Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada zaman milennium ini, penggunaan internet memang tidak terpisah dengan kehidupan seharian. Ada yang seperti tidak dapat berpisah dengan jalur lebar internet. Tidak kira di mana kita berada, perkhidmatan internet memang menjadi salah satu keperluan pada masa sekarang. Apa pelan telefon dan internet yang terbaik untuk anda? Bagi aku, pelan INTERNET sememangnya menjadi pilihan dalam pemilihan pakej syarikat Telekomunikasi. Kini P1 Internet mengorak langkah lagi dengan kerjasama yang dimeterai baru-baru ini.
Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan sukacita mengumumkan selesainya Perjanjian Pelaburan kerjasama dengan Green Packet Berhad (Green Packet) dan SK Telecom Co, Ltd (SK Telecom) untuk ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan masa depan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), penyedia tanpa wayar WiMAX terkemuka di Malaysia. Ini bermaksud, P1 adalah sebahagian daripada TM dan kini mereka menawarkan pajej yang cukup menarik.
Apa itu P1 ForHome?
Pakej internet P1 ForHome menawarkan pelbagai kelajuan dan kuota untuk memenuhi keperluan internet sesiapa sahaja. Untuk pengguna data yang tinggi, P1 Internet menawarkan pakej kuota tanpa had dari serendah RM119 (RM59 untuk 3 bulan pertama). Bagi pengguna yang mementingkan harga, pakej jalur lebar ForHome ™ bermula dari serendah RM49. Semua pakej P1 ForHome diperbuat “plug ‘n’ play”dan pemasangannya cukup mudah.
Dengan unit P1 ForHome, anda mempunyai fleksibiliti untuk membawa modem ke mana-mana sahaja di dalam rumah anda. Dengan cara ini, pengguna seperti anda boleh menggunakan perkhidmatan WiFi di lokasi yang terbaik untuk kemudahan anda dan tidak terbatas. Contohnya jika anda mempunyai rumah dua atau tiga tingkat, sudah semestinya modem ini boleh diubah dari satu tingkat ke satu tingkat.
Rata-rata ramai setuju dengan pakej harga sederhana dan terma syarat yang fleksibel dalam perkhidmatan bagi pemilihan pakej oleh pihak pengguna.
ForHome mempunya 2 jenis kuota tawaran iaitu pakej kuota dan pakej kuota Unlimited. Untuk pakej kuota, pengguna kini boleh memilih pakej dari serendah RM49 sehingga RM99 sebulan. Untuk masa yang terhad sahaja, pakej ForHome 79 dan ForHome 99 adalah kini 50% lebih murah untuk 3 bulan pertama atas yuran langganan anda. Jadual di bawah meringkaskan penawaran pakej ForHome dengan kuota:
DX 230 Desktop Modem digunakan bagi pakej ForHome 99 dan ForHome 149 Unlimited Kuota. Ia adalah reka bentuk jenama yang baru dan modem tunggal bersepadu dengan Antena Omni yang menyokong akses Internet melalui LAN atau WiFi. Jangkaan hubungan secara WiFi adalah sehingga 20 meter bergantung kepada keadaan halangan seperti dinding dan konkrit. Modem juga boleh disetkan kepada security mode WPA2-PSK.
Kita semua sedia maklum bahawa pengguna dalam talian di Malaysia semakin meningkat, tetapi yang lebih penting adalah bahawa tidak semua orang menggunakan internet dengan cara yang sama. Inilah sebabnya mengapa pakej ForHome diwujudkan, iaitu untuk memenuhi keperluan khusus semua.
Bagi orang-orang yang kadar penggunaan internetnya sederhana , pakej kuota kos rendah adalah yang sesuai cuma hanya RM49 sebulan. Dan bagi pelanggan dengan penggunaan yang lebih berat, seperti menonton filem dan memuat turun muzik, akan mendapat manfaat daripada kuota P1 Internet yang lebih tinggi atau pakej tanpa had.
Bagi mereka yang ingin mendaftar dan menggunakan perkhidmatan internet dari P1 ini, jangan lupa rujuk di PAKEJ P1 FORHOME. Pengguna di Facebook juga boleh mendapatkan promosi dan maklumat baru di halaman P1 Connect.
430 Comments
dah banyak pilihan yang bagus-bagus sekarang.
pilih sahaja.
kalau tak best, tukar aje yang lain. haha
Curahan rasa ohcikgu @ ..Review Copy Pakej Rujukan Exam Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) 2014
tapi diaorng pandai saip buat kontrak 2 tahun utk bond… kalau ada bond maknanya mesti servis teruk kan… kalau dia bagus dia mesti tak heran nak bond bond ni…
P1 kat tempat saya macam YES jugak, sipi kat belah jalan besar saja dapat, masuk dalam kampung sikit, hampeh… setakat ni Celcom yang ok, Maxis pun dah bebal. Nasib badan….
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..“SEO is Dead” – Apa Yang Menarik Untuk Teknik SEO 2014
macam gitu gayanya kena buat wakaf kat tepi jalan la atau pun pindahkan rumah ke tepi jalan sikit…
sebelum cuba kena cek dulu coverage kat tempat kita kuat ke x..klu tak sia2 je,,,
Curahan rasa maria @ ..Badan Gemuk Ketika Menyusu Badan
sia sia ku korban selama ini… jiak kasih jika hati ku kau guris hohohohi… dalam tak sedar ku menangis….
harap servis yang berikan terbaik hendaknya nanti. kita terbiasa dengan pakej yang lama itu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cahayacinta Swiss Roll Giraffee HE he hE
harap kan pegar pegar makan padi… pegar ialah sejenis burung yg digunakan utk mengawal tikus di sawah… betul ke auta???
Agak2 ok dah ke P1 ni? Sebab dulu ada pengalaman ngeri skit dengan depa. Hopefully diorg dah upgrade plan data ni dengan servis nya skali.
Curahan rasa Kereta Sewa Shah Alam @ ..Jom Balik Kampung dari Kereta Sewa
bila ada pengalaman ia sesuatu yang tak akan lupakan.tambak ia adalah pengalaman pertama kali.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter_Portable
pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran… pahit getir yg telah dilalui kini ku sejati… bukan dirimu ku curigai… aku kesal dan berhati hati…
agak menarik pekej terendah RM49 untuk kegunaan 3GB, agak berminat dng pakej ni
Curahan rasa Razif @ ..Jimat Petrol & Elektrik dengan HDN Saving Card
hati hati cik rosmah.. yg menarik selalunya tak indah… yang indah selalunya mahal…
Hri ni sy nk pg tnya pakej ni xthu buka ke x ye hr ni
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Kisah Mengapa Aku Tak Mahu Jadi Kaya Raya.
Mlm td rancak bbual ttg ni dgn kwn tu ingt nk cuba la kn
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Dapat Kredit Real Rm5 Bila Download Hotlink Red
Sy guna maxis kdg2 bt hal tu nk cuba yg ni kalau ok why not teruskn btul x
Curahan rasa ohpilihanku @ ..3 Perkara Harus Anda Ingat!!
Terima kasih ye DH untuk entry ni mmg xthu pn ad pakej ni ..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..4 Tanda Lelaki Telah Curang.
Kira yuran pndftran rm150 lps tu blnn byr ikut pakej tu kn?maaf jka slh sbb mmg nk cuba yg ni.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Servis Pengiklanan Serta Review.
jadi apa keputusan nya… ok ke tak?? mohon share yea…
semalam saya ada juga survey P1 ditempat saya ini , tapi alamak yang layan macam acuh tak acuh je, penat sangat gamaknya
Curahan rasa onlajer @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
kalau dia acuh tak acuh,,, kita acah acah dia agar dia lebih perihatin,,,
pernah guna P1 nie dulu. tapi line nya agak payah. sampai tertonggeng2 modem nak dapat line. sekarang dah ok kut…
Curahan rasa suriya @ ..Resepi Homemade Play Dough Paling Mudah & Lembut
sekarang ni dah ok tak perlu tertonggeng tertonggeng ke atau macam mana??
Dulu femes buat hal kan? Yg kes tipu2 tue.. Hrp2 kali ni ok lah..
Curahan rasa Effa @ ..Tempat Percutian di dalam Negara yang mana anda akan pilih?
delu sajer test market org malaysia ni senang tak kena goreng…
harap servis diorang akan jadi lebih baik berbanding sebelum ini.
jangan buat perangai lama lagi sudah la..
Curahan rasa titan @ ..Cuti Deepavali, apa aku buat hari ini?
kita semua mengharapkan dia oran dapat bagi servis macam servis kuda tu… laju dan pantas..
Saya pernah jadi promoter P1 nih, masih lg baru dekat sabah, memang kuat, sbb xda pesaing lg, sekarang pesaing utama adalah Yes. fuh.. apa pun tahniah la.. kepada yg telah guna.. huhu..
Curahan rasa SayaWinnie @ ..Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
awak kata tahniah sebb dah berjaya di jadikan pengguna terlebih bijak ke cemana??
ida pu gune p1 sebelum ni..xde masalah..just nk tkr pd stremyx je
kalau takde masalah kenapa kenapa nak tukar?? ada apa apa reason ke??
Wah, P1 dah jv dengan TM..hopefully, servis getting better
Curahan rasa eyriqazz @ ..Buat Duit dengan Adsense
join venture tak semesti nya menjadikan dia orang boleh jamin servis yg terbaik kan??
Amat menarik..to syg kat sini x dpt line P1..
Curahan rasa Panduan Exam @ ..Sukatan Exam Online PTD 2014
mungkin boleh mohon melalui SPA… nanti akan dipertimbangkan permohonan itu dalam masa seminggu waktu bekerja pejabat kerajaan.
Comments are closed.