Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada zaman milennium ini, penggunaan internet memang tidak terpisah dengan kehidupan seharian. Ada yang seperti tidak dapat berpisah dengan jalur lebar internet. Tidak kira di mana kita berada, perkhidmatan internet memang menjadi salah satu keperluan pada masa sekarang. Apa pelan telefon dan internet yang terbaik untuk anda? Bagi aku, pelan INTERNET sememangnya menjadi pilihan dalam pemilihan pakej syarikat Telekomunikasi. Kini P1 Internet mengorak langkah lagi dengan kerjasama yang dimeterai baru-baru ini.
Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan sukacita mengumumkan selesainya Perjanjian Pelaburan kerjasama dengan Green Packet Berhad (Green Packet) dan SK Telecom Co, Ltd (SK Telecom) untuk ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan masa depan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), penyedia tanpa wayar WiMAX terkemuka di Malaysia. Ini bermaksud, P1 adalah sebahagian daripada TM dan kini mereka menawarkan pajej yang cukup menarik.
Apa itu P1 ForHome?
Pakej internet P1 ForHome menawarkan pelbagai kelajuan dan kuota untuk memenuhi keperluan internet sesiapa sahaja. Untuk pengguna data yang tinggi, P1 Internet menawarkan pakej kuota tanpa had dari serendah RM119 (RM59 untuk 3 bulan pertama). Bagi pengguna yang mementingkan harga, pakej jalur lebar ForHome ™ bermula dari serendah RM49. Semua pakej P1 ForHome diperbuat “plug ‘n’ play”dan pemasangannya cukup mudah.
Dengan unit P1 ForHome, anda mempunyai fleksibiliti untuk membawa modem ke mana-mana sahaja di dalam rumah anda. Dengan cara ini, pengguna seperti anda boleh menggunakan perkhidmatan WiFi di lokasi yang terbaik untuk kemudahan anda dan tidak terbatas. Contohnya jika anda mempunyai rumah dua atau tiga tingkat, sudah semestinya modem ini boleh diubah dari satu tingkat ke satu tingkat.
Rata-rata ramai setuju dengan pakej harga sederhana dan terma syarat yang fleksibel dalam perkhidmatan bagi pemilihan pakej oleh pihak pengguna.
ForHome mempunya 2 jenis kuota tawaran iaitu pakej kuota dan pakej kuota Unlimited. Untuk pakej kuota, pengguna kini boleh memilih pakej dari serendah RM49 sehingga RM99 sebulan. Untuk masa yang terhad sahaja, pakej ForHome 79 dan ForHome 99 adalah kini 50% lebih murah untuk 3 bulan pertama atas yuran langganan anda. Jadual di bawah meringkaskan penawaran pakej ForHome dengan kuota:
DX 230 Desktop Modem digunakan bagi pakej ForHome 99 dan ForHome 149 Unlimited Kuota. Ia adalah reka bentuk jenama yang baru dan modem tunggal bersepadu dengan Antena Omni yang menyokong akses Internet melalui LAN atau WiFi. Jangkaan hubungan secara WiFi adalah sehingga 20 meter bergantung kepada keadaan halangan seperti dinding dan konkrit. Modem juga boleh disetkan kepada security mode WPA2-PSK.
Kita semua sedia maklum bahawa pengguna dalam talian di Malaysia semakin meningkat, tetapi yang lebih penting adalah bahawa tidak semua orang menggunakan internet dengan cara yang sama. Inilah sebabnya mengapa pakej ForHome diwujudkan, iaitu untuk memenuhi keperluan khusus semua.
Bagi orang-orang yang kadar penggunaan internetnya sederhana , pakej kuota kos rendah adalah yang sesuai cuma hanya RM49 sebulan. Dan bagi pelanggan dengan penggunaan yang lebih berat, seperti menonton filem dan memuat turun muzik, akan mendapat manfaat daripada kuota P1 Internet yang lebih tinggi atau pakej tanpa had.
Bagi mereka yang ingin mendaftar dan menggunakan perkhidmatan internet dari P1 ini, jangan lupa rujuk di PAKEJ P1 FORHOME. Pengguna di Facebook juga boleh mendapatkan promosi dan maklumat baru di halaman P1 Connect.
430 Comments
Harapnya dengan pakej yang ditawarkan ni, servis mereka dah improve dan tak macam dulu.
Curahan rasa Firdaus @ ..Nasib Fresh Graduate Dalam Bidang Kerjaya
harap harap begitulah, dan harap harap plan yg sedia ada dapat di upgradekan kan plan yg terbaru inu
Diharap pakej ini lebih baik lagi dan tiada kedengaran lagi komen sana, komen sini pasal P1.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
komen komen tetap ada, diharap tiada rungutan rungutan dan nada nada tidak puas hati kedengaran sana sini
Tak dinafikan, Pakej kali ni sangat menarik.
Tapi adakah servis mereka sudah diperbaiki?
Dulu, banyak sangat complain tentang servis p1.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Cara Terbaik Merawat Masalah Keputihan
Betul .. ramai gak blogger Malaysia yang ada tulis mengenai servis P1 yang kurang memuaskan.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..40 Nota Ringkas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41
penawaran pakej yang menarik suoer duper saper pun boleh buat… setakat menjanjikan bulan dan bintang
Sudah banyak frust dengan P1, tak mahu guna sdmpai bila-bila.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Perghh pengakuan berani ni .. hahaha… sekarang dah ada banyak pilihan untuk pilih servis terbaik. Kadangkala ada syarikat dulu hampeh tapi sbb dah ramai complaint …. mungkin dah jadi lebih baik.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Contoh Soalan dan Rujukan Peperiksaan Online PTD 2014
bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali… sekali terkena tu takpe sbg mengambil pengajaran dua kali terkena yg sama tu namanya kurang bijak
tak tahu nak cakap apa dengan P1… kerap sangat downtime nya…terpaksa kena ada 2nd back up internet line..
walaupun dah 2 tahun guna P1..performancenya still so so… saya masih setia satu je..sebab mobbiliti (senang bawa kemana2) dan agak murah…
Kalau streamyx boleh bawa mana2 dengan harga yg bersesuaian..tentu dah lama tukar
Curahan rasa rokiah @ ..Contest Lumayan Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya setuju dgn Rokiah….amai yg tak puas atidgn P1. So kalau ada streamyx modem boleh bawa, memang tiada nak guna lain rangkaian.
Bab mobiliti mungkin satu kelebihan untuk P1 ni … ramai blogger yang guna pun sbb kelebihan tu.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..40 Nota Ringkas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41
kalau sampai kena pakai back up baik tak payah pakai…. pakai jer yg back up tu jer…
sy pengguna P1 dari 2010. Dulu x dinafikan bagus dan boleh tahan… TETAPi sekarang sangat menyakitkn hati.. Dari pagi hingga ke malam x de line. Ade pon pkol 11 mlm keatas pastu x deline lagi.. Sampai 2 minggu x de line. Bila komplain kejap je pastu 2-3 ari ulang balik. Siap customer services ckp suroh ttp line je sbb tempat aku duduk dh ramai pakai P1. So P1 kurang bagus untuk waktu ni… Aku baru je ttp 2-3 minggu lepas.. Diharap x yh pakai klu x kene ikat contract dgn dia 2 thn. 2 thn la ko merana
wow!!menarik!why not dgn pakej yg bgus mcm ni jika ia terbaik…i juz want say good bye pd…tuttttt…
saya disarankan oleh kawan menggunakan p1 tak sangka pula bermasalah saya sebegini
Tak tahu nak kata apa dah…. semuanya komplen pasal P1.akhir2 ini. Apapun mereka pastikan komplen iru menjadi lbh baik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Hmm satu komen dan pengalaman peribadi yang menarik ni … mungkin blogger Malaysia boleh jadikan asas untuk pilih … 🙂
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Panduan Lulus Exam PTD M41 2014
memang menyirap la… dah la kena ikat dua tahun… nak kena tanggung sakit hati lagi…
Menyesal dahulu pendapata menyesal kemudian tak berguna saya dah 4 tahun guna sejak kebelakangan ni line very slow
terima kasih kerana berkongsi pengalman sekurang nya boleh jadi panduan
menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada berguna lagi… berakit rakit kehulu berenang renang ketepian
Macam kena tukar unlimited plan, setengah bulan dah habis quota
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Tidur Ibu Mengandung Terganggu Kerana Kejang Kaki
kalau dah macam gitu gayanya bertukarlah ke plan unlimited data selagi stok masih ada..
Terima kasih atas perkongsian maklumat begini. Sememangnya zaman kini internet sudah seperti satu keperluan bukan kehendak.
keperluan haruslah di dahulukan daripada kehendak walaupun manusia ni berkehendak
sekarang ni internet macam dah jadi satu keperluan..
apa-apa je nak kena ada internet.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Mini Giveaway by Syira Lokman
Saya setuju setiap perkara yang kita tidak tahu akan dicari maklumat dalam internet
komunikasi yang berkesan memberi impak yang besar dalam satu satu urusan itu
Saya teringin nak cuba p1. Nanti boleh comparekan dgn provider yg lain
Saya menggunakan maxis yang selalu juga bermasalah. Seperti hendak mencuba juga p1 selepas membaca artikel ini
selalu dengar kawan-kawan bebel pasal Maxis sekarang..teruk sangat ke? Saya kalo mobile pki Celcom..di rumah memang wifi Streamyx jela..
Curahan rasa Faezah @ ..Shaklee Collagen Powder : Kau pasti “repeat order”!
huh maxis kalau kita call dia akan cakap mmg minggu ni kami ada sedikit gangguan… bila tanya sampai bila jawapan nya sedang diusahakan… kalau setahun pun sedang diusahakan jugak woi… bagilah target date utk solve
Saya sedang dalam proses nak terminate P1… tak puashati dengan kualiti dan kelajuan.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Kalendar Islam 2015 / 1436–1437 Hijrah
Oh saya sangka p1 ok kerana banyak dengar kualiti internet yang laju
bersangka baik itu bagus… tapi dalam hal hal mcam ni perlu tanya pengalaman org lain agar kita jgn terkena sekali…
Ada juga pengalaman guna P1 ni walaupun seketika sahaja di rumah rakan , semoga servis dan perkhidmatan P1 semakin mantap dan cemerlang dari segi khidmat pelanggan .
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Tinggal Thesis , Selamat Datang Genesis
saya pon pernah guna..waktu tu tinggal kat gombak..P1 memang terbaik kat Klang Valley..bila pindah Seremban langsung takde coverage..once upon a time memang bagus la P1 ni..
memula nak bagi orang kenal mmg dia bagi best servis bagi nama dia naik… dah ramai yg kena ikat kontrak dia pun mula la buat penurunan kualiti bagi menaikkan margin keuntunggan… ini basic laa…
dunia internet itu capaian kita gunakan tapi masih tahap kurang memuaskan hati. oklah dari tak lembab teruskan
kalau dah lembap macam kain basah baik pakain kain basah jer
Waalaikumsalam, memang betul internet sekarang adalah kebutuhan pokok untuk belajar,bersosialisasi di dunia maya, blogging, bisnis online dan masih banyak manfaat yang didapat dari internet, asalkan internet kita pergunakan dengan bijak, terima kasih suda berbagi artikel yang menarik sekali.
Curahan rasa yandi @ ..Firefox Cara Mempercepat Browsing
benar utu… banyak manafaat kalau kita tahu gunakan internet secara menyeluruh..
Comments are closed.