P1 Internet kini Pilihan tanpa Batas

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada zaman milennium ini, penggunaan internet memang tidak terpisah dengan kehidupan seharian. Ada yang seperti tidak dapat berpisah dengan jalur lebar internet. Tidak kira di mana kita berada, perkhidmatan internet memang menjadi salah satu keperluan pada masa sekarang. Apa pelan telefon dan internet yang terbaik untuk anda? Bagi aku, pelan INTERNET sememangnya menjadi pilihan dalam pemilihan pakej syarikat Telekomunikasi. Kini P1 Internet mengorak langkah lagi dengan kerjasama yang dimeterai baru-baru ini.

Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan sukacita mengumumkan selesainya Perjanjian Pelaburan kerjasama dengan Green Packet Berhad (Green Packet) dan SK Telecom Co, Ltd (SK Telecom) untuk ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan masa depan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), penyedia tanpa wayar WiMAX terkemuka di Malaysia. Ini bermaksud, P1 adalah sebahagian daripada TM dan kini mereka menawarkan pajej yang cukup menarik.

Apa itu P1 ForHome?

Pakej internet P1 ForHome menawarkan pelbagai kelajuan dan kuota untuk memenuhi keperluan internet sesiapa sahaja. Untuk pengguna data yang tinggi, P1 Internet menawarkan pakej kuota tanpa had dari serendah RM119 (RM59 untuk 3 bulan pertama). Bagi pengguna yang mementingkan harga, pakej jalur lebar ForHome ™ bermula dari serendah RM49. Semua pakej P1 ForHome diperbuat “plug ‘n’ play”dan pemasangannya cukup mudah.

Dengan unit P1 ForHome, anda mempunyai fleksibiliti untuk membawa modem ke mana-mana sahaja di dalam rumah anda. Dengan cara ini, pengguna seperti anda boleh menggunakan perkhidmatan WiFi di lokasi yang terbaik untuk kemudahan anda dan tidak terbatas. Contohnya jika anda mempunyai rumah dua atau tiga tingkat, sudah semestinya modem ini boleh diubah dari satu tingkat ke satu tingkat.

Kolaborasi P1 dan TM

Rata-rata ramai setuju dengan pakej harga sederhana dan terma syarat yang fleksibel dalam perkhidmatan bagi pemilihan pakej oleh pihak pengguna.

ForHome  mempunya 2 jenis kuota tawaran iaitu pakej kuota dan pakej kuota Unlimited. Untuk pakej kuota, pengguna kini boleh memilih pakej dari serendah RM49 sehingga RM99 sebulan. Untuk masa yang terhad sahaja, pakej ForHome 79 dan ForHome 99 adalah kini 50% lebih murah untuk 3 bulan pertama atas yuran langganan anda. Jadual di bawah meringkaskan penawaran pakej ForHome dengan kuota:

ForHome 24 Months

DX 230 Desktop Modem digunakan bagi pakej ForHome 99 dan ForHome 149 Unlimited Kuota. Ia adalah reka bentuk jenama yang baru dan modem tunggal bersepadu dengan Antena Omni yang menyokong akses Internet melalui LAN atau WiFi. Jangkaan hubungan secara WiFi adalah sehingga 20 meter bergantung kepada keadaan halangan seperti dinding dan konkrit. Modem juga boleh disetkan kepada security mode WPA2-PSK.

ForHome 12 Months

Kita semua sedia maklum bahawa pengguna dalam talian di Malaysia semakin meningkat, tetapi yang lebih penting adalah bahawa tidak semua orang menggunakan internet dengan cara yang sama. Inilah sebabnya mengapa pakej ForHome diwujudkan, iaitu untuk memenuhi keperluan khusus semua.

modem p1 internet
modem p1 internet

Bagi orang-orang yang kadar penggunaan internetnya sederhana , pakej kuota kos rendah adalah yang sesuai cuma hanya RM49 sebulan. Dan bagi pelanggan dengan penggunaan yang lebih berat, seperti menonton filem dan memuat turun muzik, akan mendapat manfaat daripada kuota P1 Internet yang lebih tinggi atau pakej tanpa had.

ForHome Unlimited

Bagi mereka yang ingin mendaftar dan menggunakan perkhidmatan internet dari P1 ini, jangan lupa rujuk di PAKEJ P1 FORHOME. Pengguna di Facebook juga boleh mendapatkan promosi dan maklumat baru di halaman P1 Connect.


Spread the love

430 Comments

    1. bolehn la dikatakan saper lah blogger tanpa internet… ibarat pemancing yang tanpa jorannya..

  1. selamat ptg, semasa dulu saya keja di kuantan phg saya daftar p1 disana
    memang ok line nya bil pun x, miss bayar, setiap bln saya bayar tp setelah
    saya berhenti dikuantan saya blk kg saya dimelaka tiada line p1 jd saya tidak dapat menggunakan perkhidmatan line p1, tau je lah kawasan kg mana line p2,
    saya sudah maklumkan di branch p1 melakaraya utk matikan line p1 tp jawapan yg diberi pd saya dia x, nak tutup line p1, dia suroh saya tel hw p1 saya h7bungi hq p1 jawapan yg dapat hampa, alasan saya masih dlm k8ntrek p1
    saya tau saya dlm kontrek tp klu line p1 x, da dlm kg saya mcmana saya nak guna p1, semoga dgn lapuran saya dapat kiranya pehak p1 memikirkan masaalah ini, sebab dah rata2 saya dengar org mengatakan p1 penipu,
    sekian t, kasih shahrom melaka

    1. P1 penipu??? adakah masud P1 itu ialah singkatan kepada Penipu no1. kalau benar maka tak salah la kalau dia menipu kan

  2. Sy baru daftar p1 unlimited…harga betul dia bg tu.. tp kenapa xdpt pun desk phone tu….

    1. cuba baca kontrak… mungkin dia tulis situ dapat desk phone tu lepas habis kontrak kot hihihi…

    1. masalah yg mmg tak pernah selesai bila balik kampung pendalaman… so bila dah balik kampung tu buat jer la aktiviti aktiviti kampung jer la…

  3. Saya antara ribuan pengguna P1 sejak awal ditubuhkan.Pada waktu itu hanya 2 syarikat yang baru mendapat lesen wimax P1 dan redtone zaman pemerintahan lim keng yaik di kementerian.Pada saya kedua-dua syarikat ini pun lari dari konsep asal iaiu menyediakan prasarana wimax untuk pencapaian internet yang lebih baik namun impian tetap tinggal impian.Saya lari dari tm guna P1 tetapi sekarang bertambah risau sebab tm juga mengambil alih sebahagian dari P1.Monopoli tidak elok untuk kita,dan sepatutnya berbilion rm yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada tm digunakan untuk fokus kepada projek rakyat fiber to the home yang akan menjadikan kita setaraf dengan korea atau jepun.nak 8 atau 10mbps untuk setiap rumah?
    Curahan rasa Dr Salwa @ ..VIDEO USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG DARAH HAID DAN ISTIHADAHMy Profile

    1. impian tinggal angan angan tinggal cita cita…mana mungkin kita follow jepan… sikap dia orang pun lain

    1. apa apa benda memula jer bagus… product pun same… sape yg duduk dalam production line mmg paham paham istilah cengini…

  4. Semakin hari semakin rase nk tukar dari P1max ke lain punya rangkaian.. Servis P1max sangat sangat lah teruk… hanya sesuai untuk Facebook,Wechat , Whatsup dan lain2.. Amat2 tidak sesuai untuk membuka Youtube, main Online Game.. tersangat laa lagg.. 2 tahun saya bersabar dengan kelembapan line P1max ni… Cuma kadang2 saja ok.. tu pon nasib2 je kalo line tu nk laju… Sebelom anda Menyesal fikirlah dahulu… sekian…

    1. terima kasih atas perkongsian yg jujur moga menjadi panduan utk yg lain sblm membuat keputusan

    1. ooo yeke?? thanks atas info dan perkongsian… ni hack n crack pakai device yg jual kat pasar mlm tu ke??

    1. saya da pakai P1max ni dekat 4 tahun rase nye.. kurang memuaskan.. bukan rekaan tp kenyataan..

    2. kalau masih ragu ragu saya sarankan elok buat solat istikarah mohon petunjuk dari nya…

    1. nanti bila da nk abis kontrak tu.. p1max akan hubungi anda.. akan ade offer yg menarik.. jika sambung.. kesengsaraan line lembap akan menjadi lg 2tahun.. sebab da sign contract..

      1. hehehehe..sebab tu ku bertukar ke streamyx! Puas hati! Unifi tak sampai lagi kat sini..kot ade memang nak amek trus dan unsubscribe Astro..

  5. Erm… nama P1 ni sudah tercalar teruk. Saya ada pengalaman menggunakannya. Maaf.

    Sekarang saya guna YES di rumah, Celcom untuk kerja outdoor, alhamdulillah, speed ok cuma tak tahan kuota je 🙂

    1. rasanya dari komen komen org lain bukan nya tercalar teruk, tapi dah punah ranah punya tahap ni..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!