Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A yang sebelum ini telah diadakan di Dewan MITC, Melaka, kali ini dibawa pula oleh penganjur ke Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, PWTC yang akan berlangsung selama 2 minggu.
Sebanyak 40 artifak dipamerkan termasuk rambut Rasulullah SAW, penutup makam Rasulullah SAW, darah bekam Rasulullah SAW, capal Rasulullah SAW, tapak kaki Rasulullah SAW, serban Rasulullah SAW, tongkat dan pedang-pedang sahabat Khalid ibn Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.
Dan juga artifak-artifak lain seperti kiswah dalam kaabah, kunci kaabah, Al Quran Emas Kerajaam Uthmani, Jam Matahari dan beberapa lagi yang dipamerkan.
Butiran Pameran Artifak Rasulullah SAW seperti berikut;
- Tarikh: 22 Julai – Ogos 2019
- Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
- Lokasi: Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, PWTC
Pameran ini merupakan anjuran Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Manhajj Brothers dengan kerjasama Dragon Heart SDN BHD, Jopana.my, Denaihati Network, adp studios, Jabatan Agama Islam Wilayah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Putra World Trade Centre Malaysia.
Harga Tiket Pameran Artifak Rasulullah SAW
Untuk harga tiket pula sangatlah berpatutan, jadi rugilah jikalau kalian yang duduk berdekatan Kuala Lumpur khususnya dan amnya kepada semua rakyat Malaysia tidak ambil peluang untuk melihat sendiri pameran Artifak Rasulullah SAW.
Harga tiketnya seperti berikut;
- Dewasa: RM 20.00
- IPTA/IPTS: RM 10.00
- Kanak-kanak: RM 5.00
Jangan lupa untuk bawa keluarga dan rakan-rakan ke pameran artifak Rasulullah di Dewan Tun Razak 4, PWTC untuk mengenali dengan lebih dekat peninggalan dan sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA. Rebutlah peluang yang hebat ini.
Dapatkan juga informasi pameran terkini di laman facebooknya:
Pameran Artifak Rasulullah SAW
- Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini di Muzium Negeri Kedah
- Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA
- Pameran Artifak asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat Negeri Selangor
- Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Penghayatan Al-Quran di Dewan MITC, Melaka
- Gambar Pokok Rasulullah SAW Berteduh
3 Comments
Salam tetamu diluar pintu,
Bila dibuka berdiri di tepi,
Sirah baginda pengubat rindu,
Mengharap syafaat diakhirat nanti.
Curahan rasa Wan @ ..Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan permohonan PTPTN?
Rugi kalau tak bawak anak2 pg pameran ni..,acam-macam Artifak Rasulullah SAW boleh dilihat di sini dengan lebih dekat..insyaallah akan sampai
Curahan rasa Kambing Aqiqah Murah @ ..Hukum Mewakilkan Pihak Lain Melaksanakan Aqiqah
Sangat menarik. Sesuai untuk bawa anak-anak supaya mereka juga lebih dekat dengan sirah Rasylullah dan para sahabat.
Curahan rasa mommyluv @ ..5 Cara Berkesan Elak Anak Ketagihan Gajet
Comments are closed.