Nilai Dahulu, Sekarang dan Esok

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, suatu perkongsian untuk difikir-fikirkan.

10 tahun dahulu
USD1000 = RM3700
1oz Gold = USD280
1oz Silver = USD5

Sekarang
USD1000 = RM3000 ni inflasi ke?
1oz Gold = USD1770 siapa simpan mesti kaya tapi macam dah mahal je!
1oz Silver = USD39 murah ni kalau nak dibandingkan harga emas.

Esok
USD1000 = agaknya RM500 patutlah pakar ekonomi kata duit semakin tak bernilai.
1oz Gold = katanya boleh sampai USD5000 wooo mahalnya kayalah siapa yang simpan
1oz Silver = Ada pakar ekonomi kata harganya akan lebih mahal dari Gold.

Kesimpulan hari ini …. Tengah fikir nak simpan duit, gold atau silver ya!!


Spread the love

137 Comments

  1. Silver VS Emas VS ASB – Jika saya diberi pilihan untuk melabur dalam ketiga-tiga bidang pelaburan itu, saya gerenti, saya akan abaikan emas dan ASB. Ini kerana, peratusan kenaikan harga silver adalah 1.6X ganda daripada emas. Manakala, dividen ASB hanya 8-9% sahaja setahun. Mana nak untung macam tu!

    Selama 10 tahun, emas dan silver mengalami trend menaik. Emas telah meningkat lebih kurang 448% manakala perak lebih 737% sejak 2002. Ini bermakna, peratusan kenaikan perak adalah 1.6X lebih laju daripada kenaikan harga emas!

    Silver meningkat lebih 100% dari 2010 – 2011. Saya memilih pelaburan silver kerana:
    1. Silver ialah pelaburan kukuh
    2. Silver sekarang berada di dalam bull market yang akan berlanjutan antara 3 ke 10 tahun lagi.
    3. Pelaburan Silver SANGAT murah untuk dimulakan, TAK PERLU BERHUTANG untuk mulakan pelaburan.
    4. Sumber Kurang, Permintaan Tinggi – keperluan silver dalam sektor pembuatan sentiasa mendapat sambutan

    Emas ni macam abang long kepada silver. Abang yang sangat baik sebab dia pimpin silver sama ada jatuh atau bangun. Bila emas maju kehadapan dia akan tarik silver bersama.
    Tapi emas dah dewasa, jadi kalau dia jalan 10 meter, hanya perlu 5-6 langkah. Silver ni budak lagi, jadi dia perlu 20 langkah untuk sampai. Kalau boleh paham analogi di atas, kita boleh nampak kenapa kenaikan dan penurunan silver jauh lebih laju dari emas.

    Cuma pendapat saya je.. Untuk yang berkemampuan beli emas, belilah emas, kalau yang bajet kecil, boleh cuba silver dulu.

    1. Terima kasih atas perkongsian berilmiah. Silver pun sekarang sudah siangkat sebagai sau cara pelaburan sebab murah dan peratus kenaikan yang tinggi berbanding emas. Lagipun silver perlukan modal yang rendah. Satu dirham sekarang cuma 25MYR berbanding 1 Dinar, 755MYR

    2. Terima kasih atas maklumat tersebut.. sebelum ni saya dok asyik fikir pelaburan emas lagi menguntungkan daripada ASB.. tapi sebenarnya Perak tu lagi bagus ek? Tapi macam mana cara nak trading Perak ni? dari pihak bank juga ker? atau beli jer Perak fizikal tu?
      Curahan rasa Steward John @ ..Appreciation from a blogger friendMy Profile

  2. Kalau ada duit lebih elok simpan emas. Emas ini adalah simpanan jangka masa panjang. Ada beberapa bank tempatan membenarkan membuka akaun emas iaitu tanpa pembelian emas secara fizikal

      1. mengenai perlaburan akaun emas nie pun ada halal haramnya, tapi apa di cadangkan oleh majalah itu ialah Maybank..

    1. Gold Investment Account (GIA) lebih banyak kontra daripada pro, kerana kita hanya disandarkan dengan nilai dan emas tidak dipegang. Katakan satu hari bank tersebut gulung tikar (atau banyak faktor lain), macam mana nak claim duit kita dalam tu berbanding emas fizikal yang kita pegang. Fikir fikirkan. 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!