Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut “cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi” itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.
Review Filem Ombak Rindu
176 Comments
belum tgok lg la cte nih..
Curahan rasa wany @ ..12 Ciri Sahabat Sejati Menurut Imam al-Ghazali
Bile la bleh download citer nih…xsabar nk tengokk.. ahhaa
Curahan rasa Amir @ ..Gossip Nazmi Faiz Berhubungan Dengan Neelofa?
xjumpe lg link nk download ni..huhu
Didalam mencari rezeki ada kala terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak kereana tuntutan kerja. Zaman sekarang sudah moden dimana boleh buat video call samada mengunakan web cam atau 3G video call. Kalau dulu lain perlu tulis poskad atau surat untuk menghantar berita.
Curahan rasa akubiomed @ ..Jom ganyang Aedes dengan COMBI
Setujuuuu !
Curahan rasa b3njy @ ..SANTAI | ULASAN TERHADAP CONTEST GADGET IMPIAN DENAIHATI
kayaknya bagus nih filmnya …bisa ditonton dimana filmnya
Curahan rasa pembalut anion @ ..Teror Kanker Serviks
aku nonton ombak rindu, novel dia juga aku ada, penulis juga satu sekolah…aku bukan kaki movie tapi dengan ombak rindu aku hanyut sampai dua kali menonton…jalan cerita yg sgt menarik dah berlaku di mana2 juga seperti yg ditulis oleh mrDH…sesuatu yg sangat aku suka adalah sifat “memiliki” apabila ikatan suami/isteri dimenterai walaupun pada dasarnya ianya hanya utk menghalalkan yg haram secara tidak sengaja….aku seorang yg sgt keras tapi air mataku terlalu mudah utk jatuh deras gara2 ombak rindu….hahaha aku tewas….
best giler cerita ni bro..x sbr menonton ni..
Curahan rasa Shack @ ..Konsert Fenomena Search 30 Tahun Di Tawau Dan Kuching
akhirnya kau tewas.. hehehe
Curahan rasa Norfa @ ..Pelakon Fizo Omar bakal diisytihar Muflis
hari-hari nampak life pun jadi rutin kot..sebab tu ombak rindu mula pudar tapi tanggungjawab still ada…but still, pasangan tu dua-dua perlu usaha untuk SPICE UP kan hubungan… 🙂
Curahan rasa bubllegumprincess @ ..tandas awam kita.
pasti best cerita ni filem ni..
Curahan rasa Shack @ ..Konsert Fenomena Search 30 Tahun Di Tawau Dan Kuching
rasa sedih diiringi air mata itu selalunya terbit dari orang yg betul2 mengalami situasi yg sama, walaupun aku yg ke dua tidak bermakna ianya tidak diduga dari sudut zahir dan batin seperti yg pertama, malah ianya lebih dahsyat, oleh kerana pemahaman masyarakat bahawa isteri kedua itu jahat jadi, nasib mereka mmg kurang terbela bahkan di cerca…bak kata peribahasa “berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul…..zasssss
Poligami memang selalu menjadi pro dan kontra,tapi selagi seo’rang itu mampu untuk menghidupi 2 istri dan melalui persetujuan istri tua bagi ku semua itu tak jadi masalah,betul tidak..?? Hehe,makasih banyak ya atas artikel nya.
Betul….
Curahan rasa Shack @ ..LEGOLAND Malaysia Dibuka Pada 2012
hanya kerana terlupa nak klik kat ‘spammer’ hilang semua tulisan tadi… hrmmm
Curahan rasa yangbaik @ ..Kehidupan di jalan raya
alamak dah hilang pulak komen tadi… malas dah nak tulis semula..
Curahan rasa yangbaik @ ..Kehidupan di jalan raya
masih gigih melembutkan hati hasben utk terima ombak rindu..heheh..dh mcm lirik soundtrack plak 😉
teruskan usaha … 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Kehidupan di jalan raya
wah bagusnya entry ini, setelah ombak rindu asyik dihentam sahaja, akhirnya, ada juga orang yang bersikap matang dalam melontarkan pendapat pengajaran cerita ini, bukan asyik mencari silap d sana, lubang di sini..
Curahan rasa Azza Azman @ ..Trauma K-POP
Kalau nak cari kesalahan maka kesalahan lah yg akan kita nampak dan begitu juga kehidupan ini
cerita Ombak Rindu dihentam kerana publisiti awal oleh pelakonnya yang memberikan impak negatif dan perasaan yang cuak terhadap filem itu…
Curahan rasa yangbaik @ ..Kehidupan di jalan raya
x tgk lg filem nie..
Curahan rasa syu90 @ ..Mynewshub Giveaway
setiap yang berpopulariti tinggi pasti ada kontroversi.. kan?
Curahan rasa Norfa @ ..Puisi Cinta Yang Datang dari Hati dari Zahiril Adzim untuk Isteri Syahira Aiyub
kurangkan kontroversi…
Curahan rasa yangbaik @ ..Kehidupan di jalan raya
Comments are closed.