Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada zaman milennium ini, penggunaan internet memang tidak terpisah dengan kehidupan seharian. Ada yang seperti tidak dapat berpisah dengan jalur lebar internet. Tidak kira di mana kita berada, perkhidmatan internet memang menjadi salah satu keperluan pada masa sekarang. Apa pelan telefon dan internet yang terbaik untuk anda? Bagi aku, pelan INTERNET sememangnya menjadi pilihan dalam pemilihan pakej syarikat Telekomunikasi. Kini P1 Internet mengorak langkah lagi dengan kerjasama yang dimeterai baru-baru ini.
Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan sukacita mengumumkan selesainya Perjanjian Pelaburan kerjasama dengan Green Packet Berhad (Green Packet) dan SK Telecom Co, Ltd (SK Telecom) untuk ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan masa depan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), penyedia tanpa wayar WiMAX terkemuka di Malaysia. Ini bermaksud, P1 adalah sebahagian daripada TM dan kini mereka menawarkan pajej yang cukup menarik.
Apa itu P1 ForHome?
Pakej internet P1 ForHome menawarkan pelbagai kelajuan dan kuota untuk memenuhi keperluan internet sesiapa sahaja. Untuk pengguna data yang tinggi, P1 Internet menawarkan pakej kuota tanpa had dari serendah RM119 (RM59 untuk 3 bulan pertama). Bagi pengguna yang mementingkan harga, pakej jalur lebar ForHome ™ bermula dari serendah RM49. Semua pakej P1 ForHome diperbuat “plug ‘n’ play”dan pemasangannya cukup mudah.
Dengan unit P1 ForHome, anda mempunyai fleksibiliti untuk membawa modem ke mana-mana sahaja di dalam rumah anda. Dengan cara ini, pengguna seperti anda boleh menggunakan perkhidmatan WiFi di lokasi yang terbaik untuk kemudahan anda dan tidak terbatas. Contohnya jika anda mempunyai rumah dua atau tiga tingkat, sudah semestinya modem ini boleh diubah dari satu tingkat ke satu tingkat.
Rata-rata ramai setuju dengan pakej harga sederhana dan terma syarat yang fleksibel dalam perkhidmatan bagi pemilihan pakej oleh pihak pengguna.
ForHome mempunya 2 jenis kuota tawaran iaitu pakej kuota dan pakej kuota Unlimited. Untuk pakej kuota, pengguna kini boleh memilih pakej dari serendah RM49 sehingga RM99 sebulan. Untuk masa yang terhad sahaja, pakej ForHome 79 dan ForHome 99 adalah kini 50% lebih murah untuk 3 bulan pertama atas yuran langganan anda. Jadual di bawah meringkaskan penawaran pakej ForHome dengan kuota:
DX 230 Desktop Modem digunakan bagi pakej ForHome 99 dan ForHome 149 Unlimited Kuota. Ia adalah reka bentuk jenama yang baru dan modem tunggal bersepadu dengan Antena Omni yang menyokong akses Internet melalui LAN atau WiFi. Jangkaan hubungan secara WiFi adalah sehingga 20 meter bergantung kepada keadaan halangan seperti dinding dan konkrit. Modem juga boleh disetkan kepada security mode WPA2-PSK.
Kita semua sedia maklum bahawa pengguna dalam talian di Malaysia semakin meningkat, tetapi yang lebih penting adalah bahawa tidak semua orang menggunakan internet dengan cara yang sama. Inilah sebabnya mengapa pakej ForHome diwujudkan, iaitu untuk memenuhi keperluan khusus semua.
Bagi orang-orang yang kadar penggunaan internetnya sederhana , pakej kuota kos rendah adalah yang sesuai cuma hanya RM49 sebulan. Dan bagi pelanggan dengan penggunaan yang lebih berat, seperti menonton filem dan memuat turun muzik, akan mendapat manfaat daripada kuota P1 Internet yang lebih tinggi atau pakej tanpa had.
Bagi mereka yang ingin mendaftar dan menggunakan perkhidmatan internet dari P1 ini, jangan lupa rujuk di PAKEJ P1 FORHOME. Pengguna di Facebook juga boleh mendapatkan promosi dan maklumat baru di halaman P1 Connect.
430 Comments
Pakey yang disediakan memang mampu milik. Semoga servis pun bagus juga.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Diet Rendah Karbohidrat
Harapnya lepas TM ambil alih, mungkin akan ada perubahan besar untuk mereka yang dah sedia melanggan P1 ni …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..12 Nasihat Menjadi Seorang Blogger Berjaya
Masih setia dengan Streamyx .. walaupun nampak tawaran ini macam best je.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Setakat ni masih selesa lagi dgn Streamyx. P1 ni guna fiber optik ke ? Apa beza dengan streamyx TM…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yup .. saya pun masih selesa dengan TM … 🙂 walaupun adakala naik geram gak sbb slow .. tapi ia tetap pilihan terbaik.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Rank Alexa 137 Malaysia 27782 Dunia
Tawaran yang menarik sekali dan juga pelayanan akan diberikan bila berlangganan P1 for home ini
Curahan rasa Ferry @ ..Hasil TKD CPNS Kemenkes 2014
Nak internet lembab pakej skali ngan ctos leg la subscribe p1
Line area cheras slow cm kura2…byr tiap2 bln pun sama jer…
Kena line kt area cheras slow jer…cm kura2…byr tiap2 bulan pun same jer..
Tak pernah guna ,P1 ni,next time insyaallah kalau line p1 ada pihak TM sediakan di kampung iboi,ingat nak mencuba, sebab sekarang masih selesa dengan sim 1 malaysia yang dapat buat panggilan dan berinternet tersebut,walaupun kouta dah habis namun masih lagi boleh berinternet dengan llaju
Curahan rasa ishak @ ..Apa Faedah Taja Rozita Che Wan Bersalin
Ktk org Sarawak kah ? Atau ada juak nama kpg Iboi kat semenanjung nun…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Menarik juga ni. Harga pun berpatutan.
Cuma tak pasti dengan coverage area je, untuk kawasan saya…
Curahan rasa lina @ ..A Weekend Recovery And A Training 22K Run In Putrajaya
saya pun sedang pertimbangkan nak upgred, sebab baru-baru ni ada terima call offer untuk upgred kepada internet pakej unlimited
Curahan rasa sabree hussin @ ..Panduan Buat Duit Dengan Program Affiliate Hanya Dengan Bermodalkan Blog Personal
Macam mana saya nk daftar.. saya tinggal area melaka.ada no x utk dihubungi..
TM Unifi & HyppTV Sports Pack vs. ABNxcess & Astro Sports Bundle
http://consumerisma.blogspot.com/2014/09/tm-unifi-hypptv-sports-pack-vs-abnxcess.html
download speed mcm lambat je
advertise here:
http://toogreentobefalse.blogspot.com/
ada sesiapa yg berminat nak join wifi p1 ..sila pm saya ..saya pekerja p1 bahgian kota damansara
Comments are closed.