Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini di Muzium Negeri Kedah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Datangnya Islam kepada kita mengingatkan kita betapa gigihnya Nabi Muhammad SAW selaku nabi akhir zaman yang mahu memastikan syiar Islam tersebar ke seluruh dunia. Pengorbanan yang baginda lalui jauh lebih hebat dengan kehidupan kita yang penuh dengan pelbagai perkara yang menggugat iman.

Rukun Iman yang keempat adalah Percaya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Beruntunglah kepada sesiapa yang sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada setiap hari kerana cukup banyak kebaikan dan rahmat apabila berselawat. Walaupun kita tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah, namun ingatan dan berimannya kita kepada baginda adalah pada setiap hari.

Justeru, Kerajaan Negeri Kedah melalui Lembaga Muzium Negeri Kedah akan menganjurkan buat julung kalinya Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman, Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA yang akan dipamerkan di Muzium Negeri Kedah. Sebanyak 27 artifak peninggalan Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat RA yang boleh kita melihat, mempelajari dan menghayatinya bahawa kesemua itu pernah dipegang dan digunakan oleh baginda.

Belian tiket Pameran Artifak di www.tamadunislam.com

Sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah cukup memberangsangkan dan pameran ini juga adalah usahasama di antara Lembaga Muzium Negeri Kedah, Dragon Heart Sdn Bhd dan Galeri Warisan M.A.R.

Pameran yang cukup bermakna ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 27hb Mac 2017 di Perkarangan Muzium Negeri Kedah. Promosi juga bersiaran di AM Live Astro, Malaysia Hari Ini TV3, dan juga KedahFM.

Antara artifak peninggalan Rasulullah SAW yang akan dipamerkan adalah seperti rambut baginda, penutup makam, capal, cop mohor, tapak kaki, serban dan pelbagai lagi termasuklah pedang para sahabat baginda. Selain itu, terdapat juga Kiswah Pintu Kaabah, Kunci Kaabah, Al Quran emas, jam matahari dan batu yang tertera ayat Al Quran.

Artifak-artifak ini dibawa khas daripada pemegang koleksi peribadi yang datang dari luar negara seperti Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

Busur Panah yang digunakan untuk pelepasan perang
Salah satu Tongkat yang digunakan oleh Rasulullah SAW

Untuk ke pameran tersebut perlulah membuat belian tiket secara atas talian di www.tamadunislam.com bagi memudahkan urusan dan hanya tebus di kaunter tebusan pada sepanjang pameran berlangsung. Bayaran masuk ke pameran ini adalah seperti berikut:

Dewasa (16 tahun ke atas) : RM20.00
Kanak-kanak (6 tahun – 15 tahun) : RM10.00
Pelajar sekolah (beruniform)
Pelajar IPTA (beserta kad pelajar)
Warga emas (60 tahun ke atas)
OKU
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) : Percuma

Pameran Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA

Jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di Muzium Negeri Kedah. Belian tiket secara atas talian di www.tamadunislam.com dan terus ke pameran artifak.


Spread the love

63 Comments

  1. Jauh pula di kedah.. kite tgk gmbr2 di ig/fb abang denai je tgk.. terima ksih kongsikn gambar2 kenangan Rasulullah SAW yg masih ummatnya boleh lihat sekarang.. amat berharga…

  2. Alhamdulillah..

    akhirnya ada event yg bermanfaat di kedah kali ni.. blh la bawa anak2 jalan kesana nanti..

  3. hampa cubalah untuk datang melawat dengan lebih awal lagi….. saya dah pi hari rabu[hari pertama pameran].banyak artifak-artifak rasullah dan para sahabat baginda. ok ,sekian,daripada saya,Noriza Bt Othman.[Pelawat pertama].

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!