Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa tahun dahulu sibuk ibu bapa, ahli politik, NGO dan masyarakat kata anak-anak kita di sekolah dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan daripada darjah satu hinggalah tingkatan enam. Mereka mesti melalui empat peperiksaan besar iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM itu belum masuk lagi peperiksaan bulanan, peperiksaan setengah tahun dan peperiksaan akhir tahun. Sibuklah ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang. Kalau keputusan tak cemerlang masyarakat akan kata anak-anak ini bodoh sehingga ada yang tertekan membunuh diri
Bertindak daripada masalah “exam oriented” maka kerajaan telah mengumpulkan pakar dalam dan luar negara untuk menilai semula sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya maka lahirlah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengurangkan peperiksaan dengan digantikan dengan sistem yang lebih terbuka. Sistem seperti ini telah diamalkan dikebanyakan negara maju dimana peperiksaan bukanlah cara utama untuk digunakan untuk menilai tahap kepandaian seseorang pelajar.
Entah mana silapnya sistem PBS dikatakan menjadi beban kepada guru-guru kerana sistem yang sangat berbeza dari sistem terdahulu dan sokongan ke atas sistem sangat lemah. Aku sependapat dengan Kak Jie sistem PBS adalah baik tetapi cara pelaksaannya banyak kelemahan. Bukan mudah untuk guru-guru dan pegawai pendidikan untuk berhijrah minda mengubah sistem yang sudah sebati dalam diri berpuluh tahun kepada sistem PBS yang baru. Memang sedap cakap kenapa anak-anak dibebani dengan peperiksaan demi peperiksaan tetapi untuk mengubah sistem mengikut sistem pendidikan negara maju perlukan pengorbanan guru, pegawai pendidikan, ibu bapa dan murid. Pengorbanan itu bermakna perlu melalui kesusahan sebelum senang dan berapa ramai yang sanggup bersusah-susah untuk kesenangan generasi akan datang.
[box type=”shadow”]Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. – Berita Harian [/box]
Kerajaan telah membuah keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan sistem PBS untuk melakukan bedah siasat dimana silapnya sehingga perubahan ini tidak mendapat sambutan mesra daripada guru-guru. Bagi aku sistem PBS boleh diibaratkan seperti perlumbaan Formula One yang memerlukan kerja berpasukan antara ceo, jurutera, teknikal, designer dan lain-lain pasukan untuk membina kereta lumba yang terbaik untuk pemandu terbaik memenangi perlumbaan. Guru-guru tidak boleh disalahkan seratus peratus apabila sistem PBS gagal kerana guru hanya pemandu yang memandu sistem yang telah dicipta oleh pasukan pencipta. Kegagalan mesti ditangguh oleh semua termasuk guru yang tidak dapat mengubah minda untuk menjadi pemandu yang baik.
Tolonglah jangan menuding jari kesalahan hanya kepada Kerajaan sahaja kerana sistem PBS terhasil dari desakan semua yang tidak mahu lagi membebankan anak-anak dengan peperiksaan. Ini salah kita semua Kerajaan, Pembangkang, NGO, ibu bapa, Kementerian Pendidikan dan Guru-guru. Jangan pulak bila dah gagal maka kita terlupa desakan kita dahulu supaya Kerajaan mengubah sistem pendidikan.
Bagi aku kesilapan yang paling ketara dalam sistem pendidikan negara kita adalah apabila Kerajaan dan Pembangkang tidak dapat duduk semeja mengubal sistem pendidikan yang sepakat untuk generasi akan datang. Apa yang berlaku sekarang sistem pendidikan sentiasa dipolitikan untuk meraih undi dan anak-anak menjadi mangsa. Sudah tiba masanya kegagalan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijadikan iktibar. Semua pihak daripada Kerajaan, Pembangkang, NGO dan ibu bapa mesti duduk satu meja mengubal sistem pendidikan negara yang disetujui oleh semua untuk membina generasi yang lebih berjaya di masa hadapan. Selagi trend hanya Kerajaan sahaja menentukan sistem pendidikan negara, siapa pun yang memerintah tidak akan dapat mencipta sistem yang terbaik untuk negara. Ketepikan semua perbezaan pendapat yang sering menghantui Malaysia dalam bidang tertentu seperti agama dan pendidikan demi membina negara yang lebih berjaya bukan parti atau individu tertentu yang berjaya.
82 Comments
dalam proses pembaikkan, apa kata kita bg peluang kat kementerian perbetulkan mana yg patut. Terdetik kat hati aku pbs nih mengurangkan kerja mereka di kementerian tapi memperbanyakkan kerja di peringkat sekolah terutamanya cikgu.
Curahan rasa encikarman @ ..Belajar buat duit dengan google adsense
ya kalau mau maju suatu bangsa perbaiki pendidikan dan sejahterakan guru
Curahan rasa bestagaric @ ..Mengobati Hydrosephalus
Salam, saya amat bersetuju dengan pendapat tuan AMir terhadap isu ini. Kita perlu berfikiran positif. Jangan hanya pandai menuding jari terhadap mana-mana pihak. Kita perlu berganding bahu bersama-sama.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Sistem PBS – Diteruskan Atau Dimansuhkan.
perlu gembirakan para guru dulu , barulah anak-anak pun gembira…=)
Curahan rasa papa mifz @ ..Makan Malam di Seri Ilham Tomyam
saya sebenafnya kurang faham akan isu ni sebab kurang membaca, cumanya dari dengar dengar seperti sistem ni membebankan guru. Pada saya pihak atasan kena cari cara untuk teruskan PBS ini tetapi dalam masa yang sama menangani bebanan keterlaluan kepada guru agar program ini dapat dijayakan
Curahan rasa Juan @ ..Contoh Resume Pekerjaan Yang Baik 2014
Mungkin ada betul dan baiknya juga..sistem pelaksanaan perlu dikemas perteguhkan lagi..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Tengok Anak Kedua Dalam Gambar Je
PBS bagus..tapi disebabkan percanggahan ideologi politik, benda ini nampak macam terlalu rumit.
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Philips Avent Mummy’s Wishing Wall Contest
Salam…. PBS adalah baikmemang betul dah, cuma perlaksanaannya saja tidak cukup. Perlu kerjasama berpasukan. Sesuatu kerja tanpa berganding bahu tidak akan berjaya . Tidak perlu dimangsuhkan segera, cuma perlu dititik- beratkan adalah internet di negara kita, perlu ditingkatkan kelajuannya agar kerja2 yg dilakukan akan menjadi lancar.
Zaman skrg ini internet memainkan peranan yg paling penting. Pengkalan data yg dihantar agar tidak tergendala. Kalau lie internet slow bagaimana ia akan menjadi lancar.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Contest Hebat Bersama Yeo’s Pilihanku Dan Keluarga
PBS ni sistemnya di atas kertas memang cantik. Tapi pelaksanaannya tu pulak, ikutkan perlukan kajian yang lebih menyeluruh. Sekolah-sekolah kat Malaysia ni bercampur aduk sistemnya dengan pendidikan vernakular dan agama. Itu belum campur sekolah-sekolah pedalaman yang pegawai-pegawai PPD sendiri pun jarang nak jenguk.
Jadinya, pelaksanaan PBS ni secara tergesa-gesa ni membuatkan masalah dari segi logistik (internet, kerja merekodkan data, dsb) telah ‘snowball’ kepada masalah-masalah lainnya.
Pada pendapat saya, PBS ni macam makanan yang resipinya memang sedap, tapi tukang masaknya cincai.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Serangan Media Arus Perdana terhadap Penulisan Indie
Setuju dengan saudara denaihati..boleh ingin ikut sistem seperti negara maju ttp biarlah teknologi pn sm pantas dan boleh menyokong sistem tersebut..termasuklah dengan staff sokongan..jika semua guru ingin buat termasuk dengan kerja admin mmg tdk mampu..
Curahan rasa Mohd yazed @ ..IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (AKADEMIK) UiTM
Setuju. Depa takleh berbincang dan dengar pendapat cendekiawan dlm bidang ini. Baru nak masuk sikit pasal pendidikan, politik mengambil tempat.. Punah ranah semua..
isu utama wujud ialah masalah server yg dikatakan xdpt menampung penggunaan guru
sampai ada guru kena bangun tgh malam semata2 utk key in PBS. jika semua kemudahan baik utk sokongan PBS ini, rasanya xda masalah utk laksana PBS ini 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Mencuba teknik fotografi Levitation
xtahu nak cakap apa lagi. belum cukup umur untuk berbahas soal pbs. nasib baik lah saya xsempat ambil pbs nih
Curahan rasa shasha yacob @ ..Perang Dingin Jep dan Shahrol, Ajak Tak Nafikan Atau Iyakan
Isu hangat PBS ni. Tp sy mcm takde jiwa utk up enti tentang PBS bila kenangkan anak2 kita jadi mgsa dlm pendidikan dek perbezaan pendapat parti2 politik yg tak pernah nk sepakat utk majukan bangsa. Sedih dgn sistem yg ada terlalu dan terrrrrr amat2 dipolitikkan. Bila nk maju dan matang ntah… Asik semua dok pakat tuding jari salahkan sana sini.. Semedang dok bertelagah sesama sendiri. Yg jadi mangsa? Yg jadi bahan uji kaji? Anak2 kita… Parti2 politik fikir ke semua tu? Tau nk bergaduh je.
Skrg ni, guru bukan semata2 mengajar… guru kena buat semua perlu jadi insan serba boleh. Semua guru kena buat.. Mmg tak wajar saahkan guru semata… cuba lah jd guru utk 3hari shj. Pasti tahu bgmn rasa.
Setuju sgt2 dgn pendapat tuan.
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Tujuh Sunnah Hebat Nabi S.A.W
terima kasih perkongsiannya dari seorang guru yang berada dalam situasi sebenar dan pengalaman sebenar,
Curahan rasa Denaihati @ ..10 individu terkaya di Malaysia 2014
Kesian tengok anak bangsa jadi experiment semata-mata nak naikkan kementerian. Hurm. Sabarlah anak bangsa.
Curahan rasa Trend Malaya @ .."Saya Tidak Bersalah, Tidak Akan Melutut" – Sharnaaz Ahmad
Comments are closed.