Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada zaman milennium ini, penggunaan internet memang tidak terpisah dengan kehidupan seharian. Ada yang seperti tidak dapat berpisah dengan jalur lebar internet. Tidak kira di mana kita berada, perkhidmatan internet memang menjadi salah satu keperluan pada masa sekarang. Apa pelan telefon dan internet yang terbaik untuk anda? Bagi aku, pelan INTERNET sememangnya menjadi pilihan dalam pemilihan pakej syarikat Telekomunikasi. Kini P1 Internet mengorak langkah lagi dengan kerjasama yang dimeterai baru-baru ini.
Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan sukacita mengumumkan selesainya Perjanjian Pelaburan kerjasama dengan Green Packet Berhad (Green Packet) dan SK Telecom Co, Ltd (SK Telecom) untuk ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan masa depan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), penyedia tanpa wayar WiMAX terkemuka di Malaysia. Ini bermaksud, P1 adalah sebahagian daripada TM dan kini mereka menawarkan pajej yang cukup menarik.
Apa itu P1 ForHome?
Pakej internet P1 ForHome menawarkan pelbagai kelajuan dan kuota untuk memenuhi keperluan internet sesiapa sahaja. Untuk pengguna data yang tinggi, P1 Internet menawarkan pakej kuota tanpa had dari serendah RM119 (RM59 untuk 3 bulan pertama). Bagi pengguna yang mementingkan harga, pakej jalur lebar ForHome ™ bermula dari serendah RM49. Semua pakej P1 ForHome diperbuat “plug ‘n’ play”dan pemasangannya cukup mudah.
Dengan unit P1 ForHome, anda mempunyai fleksibiliti untuk membawa modem ke mana-mana sahaja di dalam rumah anda. Dengan cara ini, pengguna seperti anda boleh menggunakan perkhidmatan WiFi di lokasi yang terbaik untuk kemudahan anda dan tidak terbatas. Contohnya jika anda mempunyai rumah dua atau tiga tingkat, sudah semestinya modem ini boleh diubah dari satu tingkat ke satu tingkat.
Rata-rata ramai setuju dengan pakej harga sederhana dan terma syarat yang fleksibel dalam perkhidmatan bagi pemilihan pakej oleh pihak pengguna.
ForHome mempunya 2 jenis kuota tawaran iaitu pakej kuota dan pakej kuota Unlimited. Untuk pakej kuota, pengguna kini boleh memilih pakej dari serendah RM49 sehingga RM99 sebulan. Untuk masa yang terhad sahaja, pakej ForHome 79 dan ForHome 99 adalah kini 50% lebih murah untuk 3 bulan pertama atas yuran langganan anda. Jadual di bawah meringkaskan penawaran pakej ForHome dengan kuota:
DX 230 Desktop Modem digunakan bagi pakej ForHome 99 dan ForHome 149 Unlimited Kuota. Ia adalah reka bentuk jenama yang baru dan modem tunggal bersepadu dengan Antena Omni yang menyokong akses Internet melalui LAN atau WiFi. Jangkaan hubungan secara WiFi adalah sehingga 20 meter bergantung kepada keadaan halangan seperti dinding dan konkrit. Modem juga boleh disetkan kepada security mode WPA2-PSK.
Kita semua sedia maklum bahawa pengguna dalam talian di Malaysia semakin meningkat, tetapi yang lebih penting adalah bahawa tidak semua orang menggunakan internet dengan cara yang sama. Inilah sebabnya mengapa pakej ForHome diwujudkan, iaitu untuk memenuhi keperluan khusus semua.
Bagi orang-orang yang kadar penggunaan internetnya sederhana , pakej kuota kos rendah adalah yang sesuai cuma hanya RM49 sebulan. Dan bagi pelanggan dengan penggunaan yang lebih berat, seperti menonton filem dan memuat turun muzik, akan mendapat manfaat daripada kuota P1 Internet yang lebih tinggi atau pakej tanpa had.
Bagi mereka yang ingin mendaftar dan menggunakan perkhidmatan internet dari P1 ini, jangan lupa rujuk di PAKEJ P1 FORHOME. Pengguna di Facebook juga boleh mendapatkan promosi dan maklumat baru di halaman P1 Connect.
430 Comments
referensi baru nih untuk P1
suatu saat pengin nyoba gimana rasanya pake p1
dua saat pening nyoba ketika line slow di saat membutuhkan kepantasan capaian
Harap-harap servis P1 ni akan lebih bagus dan memperbaiki kembali imej mereka di mata masyarakat Malaysia
Curahan rasa Fadhil @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41
masyrakat am nya sudah hilang kepercayaan… tapi org malaysia ni jenis mudah lupa akan sesuatu perkara yg berlaku
internet kalau tahap marvelous mahal pun orang akan ambil, tapi kalau slow macam siput adoiiiiyaiii
Curahan rasa siti hazreen @ ..Permohonan Pengajian Siswazah di USM 2015/2016
setuju…bila kualiti terbaik, orang jadi sanggup nak berhabis! Asalkan customers’ satisfaction tu dipenuhi..
itu lah yg customer cari.. bukan nya hanya tahu menjanjikan bulan dan bintang sahaja
setahu saya ramai juga yang guna p1 ini , munkin tawaran yang diberikan sangat berbaloi
Curahan rasa kerjayacentral @ ..Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
ramai yang guna aka ramai yang terkena la ni yea?? patutla ramai yg tak puas hati
Baru sebulan menggunakan streamyx..tapi P1 ni bagus juga untuk mereka yg naikkan Internet dgn pelan bayaran rendah
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Petua Singkirkan Lemak Secara Semulajadi
baru sebulan… itu belum dikira bagus… prestasi diukur pada kadaran jangka waktu yg panjang
Bagi saya ianya suatu pilihan kepada pengguna…. tapi saya sanggup bayar lebih sekiranya mereka tawarkan kelajuan yang lebih laju dan pantas secara konsisten
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Ayer@8 jadi lokasi panas bisnes burger Fuel Shack Putrajaya
Setuju…jika perkhidmatan yg cekap dgn kelajuan dan kosistensi yg mantap…harga pasti tidak menjadi masalah. Tapi selalunya awal2 jer…huhu
Curahan rasa BM @ ..Tingkatkan Trafik Blog Guna Pinterest
konsistensi itu yang ramai cari… tapi kita harus tahu… margin keuntungan perniagaan tidak akan bertambah jika konsistensi tidak selaras dgn kenaikan cas perkhimatan
Pernah ada pengalaman tak best dgn P1 ni. Nak kena tunggu dan lihat dulu la pakej yg baru ni.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Ketegangan di Australia mengenai ISIS
mintak dia gantikan dulu pengalaman tak best tu dulu huhuhu… pengalaman telah mendewasakan mematang kan fikiran
baru lepas berhenti melanggan tm.
tak tahu lagi nak ambil pakej yang mana
Curahan rasa yangbaik @ ..Bertindak atas kenyataan
buat servey betul betul dulu sblm membuat keputusan anda.. baut keputusan bijak
Ada yang pernah guna P1 ke? Ok macam streamyx tak?
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Alpha Lipid Bee Venom
entah la… ada ke yg dah guna streamyx akan tukar pakai P1
macam tak berapa yakin dgn P1 ni sebab banyak sgt komplen. TM pulak dah guna 4 tahun, tahun pertama laju lepas tu tak stabil. Unifi pulak belum sampai di kelantan. nasib.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6
ITU la kan..unifi kat kawasan kami pun belum masuk lagi..so terpaksa ambik streamyx juga
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Petua Singkirkan Lemak Secara Semulajadi
Sama lah kita…xde pilihan dan tak boleh nak buat perbandingan…hanya streamyx sajalah… Tapi buat masa ni takde byk masalah.
Curahan rasa BM @ ..Tingkatkan Trafik Blog Guna Pinterest
itulah permainan perniagaan atau business planing… dia berpusing pusing situ jer… istilah rebranding
dengar cerita jika kawasan perumahan kita hampir dengan sekolah ,masalah line tak lah teruk sangat betul ke?
Curahan rasa onlajer @ ..Promosikan Blog Anda Sebaik Mungkin
dah nak kena buat rumah tepi sekolah..senang jugak nak hantar anak ke sekolah ye..hehehe..
Curahan rasa Faezah @ ..Promosi Oktober : ESP licin diborong?
apa kaitan sekolah dgn line?? ada double standard ke dalam capaian internet??
masih setia dengan streamyx dan sangat puas hati.
unlimited package memang best.
Curahan rasa hikaru matsushima @ ..Jadual Takwim Sekolah Tahun 2015
setia ku kobankan hingga hujung nyawa.. streamyx sgt kurang yg komplain
kepada sesiapa yang nak mencuba satu pakej yang manarik jugakan. saya masih setia pada combo lagi
Curahan rasa cahayacinta @ ..Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter_Portable
jgn main cuba cuba jer,,, dia bukan nya ada bagi pakej percubaan 3 bulan dan boleh renew setiap 3 bulan… ni jenis kontrak 2 tahun terus..
not bad pakej dia..tak pernah try P1 ni lagi setakat ni
tawaran mmg lah secantik bulan dan bintang tapi perhidmatan pula bagaimana??
Menarik.juga offer ni… Saya biasa pakai.strramyx mmg puas hati cuma bila travel susah sikit kan…
Curahan rasa Safiya5462 @ ..Kebaikan ESP dan Alfalfa untuk Ibu Menyusu Yang Perlu Diketahui Para Bapa
ada kata mudah kalau pakai broadband itu.entahlah saya buat masa ini tiada pengalaman lagi kecuali wifi dirumah sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ebook Resepi Cakoi Mudah Dan Sedap Bersama Kuahnya
kalau dah puas hati tu stick jer la pada yg satu… tak payah pening pening kepala…
Comments are closed.