Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut “cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi” itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.
Review Filem Ombak Rindu
176 Comments
tak tengok lagi ombak rindu.. tunggu harga jatuh ke Rm10 baru pi kot.. hehehe.. Bro DH nangis tak tengok? hehe
Curahan rasa Norfa @ ..Puisi Cinta Yang Datang dari Hati dari Zahiril Adzim untuk Isteri Syahira Aiyub
Ada rasa sedih tapi belum berjaya menitiskan air mata.
wah.. berjaya menahan.. hehe.. . siapa lagi yang tengok tak menitis air mata? hehe
Banjir DI Kuala Lumpur di Jalan TUn Razak berdekatan Perpustakaan Negara.. 13 Des 2011
Curahan rasa Norfa @ ..Puisi Cinta Yang Datang dari Hati dari Zahiril Adzim untuk Isteri Syahira Aiyub
Ombak Rindu pasti melanda setiap pasangan yang berkahwin. Terpulang pada pasangan tersebut untuk menghadapi dugaan tersebut.
Curahan rasa jedi @ ..Blogger: Kenapa aku berblog #1
cite ombak rindu ni memang x elok di tonton oleh kanak2
Curahan rasa sjiehan @ ..Seminar Anak Pintar – Kerjasama iLuvislam.com
agak2 dalam kategori 18sx atau 18pl?
Curahan rasa yangbaik @ ..Kehidupan di jalan raya
org perempuan suka la cite cam ni…
Curahan rasa sjiehan @ ..Seminar Anak Pintar – Kerjasama iLuvislam.com
sya tak terfikir nak tgok, tpi ayat2 DH uat sya tergerak nak tengok lak…
uhukkk, cam sedih jek!
Curahan rasa noriz @ ..Senyap Selasa : Rayyan & Ipad
Inilah kemegahan penerbit direstui oleh kementerian
Ramai kawan2 yg tengok lebih 2x dan yg terkena dgn kisah kehidupan memang bengkak mata keluar panggung.
x tgk lagi cite ni
Curahan rasa sjiehan @ ..Seminar Anak Pintar – Kerjasama iLuvislam.com
sya tak terfikir nak tgok, tpi ayat2 DH uat sya tergerak nak tengok lak…
uhukkk, cam sedih jek!
Curahan rasa noriz @ ..Senyap Selasa : Rayyan & Ipad
waaa..teringin nak tengok citer ni..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Pengalaman Pertama Menceraikan Susu Badan
redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah….wink
hehe.. bini ajak tengok tapi tak da masa yang sesuai.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Entry paling kurang, UV paling tinggi
Sesuai sgt tengok berdua suami isteri tapi bukan dgn mak we atau pak we gelap ha ha ha
erk… ahhh tersedak plak… hehehe
Curahan rasa yangbaik @ ..Kehidupan di jalan raya
baru nak ajak madu pergi tengok.. ahakz..
Curahan rasa Norfa @ ..Menguap boleh berjangkit!
ha ha ha DH buat lawak pulak ..
Curahan rasa puanbee @ ..Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali
Belom sempat tengok cerite ni, tgh update blog…
tak semopat singgah lagi tengok citer nih
Curahan rasa KiD @ ..Menang hadiah berganda!
fuhh..entry ni relate sungguh dgn entry2 lain..hebat..hurmm bila la nk tgok citer ni..nk tgok takut kecewa kalau2 xbest..tp klau xtgok curious pulak..huhu
Byk pengajaran yg boleh dijadikan teladan didalam kisah Ombak Rindu, walaupun belum menonton filem ini tetapi dari Novel juga dapat dihayati kekuatan cerita ini. ( byk kali juga di ulang baca novel ini ..best..
isk isk.. blom ade peluang lg nk tgk movie ni..
Curahan rasa fathiah jasni @ ..Blueberry Cheese Cake – bukan secret recipe
Comments are closed.