Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat di PWTC

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A yang sebelum ini telah diadakan di Dewan MITC, Melaka, kali ini dibawa pula oleh penganjur ke Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, PWTC yang akan berlangsung selama 2 minggu

Sebanyak 40 artifak dipamerkan termasuk rambut Rasulullah SAW, penutup makam Rasulullah SAW, darah bekam Rasulullah SAW, capal Rasulullah SAW, tapak kaki Rasulullah SAW, serban Rasulullah SAW, tongkat dan pedang-pedang sahabat Khalid ibn Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.

Dan juga artifak-artifak lain seperti kiswah dalam kaabah, kunci kaabah, Al Quran Emas Kerajaam Uthmani, Jam Matahari dan beberapa lagi yang dipamerkan.

Butiran Pameran Artifak Rasulullah SAW seperti berikut;

  • Tarikh: 22 Julai – Ogos 2019
  • Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
  • Lokasi: Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, PWTC

Pameran ini merupakan anjuran Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Manhajj Brothers dengan kerjasama Dragon Heart SDN BHD, Jopana.my, Denaihati Network, adp studios, Jabatan Agama Islam Wilayah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Putra World Trade Centre Malaysia.

Harga Tiket Pameran Artifak Rasulullah SAW

Untuk harga tiket pula sangatlah berpatutan, jadi rugilah jikalau kalian yang duduk berdekatan Kuala Lumpur khususnya dan amnya kepada semua rakyat Malaysia tidak ambil peluang untuk melihat sendiri pameran Artifak Rasulullah SAW.

Harga tiketnya seperti berikut;

  • Dewasa: RM 20.00
  • IPTA/IPTS: RM 10.00
  • Kanak-kanak: RM 5.00

Jangan lupa untuk bawa keluarga dan rakan-rakan ke pameran artifak Rasulullah di Dewan Tun Razak 4, PWTC untuk mengenali dengan lebih dekat peninggalan dan sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA. Rebutlah peluang yang hebat ini.

Dapatkan juga informasi pameran terkini di laman facebooknya:

Pameran Artifak Rasulullah SAW


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!