Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada zaman milennium ini, penggunaan internet memang tidak terpisah dengan kehidupan seharian. Ada yang seperti tidak dapat berpisah dengan jalur lebar internet. Tidak kira di mana kita berada, perkhidmatan internet memang menjadi salah satu keperluan pada masa sekarang. Apa pelan telefon dan internet yang terbaik untuk anda? Bagi aku, pelan INTERNET sememangnya menjadi pilihan dalam pemilihan pakej syarikat Telekomunikasi. Kini P1 Internet mengorak langkah lagi dengan kerjasama yang dimeterai baru-baru ini.
Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan sukacita mengumumkan selesainya Perjanjian Pelaburan kerjasama dengan Green Packet Berhad (Green Packet) dan SK Telecom Co, Ltd (SK Telecom) untuk ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan masa depan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), penyedia tanpa wayar WiMAX terkemuka di Malaysia. Ini bermaksud, P1 adalah sebahagian daripada TM dan kini mereka menawarkan pajej yang cukup menarik.
Apa itu P1 ForHome?
Pakej internet P1 ForHome menawarkan pelbagai kelajuan dan kuota untuk memenuhi keperluan internet sesiapa sahaja. Untuk pengguna data yang tinggi, P1 Internet menawarkan pakej kuota tanpa had dari serendah RM119 (RM59 untuk 3 bulan pertama). Bagi pengguna yang mementingkan harga, pakej jalur lebar ForHome ™ bermula dari serendah RM49. Semua pakej P1 ForHome diperbuat “plug ‘n’ play”dan pemasangannya cukup mudah.
Dengan unit P1 ForHome, anda mempunyai fleksibiliti untuk membawa modem ke mana-mana sahaja di dalam rumah anda. Dengan cara ini, pengguna seperti anda boleh menggunakan perkhidmatan WiFi di lokasi yang terbaik untuk kemudahan anda dan tidak terbatas. Contohnya jika anda mempunyai rumah dua atau tiga tingkat, sudah semestinya modem ini boleh diubah dari satu tingkat ke satu tingkat.
Rata-rata ramai setuju dengan pakej harga sederhana dan terma syarat yang fleksibel dalam perkhidmatan bagi pemilihan pakej oleh pihak pengguna.
ForHome mempunya 2 jenis kuota tawaran iaitu pakej kuota dan pakej kuota Unlimited. Untuk pakej kuota, pengguna kini boleh memilih pakej dari serendah RM49 sehingga RM99 sebulan. Untuk masa yang terhad sahaja, pakej ForHome 79 dan ForHome 99 adalah kini 50% lebih murah untuk 3 bulan pertama atas yuran langganan anda. Jadual di bawah meringkaskan penawaran pakej ForHome dengan kuota:
DX 230 Desktop Modem digunakan bagi pakej ForHome 99 dan ForHome 149 Unlimited Kuota. Ia adalah reka bentuk jenama yang baru dan modem tunggal bersepadu dengan Antena Omni yang menyokong akses Internet melalui LAN atau WiFi. Jangkaan hubungan secara WiFi adalah sehingga 20 meter bergantung kepada keadaan halangan seperti dinding dan konkrit. Modem juga boleh disetkan kepada security mode WPA2-PSK.
Kita semua sedia maklum bahawa pengguna dalam talian di Malaysia semakin meningkat, tetapi yang lebih penting adalah bahawa tidak semua orang menggunakan internet dengan cara yang sama. Inilah sebabnya mengapa pakej ForHome diwujudkan, iaitu untuk memenuhi keperluan khusus semua.
Bagi orang-orang yang kadar penggunaan internetnya sederhana , pakej kuota kos rendah adalah yang sesuai cuma hanya RM49 sebulan. Dan bagi pelanggan dengan penggunaan yang lebih berat, seperti menonton filem dan memuat turun muzik, akan mendapat manfaat daripada kuota P1 Internet yang lebih tinggi atau pakej tanpa had.
Bagi mereka yang ingin mendaftar dan menggunakan perkhidmatan internet dari P1 ini, jangan lupa rujuk di PAKEJ P1 FORHOME. Pengguna di Facebook juga boleh mendapatkan promosi dan maklumat baru di halaman P1 Connect.
430 Comments
macam aku pengguna lama P1 ni ada perubahan tak dalam pakej…kena rujuk balik ni..sebab baru je tau TM dan ambil alih P1
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Perkhidmatan talian internet di negara ini masih mahal berbanding negara luar. huhu…
Curahan rasa BM @ ..Corat Coret Komen Entri Hari Isnin
tapi kenapa internet selalu slow pada waktu malam..kdang2 lpas topup je..masih slow tak kiralah fb ke youtube ke online game ke..semua sama ja..
Sayangnye…jodoh ambe dgn p1 bakal berakhir tak lama lagi….huhuhu
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
Wah, menarik ni. Harga-harga yang berpatutan. Nak cepat-cepat dapatkan nih.
Silakanlah. Dgn kerjasama tm rasanya p1 akan lebih power lepas ni
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
setakat ni puas hati dengan penggunaan P1, xde rasa tertipu lg.. duduk rumah 8 org guna P1 for home unlimited quota.. just ada masa yg line agak slow la.. tp mybe sebab coverage area sini mmg rendah sikit even streamyx only support 1mps area sini…
Setuju. Ambe puas hati walaupun ade masenye slow tp time hujan masih dpt line tenet…good choice jugaklah
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
macam mana saya nak langgan? klu nk langgan kena pegi terus kat dia punya centre ke?
Betul jugak. Nak ke p1 wimax atau ke tm terus yer? Mohon bos shakiddo beri penjelasan.
Curahan rasa hafizmd @ ..Peperiksaan PTD M41. Lulus tapisan awal!
Pernah juga menjadi pilihan (option) untuk melanggan P1 ni, tetapi akhirnya guna streamyx juga. Hehe
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Resepi kentang goreng yang boleh dimakan dengan nasi
Menarik jugak Pakej P1Forhome ini. Tak pernah cuba lagi ni. Sebelum ni pakai streamyx WIFI je kat umah ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Berminat pula nak melanggan P1, cuma harap harap tak tipu la macam telekom, sikit2 gap MB..huhu
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Kempen Sentuh Anjing Agenda Musuh Islam – Azhar Idrus
Kalau ade limit..mmg kene cap..biasalah..adatlahkan? Betul tak? Melainkan langgan pakej unlimited….settle
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
Kalau macam saya yg tinggal kat hulu ni…apa pilihan yg ada… TM jugalah…
Curahan rasa BM @ ..Corat Coret Komen Entri Hari Isnin
kat banting, yang popular selepas streamyx dan celcom adalah P1 dan maxis.
Tempat lain, tak tahu la camana.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Contoh Soalan dan Pakej Rujukan Peperiksaan Exam Online PTD 2014
DT pon rasa nak tukar plan ni.
dah bertahun tahun guna streamyx ni.
masa kerja dlu TM asyik call je tanye nk tukar tak.
tp disebabkan sibuk kerja, tak guna internet kt rumah. biarkan je
skrg ni rasa nak tukar pulak.. heeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
P1 memang bukan dalam list untuk dijadikan langganan internet walaupun telah menandatangani perjanjian dan kolaborasi bagai..penganiayaan dan pencabulan hak kepada pelanggan yang pernah dilakukan oleh P1, memang tak boleh langsung dimaafkan sama sekali..
cuma apa komen TM dan macam mana nak menyelesaikan pelbagai masalah yang amat serius yang melibatkan pelanggan yang teraniaya disebabkan pakej yang SUPER MENGARUT. Ada juga user yang tak pernah guna pun, tetibe je habis quota internet?
nak dapatkan penerangan daripada TM berkenaan isu ini, barulah ada rasa kepercayaan sedikit dengan P1 ni..kalau tak, walau ada 1000 post dari mana-mana blogger sekalipun..tak guna, sebab pengguna tiada diberi apa apa perlindungan pun..jaminan demi jaminan, tapi servis yang sungguh TERUK tak menjamin apa-apa..harap P1 lenyap terus je..
Kalau dah reputasi tercalar macam ni..mmg tugas berat utk tm nak pulihkan kembali p1
Curahan rasa hafizmd @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41 2014
Aah la…saya masih ingat lagi entri DH sebelum ini yg marah dgn P1 ni tapi sekarang keluarkan juge entri pasal P1 ni… Apa dah jadi DH?
Curahan rasa BM @ ..Corat Coret Komen Entri Hari Isnin
Moga p1 di bawah TM akan terus maju dan menjaga kebajikan pelanggannya. Jadikan sejarah lalu sebagai pemgajatan
Curahan rasa sohoque @ ..Shell FuelSave Challenge 2014 – #SupportHafizRahim
wahh ke mana sahaja dengan P1..nak jer beli letak kat umah satu tapi kan xdak pc n hp changgih2 la nk connection huhuuu tunggu kot2 menang contest iphone 5s jer la..
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.