Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut “cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi” itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.
Review Filem Ombak Rindu
176 Comments
mesti sedey giler kan cite ni .huhu T.T
Curahan rasa Ikmal @ ..Tutorial Hack Wifi menggunakan Beini
sedih giler…hehehe…klo tgok bawa tisu yer…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
mcm best jea citer nie…
Curahan rasa wong @ ..Alasan Mengapa Wanita Suka Dipeluk?
memang ombak rindu cerita yang best…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
best ke ombak rindu ni?
ramai sgt tengok nye, susah nak beli tiket.
asyik sold out je. :s
betul2 best…rugi sapa2 yg blom tgok…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
”cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.
sedih , sayu je rasanya , tolong lah lelaki hargai isteri masing2 ..
Curahan rasa puanbee @ ..Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali
yalah, ksian si isteri. ingatlah segala kebaikan isteri sebelum melakukan perkara yang myakiti hatinya…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Asslm…
mau nanya bagaimana cara coment bawahnya ada tulisan entri terbaru
Obat dari pada rindu tu ya bertemu….
Curahan rasa Blogger Templete @ ..Templete Blogger Gratis
bertemu pun masih juga rindu…hehe…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
tak tengok lagi..huhu
ustaz berkata, tengok kungfu panda lebih baik dari tengok filem ni..
Tak berpeluang lagi menonton. Namun atas pengamatan yang tak seberapa, seakan dapat menelah jalan ceritanya. Suka juga membaca tulisan Ali Atan (pengamat filem, sastera dan budaya) perihal komen beliau Ombak Rindu Tregedi murahan dalam Pancaindera Ahad lalu. Rasa ada. Murah atau mahal terpulang pada penonton akan apa yg dilihat dan mahu dicari dan pelajari. Selain bayar duit tiket apa yg lebih dari itu???:-)
Memang hebat fenomena Ombak Rindu ni
Curahan rasa wazy @ ..Cool Native Union Pop Retro Headset
salam kenal dari portal iklan dan berita balikpapan, indonesia. salam persahabatan 🙂
Curahan rasa portal balikpapan @ ..Kebakaran hebat di balikpapan
ok la jgk cerita nie…byk jgk pengajaran yg patut diambil tahu….
Curahan rasa asraff @ ..Genoa vs Inter 0-1 Serie A Goal Nagatomo
fenomena juge filem OR ni yer …
sy pun slalu ditinggalkn … tp bile brjumpe semula mmg manis :p
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..800,000 peluang pekerjaan melalui Iskandar Malaysia
‘bile brjumpe semula mmg manis’
sweet je bunyi nye
^__^
mesti bahagia idup time dah dapat jumpa
wink wink !!
Curahan rasa n @ ..Contest Gadjet Impian by Denaihati | Gadjet Impianku ?????
cite ni kan sampai hari ni pon penuh panggung lagi.. seb baik aku g tengok sorang2 hehe
Tetapi anak2 lah yang best sebab ada dua ibu hehehehe … balik rumah ibu A dapat pulus … balik rumah ibu B dapat pulus juga …. jangan ambil kesempatan nak mengikis wang sudahlah …. hehehehe
Curahan rasa b3njy @ ..SANTAI | ULASAN TERHADAP CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI
Kepada ‘JANTAN-JANTAN’ yang baru nak berjinak ngan poligami tu … kalau boleh hentikanlah kesian isteri kita … kalau ‘JANTAN-JANTAN’ ini dimadukan apa perasaan korang …
Curahan rasa b3njy @ ..SANTAI | ULASAN TERHADAP CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI
Comments are closed.