawai pendidikan untuk berhijrah minda mengubah sistem yang sudah sebati dalam diri berpuluh tahun kepada sistem PBS yang baru. Memang sedap cakap kenapa anak-anak dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan tetapi untuk mengubah sistem mengikut sistem pendidikan negara maju perlukan pengorbanan guru, pegawai pendidikan, ibu bapa dan murid. Pengorbanan itu bermakna perlu melalui kesusahan sebelum senang dan berapa ramai yang sanggup bersusah-susah untuk kesenangan generasi akan datang.

[box type=”shadow”]Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. – Berita Harian [/box]

Kerajaan telah membuah keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan sistem PBS untuk melakukan bedah siasat dimana silapnya sehingga perubahan ini tidak mendapat sambutan mesra daripada guru-guru. Bagi aku sistem PBS boleh diibaratkan seperti perlumbaan Formula One yang memerlukan kerja berpasukan antara ceo, jurutera, teknikal, designer dan lain-lain pasukan untuk membina kereta lumba yang terbaik untuk pemandu terbaik memenangi perlumbaan. Guru-guru tidak boleh disalahkan seratus peratus apabila sistem PBS gagal kerana guru hanya pemandu yang memandu sistem yang telah dicipta oleh pasukan pencipta. Kegagalan mesti ditangguh oleh semua termasuk guru yang tidak dapat mengubah minda untuk menjadi pemandu yang baik.

sistem PBS gagal salah siapa

Tolonglah jangan menuding jari kesalahan hanya kepada Kerajaan sahaja kerana sistem PBS terhasil dari desakan semua yang tidak mahu lagi membebankan anak-anak dengan peperiksaan. Ini salah kita semua Kerajaan, Pembangkang, NGO, ibu bapa, Kementerian Pendidikan dan Guru-guru. Jangan pulak bila dah gagal maka kita terlupa desakan kita dahulu supaya Kerajaan mengubah sistem pendidikan.

Bagi aku kesilapan yang paling ketara dalam sistem pendidikan negara kita adalah apabila Kerajaan dan Pembangkang tidak dapat duduk semeja mengubal sistem pendidikan yang sepakat untuk generasi akan datang. Apa yang berlaku sekarang sistem pendidikan sentiasa dipolitikan untuk meraih undi dan anak-anak menjadi mangsa. Sudah tiba masanya kegagalan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijadikan iktibar. Semua pihak daripada Kerajaan, Pembangkang, NGO dan ibu bapa mesti duduk satu meja mengubal sistem pendidikan negara yang disetujui oleh semua untuk membina generasi yang lebih berjaya di masa hadapan. Selagi trend hanya Kerajaan sahaja menentukan sistem pendidikan negara, siapa pun yang memerintah tidak akan dapat mencipta sistem yang terbaik untuk negara. Ketepikan semua perbezaan pendapat yang sering menghantui Malaysia dalam bidang tertentu seperti agama dan pendidikan demi membina negara yang lebih berjaya bukan parti atau individu tertentu yang berjaya.


Spread the love

82 Comments

  1. Islamic education is equally important with world education. Because with the education of School you will become good businessmen but with the education of Islamic religion you will become a good person as well. I like the whole topic I translated it in English and studied it. Thanks for sharing it with your readers.
    Curahan rasa Rashid @ ..5 tips to Enrich your Content Marketing SkillsMy Profile

  2. Bial sistem baru diperkenalkan, postmoterm kena buat every 3 months mungkin. Bukan tunggu 3 yaers. kalu buat post mortem awal, banayk isu boleh diselesaikan lebih awal…In infrastructure kena ada dan cikgu-cikgu mesti benar-benar faham nak mengggunakkan. Bila kita baca ramai betul cikgu yang puas hati. meaning ada yang tak kena..eloklah di buat post-mortem walaupun dah agak lewat..kalau sistem bagus pun tapi mentaliti sama pun tak boleh berjaya..so kena balance dua-dua..
    Curahan rasa Raudzah @ ..Jom Bercuti Ke Okinawa JepunMy Profile

  3. baru kejap tadi baca satu blog luahan seorang cikgu pasal sistem PBS ni.panjang lebar entrinya. pasal band-band yang ditetapkan masih ada yang tak memahami..macam mana nak faham..bila sekolah buat perjumpaan dengan ibu bapa..yang datang nak ambil tahu tak sampai pun 20%…mulalah nak salahkan guru.
    Curahan rasa ema @ ..JodohMy Profile

  4. Secara teori PBS nie memang bagus..cuma apabila ia mahu dipraktik ia memerlukan masa yang agak lama untuk disesuaikan di samping mengambil kira tugas guru yang sedia ada..memang perlu kajian lebih mendalam sepatutnya sebelum dilaksanakan sepenuhnya.
    Curahan rasa shahfir @ ..WANITA LAMAR TEMAN LELAKIMy Profile

  5. antara yang selalu keluar dalam mulut ayah saya selaku cikgu adalah sistem yang terlalu slow sehingga menunggu jam ke 2 pagi. Harap dapat dipertingkat dengan lebih baik.

    Biasalah kali pertama dilaksanakan banyaklah masalah. Tapi diharap tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kalau tidak dipertingkatkan sistem PBS, ramai yang akan memperlekehkan sistem ini.
    Curahan rasa Bahrain @ ..Kembara Kemboja Bersama Cambodia Muslim Holiday TravelMy Profile

  6. Well said Tuan.

    Saya sependapat dgn tuan. Sistem PBS insyaAllah mampu melahirkan pelajar yg lebih tidak tertekan dgn peperiksaan, tapi semacam yg Dato Seri Idris cakaplah, masalah sistem ni pada pelaksanaannya yang kurang berkesan dan menyebabkan banyak rungutun. Banyak input yang kementerian boleh capai terus daripada guru yang terlibat. Sebab guru merupakan manusia yg paling faham tentang bidang ini.

    Tuding kesalahan pd kerajaan. Ini lumrah. Siapapun jadi kerajaan, kerajaan ttp menjadi tempat luahan marahnya rakyat. Kerajaan dituduh tidak ambil kira pendapat rakyat. Mungkin kita lupa, kita sudah terlampau berharap kepada kerajaan dan tanpa sedar juga, kita tidak langsung menyumbang kepada pembangunan sistem pendidikan negara. Kita hanya bijak bermain kata-kata meraih perhatian rakyat.

    Analogi tuan ttg F1 itu bagus juga. Semuanya perlu duduk semeja, duduk berbincang dan cari kata sepakat demi kemajuan sistem pendidikan negara kita. Anak-anak kita, bukan masanya sampai bila-bila kita perlu ‘perjudikan’ nasib mereka atas kepentingan politik masing-masing.

    Sekadar pandangan saya =)
    Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penerangan S41My Profile

  7. Idea tu nampak bagus, tapi implementation failed..Setuju dengan kak jie, PBS ini tidak sesuai dilaksanakan oleh semua sekolah… Student jadi makin malas untuk belajar dan guru2 terlalu dibebankan dengan kerja2 ‘kerani’ dari fokus untuk kerja sebenar iaitu mengajar pelajar…

    PBS gagal, PPSMI gagal..Personally,sebelum sesuatu itu dijalankan, kajian secara menyeluruh dan feedback dari semua pihak perlu diambil kira….

    Bak kata pepatah, “Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari”. …

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!